|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Hoofy
Cerita ni dah lama dah aku dapat tapi aku baru teringat balik kisah ni beberapa hari dulu. Dan aku ceritakan di sini sebab aku rasa curiga samada cerita ni memang betul ke atau rekaan saja. Kot-kotla ada pembaca kat sini yang penah dengar kisah ni ke.
Dulu aku penah bekerja di sebuah penjara sekuriti maksimum tapi aku bukanlah warden atau pegawai penjara. Aku cuma staf biasa yang diupah untuk mengendalikan dapur di penjara itu. Macam yang korang tau, kadang-kadang kalau ada banduan yang berkelakuan baik mereka akan diberikan kerja dalam penjara ni dan salah satunya adalah kerja-kerja di dapur. Jadi aku kenal je banduan-banduan yang baik dalam penjara ni, selalu jugak sembang-sembang dengan diorang. Pada satu pagi tu aku sedang menguruskan beberapa kertas kerja, apabila aku terdengar beberapa orang banduan yang sedang menyusun stok dapur bersembang tentang legenda kaum masing-masing. Salah sorang tu namanya Storm, dia ni keturunan orang Asli Amerika, aku namakan dia Storm jelah ye. Storm ni datang dari sebuah rizab Orang Asli di Arizona, berdekatan dengan Gunung Estrella. Kebetulan jugak kat situ dekat je dengan kampung atuk nenek aku. Aku tak pasti dia keturunan apa, tapi dari komen redditor yang lain, kemungkinan dia ni dari suku kaum Pima atau Maricopa dan nama rizab tu adalah Gila River Reservation.
Storm kata dalam suku kaum dia ada satu legenda yang amat ditakuti iaitu Hoofy.
Hoofy ni menurut cerita nenek moyang dia, adalah seorang lelaki kacak yang memakai topi koboi tinggi berwarna putih dan berkasut but yang selalu datang ke casino kat tanah rizab dia tu. Dia tak berjudi, sebaliknya dia cuma datang ke kasino tu untuk mengorat pengunjung wanita di situ lepas tu ajak perempuan tu balik rumah dia. Sesampainya di rumah dia, dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar, iaitu makhluk tinggi berkaki kambing dan berambut panjang hitam. Mukanya yang kacak itu akan bertukar menjadi muka binatang seakan kacukan kuda dan serigala. Matanya jadi merah menyala. Hoofy akan memakan perempuan-perempuan yang dia bawak balik tu, dan sebagai tanda kenangan-kenangan, dia akan cicirkan pakaian mangsa-mangsa dia di sekitar sarang dia.
Aku pun ketawa dengar cerita si Storm ni sebab dahla nama makhluk tu pun dah macam nama kartun, lepas tu cerita dia pun macam tipikal sangat udah macam rekaan pulak. Tapi Storm berkeras mengatakan yang makhluk tu wujud, sebab dia dan sepupu dia pernah jumpa makhluk tu.
Kejadian tu semasa Storm masih tinggal di rizab dia di Gunung Estrella. Aku tau tempat tu sebab kampung atuk nenek aku pun kat situ. Satu hari tu Storm dan sepupu dia tengah kebosanan jadi diorang pun ambil keputusan nak berjalan kaki ke gurun. Saja nak habiskan masa. Masa tu waktu adalah dalam sejam ke sejam setengah nak ke senja, jadi mereka berdua pun memulakan perjalanan nak ke gurun tu. Diorang berjalan kaki dalam 15 minit macam tulah apabila mereka terjumpa satu bangunan tinggal yang seakan-akan sebuah gereja. Bangunan tu diperbuat dari kayu yang dah mereput sana sini, kalau kena ribut memang boleh terbang bangunan tu.
Eh menarik jugak ni. Diorang pun ambil keputusan nak meneroka gereja lama tu. Diorang pun masuklah ke dalam gereja tu. Masih boleh nampak kerusi-kerusi panjang tempat kariah duduk sambil mendengar ceramah sang paderi, tapi lantai kayunya memang berbunyi-bunyi bila dipijak. Diorang gelak-gelak je sebab diorang terasa macam dalam filem seram pilak. Diorang pun keluar dari gereja tu. Belakang sempadan gereja tu ada longkang kecil yang terpaksa dilompat kalau nak lalu situ. Perjalanan ke gurun pun diteruskan apabila mereka terjumpa sesuatu yang pelik.
Storm kata diorang jumpa kasut perempuan pelbagai jenis tersusun kat hutan belakang gereja tu. Ada kasut tumit tinggi yang dipalit lumpur, kasut flat hitam, kasut but berwarna perang yang dah patah, bermacam-macam jenisla tapi semua tu kasut perempuan dan kasut-kasut tu nampak teruk sangat dah. Storm saja gatal kutip sebiji kasut nak tunjuk kat sepupu dia, masa ni diorang saling berhadapan, tapi dia nampak muka sepupu dia tu kejung macam ternampak sesuatu yang sangat menakutkan. Muka sepupu dia pucat lesi dan matanya terbeliak, macam nak nangis pun ade tapi bola matanya mengarah pada belakang Storm. Storm pun peliklah, dia mcam nak berpaling ke belakang tapi sepupu dia melarang, 'Jangan'. Sepupu dia pegang bahu Storm, 'walau apa pun yang terjadi ko tunduk je. Ko jangan pandang belakang'.
Storm tak penah tengok sepupu dia berreaksi macam tu, jadi dia pun ikut jelah arahan sepupu dia. Kemudian, dia terdengar bunyi tapak kaki di belakang dia. Bunyi jatuhan kaki orang tu sangat berat, diselang seli dengan bunyi hembusan nafas yang kuat. Storm dah seram sejuk rasa macam suhu badan dia jatuh 10 darjah Celcius. Dia mula menggeletar bila sepupu dia perlahan-lahan tarik bahu dia, sambil berbisik kepada Storm, 'kita kena pegi sekarang jugak'. Suara sepupu dia agak bergetar. "Walaupun apa pun terjadi, ko jangan pandang belakang'. Itulah kata terakhir daripada sepupu Storm apabila kedua-duanya mula membuka langkah seribu.
Kedua-duanya berlari macam pelari pecut negara masa tu. Mereka berlari melintasi gereja lama tu terus menuju ke perkampungan mereka. Sepupu dia sambil berlari sambil berdoa dalam bahasa ibunda dia. Storm yang kat belakang masa tu macam terdengar derapan tapak kaki kuda yang semakin menghampiri mereka. Makin dekat bunyi tu makin kuat pulak bau bangkai. Itu sudah cukup untuk dijadikan motivasi kepada Storm untuk teruskan berlari.
Lari punya lari akhirnya mereka pun sampai di rumah mereka, ngam ngam masa tu dah masuk senja. Suasana dalam rumah mereka masa tu dilimpahi dengan cahaya matahari yang berwarna oren. Kedua-duanya tercungap-cungap macam tak cukup nafas. Tapi dalam masa yang sama Storm tergerak nak tau apa benda yang mengejar diorang tadi? Dia pun mengintai dari celah jurai langsir tingkap rumah dia. Dalam remang-remang senja tu, dia cuma nampak bahagian belakang makhluk tu je. Tinggi 8 kaki dengan rambut hitam panjang sampai ke pinggang, bahagian atas je macam manusia, tapi berkaki kambing.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2024 02:58 PM
Cuma Sebuah Trak
Amaran : Cerita ni tak seram langsung tapi sapa-sapa yang pernah kehilangan orang tersayang mesti boleh memahami cerita ini
Datuk aku meninggal tahun 2019 setelah 4 tahun terlantar di atas katil. Di saat dia sedang nazak, atuk mewasiatkan aku dan ibuku trak kesayangan dia yang dia beli tahun 2006. Atuk aku semasa hidupnya memang sayang betul dengan trak tu, memang dia jaga sungguh-sungguhla tak kasi calar dimekap sana sini. Semasa atuk meninggal pun perbatuan trak dia pun baru 45,000 batu sebab atuk sayang nak pakai trak tu.
Tak lama lepas aku dan ibu dapat kunci trak tu, aku dan ibuku sedang menunggu di pandu lalu sebuah farmasi apabila tiba-tiba datang kereta Ford buruk ni melanggar belakang trak atuk kami tu. Takdela teruk sangat kemalangan tu, tapi nampaklah juga kesan kemek di bumper belakang trak atuk tu.
Pemandu Ford tu adalah seorang lelaki tua yang berulang kali memohon maaf kepada kami. Dia tak sengaja, dia cakap dia baru keluar hospital dan masa kami sama-sama menunggu kat pandu lalu tu, dia sedang mencari kad insurans di tempat duduk penumpang dia. Dia tak sedar yang kereta dia masih bergerak dan terlanggar la trak kami tu. Lelaki tua tu memang nampak sangat la tengah kepenatan. Dia pun setuju nak bayar kerugian kami tu melalui insurans kereta. Dari pemerhatian aku memang lelaki tua tu nampak macam dalam kesusahan tapi dia tetap setuju nak tanggung ganti rugi kami.
Aku dan ibu rasa bersalah, kami kalau boleh taknak susahkan lagi lelaki tua tu, sebab dari sekilas pandang pun tau lelaki tua tu bukanlah orang berada. Tapi pada masa yang sama kami rasa bersalah pulak sebab trak kesayangan atuk dah tak cantik macam tuan asalnya jaga. Bila aku tanya kedai kos nak mencantikkan semula kemek tu adalah dalam USD300. Aku dan ibu takde duit sebanyak itu masa tu.
Malam tu, inilah kali pertama dan terakhir aku termimpikan mendiang atuk. Dalam mimpi aku tu, atuk dalam keadaan sihat dengan sebotol bir di tangan dan kami tengah melepak di laman belakang rumah atuk. Kami bersembang kecil dan terbukaklah topik pasal trak kesayangan dia tu. Aku pun ceritalah pasal trak yang kemek tu. Atuk cuma tergelak kecil, setelah meneguk bir di tangan dia, dia cakap kat aku, 'takpe, itu kan cuma sebuah trak je'. Lepas tu aku pun terbangun.
Esok paginya ibu cakap kat aku, kita tak payahla nak tuntut insurans dari lelaki tua yang langgar kami semalam. Aku pun sajalah tanya ibu kenapa ibu berubah fikiran. Ibu pun ceritalah, malam tadi dia mimpikan atuk. Suasana dalam mimpi ibu tu sebiji macam dalam mimpi aku. Dan sama macam mimpi aku, atuk tanya pasal trak dia, dan atuk cakap kat mak aku, jangan risaulah, itu kan cuma sebuah trak je.
Aku dan ibu sama-sama menangis lepas tu. Atuk semasa hidupnya seorang yang baik dan ada empati pada orang lain. Kalau atuk masih hidup, kami yakin ini yang atuk mahukan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yeay..tq TT ada cerita baru.. lurve sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Tq Mrs S.. cerita yg menarik |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 15-12-2024 12:02 PM
Mimpi Ngeri
Kejadian ni berlaku 20 tahun yang lalu, tahun 2004. Ayahku seorang yang sangat alim. ...
nak komen jugak...walaupun xtau penulis asal ni agama apa...
tapi orang yg alim dalam agama mmg ada kelebihan tersendiri |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 15-12-2024 02:46 PM
Cuma Sebuah Trak
Amaran : Cerita ni tak seram langsung tapi sapa-sapa yang pernah kehilangan orang ...
yeayyy ada citer baru |
|
|
|
|
|
|
|
this is such a simple yet beautiful story, sis nangis kat opis pepagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni I nak sambung cerita baru, tapi cerita ni bukan dari luar negara tapi dalam negara jugak. Dan cerita ni I dapat dari seorang rakan yang baru-baru ni ada buat gathering skit dengan kawan2 satu blok dia masa dia belajar kt uni tu dulu. Harap takde yang merusuh atau membantah sebab tema lain skit tapi citer ni tetap unik dan seram gak la bagi I. Apapun terima kasih semua yang menyokong I dari dulu sampai sekarang.
Misteri Blok C
N ni adalah seorang perempuan, pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti awam yang terletak di Selangor pada awal 2000an yang lalu (tua dah ko N kisah ni dah 20thn lebih dah lol). N berasal dari Perak. Tahun pertama biasalah semua pelajar tahun pertama diwajibkan untuk duduk di asrama. Masuk tahun kedua N ni dah risau jugakla nak kena keluar dan cari rumah sewa sebab N ni bukanlah pelajar dari keluarga yang senang dan keluarga dia tak mampu nak kasi dia kenderaan. N bernasib baik skit sebab kolej kediaman die masa tu adalah paling dekat dengan fakulti dia, jadi pada tahun pertama tu die samada naik bas atau jalan kaki je kalau nak ke kelas tu. Jadi N ni risaulah kalau dia menyewa kat luar, nak kena bayar sewa rumah kos naik bas kos makan minum lagi, N nak tumpang orang dia segan. Nak dijadikan ceritalah kan, N sajalah tanya dengan pihak kolej kediaman tu, macam mana ye dia nak mohon duduk dalam lagi untuk tahun akan datang? Jadi acik kerani tu pun cakapla, nak tak dia duduk kat flatlet? Flatlet ape tu?
Kerani tu ceritalah, sebenarnye flatlet ni adalah pangsapuri 2 tingkat bilik single bilik mandi dan tandas kongsi khas untuk para senior. Kadar dia pun murah je sehari tak sampai RM5 pun masa tu. Oh okey menarik jugak tu. Kalau nak cepat-cepatla mohon. Kebetulan jugak N masa tu seorang yang agak aktif kat kolej kediaman tu, N ahli koperasi kat situ jadi Insya Allah N boleh dapat flatlet. N pun mohonlah dan permohonan dia diluluskan. Eh senang pulak nak duduk kat kolej kediaman ni, katanya kolej ni cuma benarkan atlet uni je untuk duduk kat situ. Ah takpelah yang penting dia dah dapat kunci.
Masuk semester baru, N pun amek kunci dan hari pertama dia berpindah tu, adalah hari pertama dia jejak ke flatlet tu. Erm kedudukan flatlet perempuan ni agak istimewa skit. Ok korang kena bayangkan macam ni. Keseluruhan kawasan kolej kediaman ni terletak di atas bukit yang lebih tinggi kira-kira 2-3m dari aras jalan. Maksudnya korang dari asrama tu korang boleh nampak jalan kat bawah tu. Cumanya, kawasan blok asrama perempuan ni adalah di kawasan yang terbuka berbanding dengan asrama lelaki. Kawasan asrama lelaki tersorok di sebalik pokok-pokoknya yang lagi tebal dan lebat dan ada banyak tangga nak pintas pegi ke bawah. Asrama perempuan termasuk flatlet tu pulak pokok-pokoknya tak banyak, kalau nak keluar hatta nak angkat kain di jemuran pun korang kena pakai tudungla bagi yang beragama Islam senang citer. Kenapa kedudukannya macam ni nanti aku huraikan. Tapi yang pasti, kolej kediaman ni memang banyak monyet dan anjing liar.
Flatlet yang si N ni dapat adalah blok K10C. Keistimewaan blok ni adalah ianya blok tunggal. Blok-blok lain bercantum, contohnya blok A dan B satu bangunan tapi pintu masuk lain-lain. Ok paham kan? Blok N ada 16 bilik je, 2 tingkat setiap tingkat 8 bilik. Bilik bawah nombor 101 hingga 108, dengan bilik 101 paling hampir dengan pintu masuk. Bilik aras atas 201 hingga 208. Bilik N 201, paling dekat dengan tangga dan sebelah je dengan bilik air. Hujung aras dia adalah beranda kecil dengan tangga keselamatan. Bilik mandi ada 3 kubikel, tandas pun ada 3 kubikel, pastu ada satu ruang terbuka dengan pangkin untuk basuh baju pakai tangan masa tu. Rekabentuk blok tu memang 70an sangat. Perabot semua pun kayu lagi.
Kat aras bawah selain bilik ada ruang kecil macam ruang makan, ada meja makan, ada pantri kecil tapi takde peti sejuk, setakat singki jelah, dan ada kusyen kayu dan tv yang besar tu. Pintu masuk ada satu je, kalau masuk akan jumpa ruang tv tu dulu. Dan ada gril tapi takde mangga.
Ok malam pertama, setelah semua penghuni tu dah selesai daftar masuk, kemas bilik pa suma, diorang semua termasuk N pun berkumpul ramai-ramai di ruang tv untuk saja je berkenalan la. Semua orang pun memperkenalkan diri. Dan masa nilah N rasa macam ada sesuatu yang unik la kat sini. Semua penghuni yang dapat blok tu, adalah penghuni baru. Maksudnya dalam blok tu takda senior. Seolah-olah macam blok ni baru dibukak gitu. Padahal blok ni bukanlah terceruk, di tengah-tengah blok lain jugak. Lepas tu penghuni baru tu pun ada yang seolah-olah macam tak memenuhi kriteria, contohnya macam sorang ni dia memang orang situ rumah dia dalam 30 ke 40 minit je dari universiti tu. Cuma dia kasi alasan kat pihak pengurusan yang dia takde lesen memandu jadi takde sapa boleh hantar dia pegi balik kalau ada kelas. Eh pelik ingatkan cuma orang luar negeri je boleh mohon asrama ni. Lagi sorang ni pulak akak Master yang tinggal setahun je lagi nak habeh, dia cakap dia saja je cuba mohon, sebelum ni dia memang duduk luar, tak sangka pulak dia boleh dapat. Ok paham kan?
Selesai dah pengenalan dari N. Nanti aku sambung lagi. Untuk cerita seterusnya, aku akan guna nombor bilik je. Sebab kemisterian yang dialami tu adalah dari pengalaman yang dialami oleh setiap penghuni dalam blok tu.
-BERSAMBUNG-
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 21-12-2024 03:02 PM
BILIK 201
Untuk kisah pertama, aku kongsikan kisah N dulu.
2-3 bulan pertama takdelah apa-apa pelik yang berlaku pada N. Sehinggalah pada suatu malam ni, bilik jiran dia, 203 dia kena pecah masuk. Hilanglah phone nokia 3310 dan tabungan akak kat bilik 203 tu. Ni nanti aku cerita kemudian. Tapi selepas kejadian tu, diorang semua satu blok berpakat nak pasang selak dalam bilik walaupun sebenarnya dilarang oleh pihak kolej ye.
N dalam blok tu dia berkawan baik dengan budak bilik 208. 208 ni rajin datang bilik N, kekadang sampai tidur-tidur dalam bilik dia. 208 ni orangnya langsing dan rambut panjang sampai ke pinggang masa tu. Orangnya agak berduit sebab tu rajin pegi rebonding.
Nak dijadikan cerita, satu malam tu, masa ni si N ni dah tidur dah, apabila pintu bilik dia diketuk oleh seseorang. Dalam mamai-mamai tu si N ni pun bangunlah. N ni rabun tau, dan bilik tu pun gelap gelita sebab dalam bilik tu cuma ada lampu kalimantang satu tu je, takde dah lampu meja ke lampu katil ke. Dia pun bukak pintu tengok eh, ada sesusuk tubuh pakai baju kelawar rambut lepas sampai ke pinggang. N ni dengan mamai bercampur kegelapan ditambah dengan kerabunan dia tu, dia pun ingatkan orang tu adalah si bilik 208 tu la. "Eh 208, ko ngape? Nak tidur dengan aku ke malam ni?". 208 senyap je, N tak banyak cakap terus dia jemput si 208 tu masuk.
Katil diorang ni katil bujang, tapi dua-dua langsing orangnya masa ni jadi memang muatlah. Si N pun tutup pintu terus lompat atas katil tidur mengiring hadap dinding. Tapi N perasan jugak, bila 208 ni membaringkan dirinya di sebelah N, pergerakan dia macam lambat lemah lembut gitu. Ok camnila kalau korang baru nak tidur tu, mesti korang akan ada pergerakan sikit macam tepuk-tepuk bantal ke, cari posisi baring yang selesa ke, ni tidak. Tapi N pun ngantuk sangat dia malas nak fikir dia pun tidur jelah...
Esok paginya, naaaahhh tengok-tengok dah masuk pukul 8. N bangun je si 208 ni dah takde. Eh siot la, dahla Subuh tertinggal, ni kelas pun tak sempat pegi. N macam nyumpah-nyumpah la jugak si 208 ni bangun tak kejutkan dia. Tapi, bila N nak bukak pintu, eh kenapa pintu dia masih berselak lagi? Macam mana si 208 ni keluar pagi tadi kalau pintu berkunci dari dalam? Nak kata terjun tingkap tapi bilik dia tingkap nako tu. Ok nantilah dia tanya 208.
N punya kelas dari pagi sampai ke petang masa tu. Petang tu dalam 5.30 dia balik tengok 208 tengah lepak tengok tv. Dia pun tanyalah, babe macam mana you keluar dari bilik I pagi tadi? 208 dah berkerut dah. "Eh bila masa I pegi bilik you? I balik kampung la 2 hari ni. Ni baru sampai ni". Ah sudah, terkulat-kulatla si N kat situ. Sapa plak yang tido dengan dia malam tadi? Korang paham-paham sendiri la ye. Cuma N bersyukur dia rabun kalau dia nampak jelas muka benda tu rasanya mau malam tu jugak dia bungkus keluar dari flatlet tu....
BERSAMBUNG
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduiii seramnya tt
Dia tumpang tido pulak |
|
|
|
|
|
|
|
best ada cerita baru.. yeayy |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 21-12-2024 02:59 PM
BILIK 201
Untuk kisah pertama, aku kongsikan kisah N dulu.
Kolej UKM ke ni? KAB? Sebab memang khusus untuk atlet tapi buka je untuk budak budak course lain. I salah seorang ex kolej tu and duduk flatlet. Mostly flatlet untuk atlet dan senior also macam TT tulis, yang tak dapat kolej dan budak master. |
|
|
|
|
|
|
| |
|