CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 1

Wabak buntu, apa yang harus dilakukan oleh ASEAN?

[Copy link]
Post time 12-8-2020 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Wabak buntu, apa yang harus dilakukan oleh ASEAN?

Covid -19 yang melanda dan mengubah seluruh dunia ini umpamanya sedang menghadapi situasi buntu. Selain menimbulkan kelukaan yang besar kepada dunia, Covid-19 ini lebih mirip sebuah ‘pesta maklumat palsu.’ Pelbagai teori konspirasi disebar dan suara kritik disebabkan oleh teori konspirasi tersebut juga muncul. Berita palsu yang berbilangan besar tentang Covid-19 menyebabkan orang ramai menghilangkan peluang emas untuk mengawalnya. Pada masa yang sama, ASEAN juga menghadapi dilema membezakan maklumat tulen dan palsu.

China telah mendapat kejayaan yang besar dalam kerja memerangi covid-19. Orang China sudah kembali bekerja, kebanyakan bandar telah memulihkan susunan sosial, dan banyak negara ASEAN juga mencapai hasil yang cukup besar dengan belajar model kawalan pertahanan China. Kerajaan China juga memberi bantuan kepada Malaysia. Setelah mengetahui keperluan anti-wabak Malaysia melalui saluran rasmi dan swasta, China menyediakan bekalan perubatan dan juga menghantar pasukan bantuan perubatan kepada Malaysia. Hal ini memberi harapan kepada rakyat Malaysia untuk mengatasi wabak ini.

Sebaliknya, situasai di Amerika Syarikat amat berbeza dengan China. Perkembangan wabak ini tidak hanya gagal membuat orang melihat cahaya dalam terowong , tetepi membuat orang Amerika bimbang wabak di negara mereka akan tidak terkawal. Tidak dapat dinafikan bahawa menuduh China telah menjadi alat bagi pentadbiran Trump untuk menghindari tanggungjawab diri sendiri akibat gagal memerangi wabak ini.

Presiden Trump sedang menghadapi ktitikan dan tekanan akauntabiliti yang semakin parah daripada Parti Demokratik dan umum kerana wabak itu semakin meruak dan jumlah kematian semakin menambah. Menurut tinjauan, situasi pemilihan presidennya berdepan dengan kecabaran yang besar.

Untuk menyingkirkan situasi buruk ini, Trump akan terus mengutuk China dan menyalahkan wabak yang semakin parah ini terhadap China. Malah, Trump juga akan memperburuk hubungan China-AS dengan sengaja sebagai srtategi pemilihannya. Oleh itu, Amerika yang sebagai pemimpin dunia, politik pilihan rayanya berkemungkinan besar akan memutarbelitkan arah perjuangan rakyat global yang melawan wabak itu.

Tuduhan yang semakin kerap mengenai asal usul virus China oleh politik Amerika juga akan meletakkan China pada kerugian, termasuk akan menimbulkan lebih banyak negara untuk mengikuti contoh Amerika dan memulakan tuntutan terhadap China. Namun, dari segi prinsip undang- undang antarabangsa yang ketat, sebaik sahaja tuntutan memasuki proses litigasi, China kan bertemu dengan halangan undang-undang yang besar.

Sebenarnya, sokongan moral Amerika dan Barat untuk tuntutan akauntabiliti tidak mencukupi, sebaliknya hal ini akan mudah difikirkan bahawa Barat bersama-sama Amerika untuk menentang China. Sekiranya jika bukan hakim menghukumkan China kalah kes atas alasan kebenaran polotik, sukar bagi undang-undang untuk menyokong tuntutan tersebut.

Sebaik sahaja China kalah kes itu, pada satu pihak, negara yang menuntut mungkin tidak dapat mendapat pampasan dengan lancar; pada satu pihak yang lain, tuntutan tersebut akan merosakkan prinsip kekebalan negara berdaulat. Hal ini akan menyebabkan negara-negara merosakkan pembinaan norma-norma antarabangsa untuk kepentingan masing-masing. Hal ini pasti akan mempercepat kekacauan hutan di dunia dan meningkatkan kemungkinan berlakunya perang di antara kuasa bedar dunia.

China mungkin ada kekurangan dalam memcegah penyebaran wabak pada peringkat awal kerana keganasan wabak ini. Namun, kita dapat mengkaji semula reaksi China apabila menghadapi kritikan daripada masyarakat antarabangsa semasa bertindak balas terhadap wabak SARS. Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Wu Yi menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Dalam ucapannya, dia tidak menghindari tanggungjawab China, tetapi tunduk dan meminta maaf kepada wakil-wakil dari pelbagai negara. Akhirnya dia mendapat tepukan dari para peserta. Keberanian Wu Yi untuk menghadapi kritikan antarabangsa memang wajar dijadikan rujukan untuk menjalankan hubungan antarabangsa bagi China sekarang.

Bagi China, beberapa negara mungkin telah mengubah beberapa andaian yang tidak terbukti menjadi kenyataan. Namun, kita mesti percaya bahawa kebanyakan negara, termasuk banyak negara Barat, masuk akal, dan seluruh ASEAN memahami akibat memilih pihak untuk merosakkan China.

Bagaimanapun, wabak covid-19 adalah jenis virus baru, dan sukar untuk mengenal pasti pada mulanya. Maka beberapa kesalahan tindak balas yang disebabkan oleh kekurangan kefahaman terhadap wabak tersebut dapat difahami. Walaupun pujukan dan penjelasan China menghadapi kesulitan, ia tetap harus dilakukan dengan bersusah payah untuk mendapatkan pemahanam dari kenanyakan negara.
Disebabkan oleh keparahan pandemi dan kekurangan ubat-ubatan yang berkesan, seperti yang telah diperingatkan oleh beberapa pakar perubatan terkemuka, wabak ini mungkin akan kemunculan semula pada musim sejuk tahun ini dan mungkin berlangsung dua hingga tiga tahun. Sekiranya demikian, ia akan memberi tamparan hebat kepada manusia, khususnya bagi negara-negara yang miskin dan kekurangan sumber perubatan. Pada masa itu, ASEAN yang berada di pusat ekonomi global ini pun tidak dapat mengelakkan diri daripada terjejas.

Oleh itu, tanpa mengira sama ada wabak itu berasal dari China atau tidak, adalah kenyataan bahawa wabak ini pertama kali muncul di China. China harus menerima sasatan pengesanan wabak daripada masyarakat antarabangsa terhadap wabak tersebut.
Walaubagaimanapun, tinjauan tersebut mesti mengambil kira perasaan China dan mesti melibatkan pakar perubatan China.

Pada hakikatnya, dua pakar WHO yang menyiasat asal-usul wabak itu sudah tiba di China 10 hari lalu. Pengarah Eksekutif Kecemasan Kesihatan WHO (Mike Ryan) mengatakan bahawa kedua-duanya kini dalam karantina secara tempatan dan akan mula bekerjasama dengan banyak saintis China setelah karantina berakhir. Mereka akan melakukan kerjasama dan pertukaran ilmiah dengan rakan-rakan China mengenai pengesanan wabak.

Sekarang pandemik Covid-19 ini telah menjadi pandemik global dan telah menjadi isu kesejahteraan manusia global, negara-negara ASEAN harus bekerjasama unutk mengawal penyebaran wabak ini kerana wabak ini masih tidak terkawal.

Pada masa ini, pemulihan pengeluaran, kehidupan dan ketertiban sosial yang normal di negara-negara ASEAN telah menjadi keutamaan. Seperti kata pepatah, terdapat jalan untuk kereta dan terdapat jalan untuk kuda. Negara-negara ASEAN harus mengelakkan menyebabkan wabak menjadi alat persaingan politik, terutamanya mengelakkan wabak itu berkaitan dengan Laut China Selatan dan isu lain, supaya ASEAN dapat keluar dari bayangan wabak ini secepat mungkin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 05:19 PM | Show all posts
China telah mendapat kejayaan yang besar dalam kerja memerangi covid-19.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.908098 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list