CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1842|Reply: 5

Resepi Aiskrim Goreng Cair di Mulut dan Sejuk di Tekak

[Copy link]
Post time 12-2-2021 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Resepi Aiskrim Goreng Cair di Mulut dan Sejuk di Tekak

Aiskrim goreng merupakan sejenis pencuci mulut yang ringkas. Ia sedap dimakan semasa panas.

Untuk hasil yang tidak berminyak, minyak perlu ditapis dahulu dan letak pada tisu untuk serap minyak. Minyak perlu betul-betul panas sebelum goreng dan jangan goreng terlalu lama.

Tidak mahu aiskrim cepat cair? Setelah siap tekup aiskrim dalam roti, balut dengan rapat dalam plastik. Kemudian, simpan dalam peti beku sehingga beku dan barulah goreng.

Aiskrim Goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

  • Ambil 2 keping roti, bentukkan bulatan dengan gelas supaya senang untuk masukkan aiskrim.
  • Kemudian, ambil 1 sudu aiskrim dan letak di tengah.
  • Ambil gelas sekali lagi dan pusingkan sehingga membentuk bulatan. Buang lebihan roti tadi.
  • Masukkan dalam minyak panas. Agak-agak sudah kekuningan, terus angkat.




Resepi Bonus: Aiskrim Cup



Bahan-bahan:

  • Mentega (1/4 cawan)
  • Air (1 cawan)
  • Gula perang (2 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Telur (4 biji)
  • Vanila (1 sudu kecil)
  • Aiskrim siap
  • Coklat masakan


Cara-cara membuat:
Didihkan mentega, air, gula perang dan garam. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga kental dan tidak melekat pada bekas. Padamkan air. Masukkan telur dan vanila. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan adunan dalam piping bag.

Lingkupkan bekas seperti dalam gambar. Paipkan bahan tadi pada bekas dan bakar selama  15-20 minit. Bakar menggunakan api 160c. Tidak perlu terlalu garing. Tidak menjadi masalah kerana nanti ia akan digoreng pula.

Siap bakar, alihkan pada bekas. Goreng seketika ke dalam kuali sehingga garing kemerahan dan rangup. Biarkan seketika. Masukkan aiskrim ke dalam cawan. Hiaskan coklat cair di atasnya. Siap.



Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedappp


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya..lama tk buat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap lama dh tk mkn. Cm susah je nk jumpa aiskrim goreng ni skrg
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:40 PM | Show all posts
sedapnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.128410 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list