Warna Ayam Korea ini begitu mengiurkan!!! Rasanya yang manis dan pedas ini menepati cita rasa orang-orang kita, tambah pula ianya sesuai diratah begitu saja.
Ayam Korea atau ayam goreng Korea ini memangnya menjadi trend dan viral di kalangan netizen.
Tahukah anda ianya dimasak tanpa menggunakan sos pedas Korea Ghocujang. Kami menggunakan ibu sambal bagi menggantikan sos berkenaan yang sukar untuk didapati di Malaysia.
Kami menggunakan peha/drumstick dan atas peha/tight yang dipotong halus supaya mudah ranggup bila digoreng.
Bahan-bahannya; 1 kg peha ayam digoreng tepung, sedikit bawang putih dipotong halus, 2 sudu ibu sambal, sedikit cili sos, sedikit sos tiram, 2 sudu madu, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Cara buatnya; tumis bawang putih, kemudian masukan 1 sudu besar Ibu Sambal D'Apbroze, cili sos, sos tiram, madu, serbuk lada hitam, daun kari (pilihan), gula dan sedikit garam.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dengan tepung, kacau hingga sebati. Bila dah sebati bolehlah angkat dan taburkan sedikit bijan (pilihan). Sekarang Ayam Korea telah sedia untuk dihidangkan.
Selain itu anda juga boleh mencuba daun kari bagi menggantikan biji bijan, tetapi daun kari tadi hendaklah dimasukkan pada peringkat awal penyediaan kuahnya. Aromanya yang wangi dan rasa kepedasannya membuat Ayam Korea ini lebih enak.
Selamat mencuba Ayam Korea, sedapnya sehingga menjilat jari bagaikan berada di Korea Selatan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Wahhhh sampai gitu sekali yaaa...angkara PKP bila sebulan dok rumah...dah mengidam maca-macam...sis ni bukan ayam masak merah...ni ayam korea...cuba buat ikut resipi...rasanya berbeza dengan ayam masak merah...