CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 1

[NEGERI SEMBILAN] Perhilitan Rampas 15 Burung Pelbagai Spesies

[Copy link]
Post time 28-1-2021 06:33 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada burung yang dilindungi dirampas Perhilitan Negeri Sembilan di rumah seorang penduduk di Felda Palong Gemas. FOTO IHSAN PEMBACA


Harian Metro

Mohd Amin Jalil
[email protected]

Seremban: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 15 burung pelbagai spesies di sebuah rumah dipercayai peneroka di Felda Palong Gemas, dekat sini, semalam.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, hasil pemeriksaan ke atas rumah penduduk terbabit pihaknya menjumpai pelbagai spesies hidupan liar, termasuk spesies dilindungi.

"Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui 15 burung membabitkan burung daun, murai batu, kelicap kunyit, bayan puling dan serindit.

"Pemeriksaan ke atas seorang lelaki tempatan berusa 40-an itu mendapati dia tidak mempunyai dokumen sah atau permit daripada Perhilitan untuk menyimpan atau membela hidupan liar dilindungi.

"Susulan itu, semua burung dirampas dan dibawa ke pejabat Perhilitan di Seremban dan lelaki terbabit turut disoal siasat," katanya, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 1.651193 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list