CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5283|Reply: 10

[Lain-Lain] Gaduh ( Tak pernah tonton )

[Copy link]
Post time 21-11-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Siapa dah tonton ,Sila reviews .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]AswI-DbMRtY[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Gadoh (filem)
Baca dalam bahasa lain
Muat turun PDF
Pantau
Sunting
Ketahui lebih lanjut
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia.
Ketahui lebih lanjut
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu.
Gadoh merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh Pusat Komas iaitu sebuah badan hak asasi manusia di Malaysia pada tahun 2009.Cerita filem ini berkisah tentang konflik yang berlaku antara pelbagai kaum dalam sebuah sekolah menengah.Untuk mengembalikan reputasi sokolah tersebut, seorang cikgu yan bernama Ann telah menjemput seorang ahli seni pentas yang bernama Azman untuk mengubahkan persepsi negative antara pelajar tersebut melalui latihan drama.[petikan diperlukan]

Gadoh
220px
Poster Filem Gadoh
Pengarah
Brenda Danker
Namron
Penerbit
Anna Har
Penulis
Namron
R. Cong
Dibintangi oleh
Namron sebagai Azman
Zahiril Adzim sebagai Khali)
Nicholas Liew Davis sebagai Ah Heng
Amerul Affendi sebagai Zahir
Zhao Yuk Hwa (nama traslate) sebagai Mr Chua
Maya Arissa Tan Abdullah sebagai Anne
Ryan Lee Bhaskaran sebagai Raj
Khairil Ridzuan Saharudin sebagai Jan
Intan Diyana Zainal Abidin sebagai Linda
Muhd Hilmi Che Azman sebagai Am
Ivan Chan Chee Pang sebagai Ah Foon
Cher Yew Kay sebagai Ah Seng
Yeo Keong Lee sebagai Lee Wei
Muzik oleh
Savvy Ho
Nick Davies
Bo
Bin Jidan “Garisan Abstrak”
Sinematografi
Tayanithi a/l Ramanujem
Disunting oleh
Nik Johan Nik Mohd. Noor
Pengedar
Komas
Mula ditayangkan
Tahun 2009
Tempoh tayangan
70 minit
Negara
Malaysia
Bahasa
Bahasa Melayu
Bahasa Kantonis
Bahasa Inggeris
Mengikut penerbit serta watak utama dalam filem ini iaitu Namron, beliau berkata asal usul untuk membuat filem ini atas sebab pengalaman zaman sekolahnya yang tidak begitu harmoni antara pelbagai kaum. Malahan dalam sistem Pendidikan formal amat kurangnya ruangan untuk pelajar pelbagai kaum untuk berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa atau agamanya. Oleh itu, beliau berkerjasama dengan pengarah filem iaitu Brenda Danker untuk memperbincangkan  isu sensitif melalui cara seni dengan harapan agar dapat memperjelaskan sentime stereotaip yang berlaku dalam kehidupan harian. [1] [2] Wikipedia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts

Rumah Anak Teater
Wednesday, March 17, 2010
Filem Gadoh (2009)


Oh! Artis mempersembahkan, Gadoh!! Sebuah filem berbahasa melayu terhasil dari warga negara ini sendiri. Ironi’nya, cerita ini tidak lepas untuk ditayangkan di pawagam atas sebab-sebab tertentu yang semamangnya jelas, terang dan nyata (Izhar Halqi). Kami menerima satu email dari pembaca Oh! Artis yang ber’alamat email memberi’kan kami gambar yang lebih jelas mengenai cerita ni. Siap dengan link download lagi.

Selepas mendownload dan tonton, pendapat kami cerita ini benar-benar menarik dan wajib ditonton oleh semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India. Perjalan cerita ini sememangnya panas dengan bahasa penuh kasar yang terang lagi bersuluh bersifat sangat-sangat racist. Tetapi jangan cepat melatah kerana cerita ini adalah sebuah kisah berpengajaran yang sangat hebat. Tonton sehingga habis cerita ini dan baru nilaikan. Jangan menonton setengah cerita, dah melatah. Itu bodoh namanya!

Antara scene yang masih terngiang-ngiang di minda ketika ini, adalah scene di mana guru teater mahu pelajar yang bergaduh tersebut meluahkan apa perasaan yang terpendam di hati mereka. Kenapa mereka perlu bergaduh sesama bangsa. Mengapa melayu perlu pukul Cina, Cina perlu pukul Melayu dan India sering dibelasah Melayu mahupun Cina.

Antara ayat-ayat panas di dalam cerita tersebut, berbungi…

Kata seorang pelajar Melayu:
Saya paling tak suka orang cina. Diorang ingat diorang bagus. Pijak orang melayu.

Kata seorang pelajar Cina:
Orang melayu tak hormat orang cina punya. Kita terpaksa kerja kuat! Nak hidup! Nak belajar tinggi! Takde duit macamana nak berjaya?!!

Kata seorang pelajar melayu:
Orang cina makan babi! Pengotor! Berak tak pernah basuh!!

Kata seorang pelajar wanita:
Saya paling tak suka sekolah ni! Sebab sekolah ni bodoh! semua orang dalam sekolah ni bodoh! Tak kiralah, melayu ke, cina ke, india ke.. Semuanya bodoh!

Kata seorang remaja Cina:
Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk Universiti.

Kata seorang remaja Cina:
Melayu duka komplen! Selalu cari salah orang lain! Salah sendiri tak nampak!

Kata seorang remaja Melayu:
Oi cina! lu jaga sikit lu punya mulut eh!! Lu menumpang je kat negara ini tau! Siapa yang suka cari gaduh!

Kata seorang pelajar India:
Saya benci diri saya sendiri sebab saya bagi orang lain buli saya. Sebab saya tak ramai. Saya tak kuat! Saya sebenarnya nak kawan dengan semua orang. Tapi orang lain sibuk nak cari gaduh. Saya tak berani!

Kata seorang remaja Cina:
Terlalu bangga dengan bangsa sendiri, tak habis-habis cari gaduh dengan bangsa lain.

Kata seorang remaja Cina:
Melayu takde otak!!

Kata seorang remaja melayu:
Bangun pagi tak mandi pagi. Badan bau busuk!

Itu antara ayat-ayat yang dilontarkan dalam cerita tersebut. Panas hati? Rilex.. download cerita ini dan tonton sendiri, kemudian berikan komen anda di sini.

Info Lengkap Mengenai Filem Gadoh

Synopsis
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us? Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.

Movie Info:
Duration: 70 mins
Director: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Language: Bahasa Malaysia with English/BM subtitles
Poster design by: Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio

Berikut sedikit screenshot yang sempat di ambil sambil menonton.


Sayang sekali terselit beberapa saat watak sampah dalam cerita ni

Bagi kami satu je alasan kenapa cerita ni tak lepas, kerana sure ada pihak yang makan dalam bila melihat ending cerita ni. Samaada pihak sekolah mahupun pihak jabatan pendidikan. Serious, memang makan dalam. Tahniah buat pengarah dan penerbit yang berani membawa cerita sebenar kehidupan masyarakat dan pelajar sekolah masa kini ke hadapan. Terima kasih juga pada internet yang membuatkan biarpun cerita ini tidak lepas di’media, tapi masih mampu ditonton oleh kita semua.


4 comments:

AnonymousApril 14, 2010 at 2:40 PM
aku suka citer nie..
byk pengisian..byk makna.
aku sendiri pun student filem dan..
aku sendiri pernah lalui sume nie time skolah dulu. budak group mlayu gadoh ngan group cina.
masa tue aku geram giler.. mcm nak ketuk jer kepala sekor2 yg gadoh tue..
tapi pihak x bersalah.. pompuan plak tue.. boleh tgk jer la..
cikgu plak buat peraturan yg x patut..
budak2 yg x salah pn kena ikut rules yg dibuat utk budak2 bermasalah.. cikgu nak hukum sume org atas kesalahan org lain.. (adik aku pn kena skali..)
biler adik aku yg kena aku naik baran..!
cikgu x bleh sama kan dia dgn bdk2 lain semata2 sbb dia kwn dgn bdk2 bermasalah tue..
cikgu pun satu hal jugak.. suka serkap jarang kat budak2.. bengang giler aku time tue..
nanti bdk2 yg x jahat blh jd jahat plak..!
aku x suka nk gadoh..tp aku kena bela diri aku sendiri dan mrk2 yg x bersalah!!
kalu la film ni boleh bg kesedaran kat budak2 kat skolah aku dulu..
tapi aku risau gak..takut2 diaorang salah tafsir plak filem nie.

Reply

AnonymousApril 14, 2010 at 2:58 PM
aku rasa bukan slh budak2 naper diaorang benci sesama sendiri (melayu, cina, india, sikh dll..)
sebab.. dlm pemikiran diaorang dah tertanam kata2 yg mcm korang tgk dlm filem gadoh tue..
parents dan org2 sekeliling yang memperngaruhi faham bdk2 tue..
aku, adik aku ngan member2 seangkatan aku dulu pown mcm tue.. benci budak india dgn cina since masih skola rendah.. budak india buli adik aku.. budak cina x nak kwan dgn bdk2 melayu yg bkn kaya dan pandai..
kelas budak depan yg lg pandai tue x boleh satu geng dgn budak kelas tgh dan kelas belakang..
nak kawan kena ikut bangsa..kena ikut group satu kepala.. haper sume nie??
nie bkn jer isu berlainan bangsa tapi isu bangsa malaysia..
cikgu dan pihak skola pilih kasih.. bg perhatian kat bdk2 kls pandai.. kelas blkg x dihiraukan sbb terlalu bermslh..
apa2 yg berkaitan dgn nama baik skolah sume nyer disebabkan jasa bdk2 kelas pandai..
cikgu langsung x nk mengajar dlm kelas blkg.. cikgu sangup biar jer bdk2 tue "mati" dlm kegelapan. cikgu kata dia dh x mampu..
tipu sume tue.. cikgu x usaha mana cikgu nak tau?? naper? kelas blkg x pandai ker? x der bakat ker? diaorang jd jahat sbb org kata diaorang jahat.. diaorang jahat sbb nk perhatian.. diaorang jahat sbb diaorang ada mslh.. diaorang jahat sbb diperkecilkan & pernah dihina, dimalukan & dipandang rendah oleh orang lain.. mrk x bodoh. kalu diaorang bodoh, diaorang x gi skola. kalu diiaorang bodoh diaorang x kan tahu nak wat benda2 jahat. org bodoh..dia x tahu nk wat apa2 langsung.

Reply

AnonymousApril 2, 2013 at 3:51 AM
filem ini memberi pengisian yang baik.Namun begitu,kita tidak boleh cepat melatah dan brtindak terburu2..Ada mesej yg tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan.      http://rumahanakteater.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts

GADOH - Apa yang gaduhnya?

Gadoh adalah sebuah filem 'bebas' yang diarahkan oleh Brenda Danker dan Namron. Filem ini merupakan satu projek KOMAS bagi kempen SATU BANGSA MALAYSIA.

Berkisar tentang isu perkauman diantara Melayu dan Cina di negara ini yang divisualkan melalui per'Gadoh'an di antara dua kumpulan pelajar bermasalah yang mewakili ras masing-masing di sebuah sekolah. Stereotaip caci maki, dan generalisasi terhadap Cina, Melayu dan India yang selama ini berpekung dalam diri rakyat Malaysia diluahkan sebebas-bebasnya melalui dialog seperti;.

"Cina makan babi!!! berak tak basuh! Pengotor!!!"

" Melayu pemalas, bodoh pun dapat masuk Universiti"

" Keling mabuk Todi!"

Hah! Terasa panas dengan dialog di atas? Penonton dapat mendengar dialog-dialog 'panas' ini dihamburkan dengan penuh perasaan oleh watak-watak di dalam filem ini. Dialog-dialog yang kasar ini adalah umpama 'raksasa' atau 'hantu' yang bersembunyi di dalam hati majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum selama ini. Ianya wujud dan terpendam, dan hanya diluahkan apabila bersama kelompok-kelompok kaum masing-masing.

Namun apabila dialog ini dilepaskan sebebasnya di dalam filem ini, 'hantu rasis' yang selama ini bersembunyi di dalam hati itu keluar bebas. Penonton diajak untuk berhadapan dengan 'hatu rasis' masing-masing. Ada yang terus meluap-luap kemarahan dan ada yang mula menentang 'hantu-hantu rasis tersebut dari menghantui dan merasuk pemikiran supaya terus membenci kaum lain sedangkan apa, mengapa dan kenapa 'kebencian' itu wujud di dalam diri mereka sebenarnya tidak difahami oleh mereka.

Ini samalah seperti cuba merawati orang yang mengalami 'fobia' terhadap sesuatu perkara. Iaitu dengan mengajaknya untuk berhadapan dengan rasa fobia tersebut. Sebagai contoh, untuk merawat seseorang yang fobia akan kegelapan, kaedahnya adalah dengan membiarkan orang itu berhadapan dengan 'kegelapan' itu sendiri. Samalah dengan filem ini, untuk merawat perasaan 'rasis' itu, maka biarkan mereka (baca: penonton) berhadapan dengan perasaan rasis masing-masing.

alah bisa tegal biasa, apabila 'emosi' sensitiviti terhadap isu yang berkaitan perkauman itu sudah dapat ditangani, maka kebanyakan akal akan dapat mula berfikir secara rasional.

Fikir - apakah puncanya 'rasisme' dikalangan rakyat Malaysia ini terjadi?

***

Cerita Gadoh ini (sedikit sinopsis) adalah mengenai sekumpulan pelajar samseng Melayu dan Cina yang membenci diantara satu sama lain disebabkan perasaan perkauman. Budak melayu benci cina sebab mereka adalah cina dan budak cina benci melayu disebabkan mereka adalah melayu. Tiada sebab lain yang lebih signifikan untuk mereka bergaduh melainkan rasa benci terhadap kaum (disebabkan prejudis tradisi dan pengalaman-pengalaman peribadi mereka).

Pergaduhan mereka telah tersebar ke dalam media massa, maka pengetua sekolah telah meminta pandangan para guru untuk membaik pulih imej sekolah dan sekaligus menyelesaikan masalah budak-budak 'rasis' tersebut.

Seorang guru cina, muda, dan optimis telah mencadangkan satu cadangan yang sangat 'poetic' iaitu dengan mewajibkan pelajar-pelajar yang bermasalah dari dua kumpulan kaum itu menyertai kelab teater yang akan ditubuhkan khas untuk mereka.

Alasannya adalah dengan tetater ( atau lebih tepat lagi :Seni) budak-budak itu dapat menghayati semangat 'kemanusiaan' lalu dapat mengatasi rasa benci di dalam diri mereka. Pengetua bersetuju, dan cikgu wanita tersebut telah mengajak teman lamanya, seorang pemuda lelaki melayu melatih budak-budak tersebut berteater.

Budak-budak cina dan melayu tersebut akhirnya menyertai kelab teater itu dan lama-kelamaan, kesan dari latihan-latihan teater itu rasa perkauman masing-masing semakin terhakis.

Sebagai sebuah filem yang dibikin dengan bermotifkan sesuatu, yang terang sekali tertera dihadapan kotak DVD iaitu ' AKU BANGSA MALAYSIA' maka cerita Gadoh ini sudah tentunya mengarah ke pengakhiran yang positi dimana pelajar-pelajar bermusuhan itu akhirnya telah dapat menerima satu sama lain dengan semangat penuh 'Kemalaysiaan'. Huih!

***
Terdapat banyak adegan di dalam filem ini yang menggunakan kaedah kamera hand held. hand held telah dianggap sebagai salah satu kaedah meraikan 'realisme' kerana ianya paling hampir dengan ciri-ciri penglihatan manusia. Dan dengan menggunakan kaedah hand held ini, pengarah cuba mengangkat 'realiti' yang berlaku di luar ke dalam filem. Secara tidak sedar sebuah realiti 'perkauman' yang busuk yang selama ini termendap dalam diri rakyat Malaysia sedang dihantar ke dalam kepala otak penonton.

Selain itu, hand held juga dianggap sebagai satu bentuk 'pemberontakan' dimana mengikut konvensi biasa, kamera adalah perlu diletakkan di atas tripod, dan dengan menggunakan kaedah hand held ini, visual yang terakam akan 'shaking' dan ini akan menimbulkan suasana atau keadaan yang 'tegang' dan 'kasar'. Sekaligus approach atau stail begini sangat kena dengan pengisian filem ini yang radikal dan subversif (dalam kontek filem melayu).

Selain itu, elemen 'teaterikal' di dalam filem ini, mungkin merupakan satu 'tanda tangan' dari Namron yang sangat dikenali di lapangan teater di negara ini.

***

Gadoh memaparkan stereotaip atau generalisai orang-orang Melayu dengan stigma bahawa Cina itu adalah penipu, kaum yang tamak, pengotor manakala orang-orang cina pula memandang melayu sebagai kaum yang tidak menghormati mereka kerana merasakan diri mereka sebagai rakyat kelas kedua dan melayu sebagai kaum 'tuan tanah' yang telah diberi keistimewaan-keistimewaan sekaligu menindas mereka. Watak india pula mewakili kaum India di negara ini yang minoriti sifatnya, dibuli dan ditindas serta tersepit diantara di tengah-tengah persengketaan di antara melayu dan cina.

Dimana datangnya stereotaip dan generalisasi perkauman ini? Ianya adalah persepsi yang diturunkan dari generasi ke generasi semenjak Malaya ini mencapai kemerdekaan. Isu perkauman ini sebenarnya bukanlah satu isu yang baru dan ianya adalah bersifat universal. Setiap manusia cenderung untuk memihak kepada kaumnya. Kaumnya adalah yang tercantik. Kaumnya adalah yang terhebat. Dan kaumnya adalah segala-galanya. Ini adalah pembawakan 'gen'.

Dan sekiranya 'kaumnya' diusik dan diganggu oleh kaum lain (perkataan 'usik' disini terlalu luas merangkumi soal politik, sosial, agama). Maka semangat perkauman ini akan meruap-ruap. Begitulah


Filem Gadoh ini merupakan sebuah filem yang sangat kena pada masanya dengan konsep '1 Malaysia' yang terlalu sibuk dicanang-canangkan. Filem ini muncul untuk memperlihatkan sejauh mana keihklasan setiap pemimpin dan rakyat untuk menyahut 'konsep 1 Malaysia' samada ianya adalah satu retorik ataupun benar-benar slogan 'pembaharuan' apabila masalah prejudis perkauman masih lagi bersarang di dalam hati majoriti rakyat Malaysia.

***

p/s -Samada filem ini dapat dicerna dengan baik atau terus dimuntahkan oleh penonton dengan rasa 'meluat' dan 'benci', tenaga produksi filem dengar rasa bertanggung jawab sentiasa bersedia untuk berdialog dan berinteraksi. Dan itulah yang menariknya setelah tamat penayangan filem ini di Pancha Delima tempoh hari.







Sinefelia di 1:49:00 PG
6 ulasan:

Edzlin25 Julai 2009 5:53 PTG
dah tgk. saya sangat suka filem ini. mengingatkan kita akan ego dan stigma yg ada

Balas

NAZ25 Julai 2009 8:22 PTG
wow. nie best nie

Balas

Aidi Rahimi Ibrahim26 Julai 2009 12:32 PG
tahniah Ikha & Res: BLOG ULASAN FILEM TERBAIK YOYOOH.COM..:-)

dari eddy

Balas

soldier of art4 Ogos 2009 9:35 PTG
gua nak tgk filem ni
tapi susah lah sbb gua jauh dari kl
mcm mana eh nk dapatkan filem ni

Balas

si VirGiN1 September 2009 8:30 PTG
one word 4 'gadoh',
ntahapeape.

clice.
stereotype.

woops!
sorry...

http://sinefelia.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Google filem BABI Namewee ,kuar ttg GADOH. Baca lagi : http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/ulasan-filem-gadoh-arahan-brenda-danker.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2020 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok masa 2009 dulu lepas classmate present pasal isu budaya PERKAUMAN masatu... weolls cadang ditonton ke sekolah2, tapi ambil sebagai pengajaran dari cerita ini...
cerita best layan kisah realiti masyarakat dikalangan budak sekolah... umpama kau tak kenal kawan (bangsa) tuh tapi kau dah pandang jelik, ejek2..cikgu2 nak didik jangan ada budaya perkauman, tapi bila kem motivasi, disuruhnya asing2 kan pelajar2 ikut kaum...so datang sorang cikgu baru nih, dia kreatif nak satukan pelajar2 yg ada sifat perkauman nih... tak perlu paksa, tak perlu marah...cara cikgu tuh yg buat jalan cerita nih best.. selamat menonton
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 21-11-2020 07:49 PM
Dah tengok masa 2009 dulu lepas classmate present pasal isu budaya PERKAUMAN masatu... weolls cadang ...

Adakah BABI MCM filem ni ? maksud based true story kisah Batu Pahat ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]qlyDYNEZVbc[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu aku ada komen kat thread babi namwee..pasal filem gaduh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 21-11-2020 07:53 PM
Hari tu aku ada komen kat thread babi namwee..pasal filem gaduh.

Owh ok ok ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.614669 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list