CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2728|Reply: 3

Perkara2 tak dapat dilupakan selepas pandu Ferrari F8 Tributo

[Copy link]
Post time 4-3-2021 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Perkara tak dapat dilupakan selepas pandu Ferrari F8 Tributo

Tawaran memandu supercar jarang hadir. Jadi bila kami terima undangan memandu uji Ferrari F8 Tributo, agenda hari itu yang tidak penting terpaksa ditolak ke tepi untuk peluang ini.



Ferrari F8 Tributo merupakan model terkini dalam siri model sports Ferrari dengan enjin V8 di tengah (mid-engine). Walaupun Ferrari SF90 juga menggunakan enjin berkapasiti sama, tetapi model itu merupakan hibrid dengan gandingan motor elektrik dan keupayaan PHEV (plug-in hybrid).


Sebaliknya, F8 Tributo ini merupakan model V8 pembakaran dalaman (internal combustion) sepenuhnya. Enjin twin-turbo 3.9-liter ini menjana 720hp pada 8,000rpm dan tork setinggi 770Nm. Bagaimana rasanya? Nanti kami kongsikan.

Dari segi prestasi, pecutan ke 100km/j boleh dicapai dalam 2.9 saat sahaja, dan kelajuan maksima pula 340km/j.



Ferrari F8 Tributo dijual pada harga RM1,068,000 tanpa cukai, insurans dan segala macam pilihan tambahan (options). Unit dengan warna Blu Corsa ini dilengkapi dengan pelbagai pilihan tambahan bernilai lebih RM200,000.

Baik, sekarang kami ingin kongsikan 8 perkara yang tak dapat dilupakan selepas memandu Ferrari F8 Tributo ini.

1. Duduk sangat rendah


Pertama sekali, sebaik memasuki F8 Tributo ini – seperti kebanyakan supercar juga – posisi duduk sangat rendah dan sporti.

Tetapi pandangan luar tidaklah begitu teruk. Dengan pelarasan yang betul pada tempat duduk, anda dapat lihat dengan baik di depan. Lengkungan fender depan juga memberikan gambaran tayar depan, bermakna anda boleh posisikan kereta ini dengan tepat semasa memandu di litar atau jalan sempit.



Lihat cermin sisi pula anda akan nampak ruang kemasukan udara yang besar di kiri dan kanan. Dan bila lihat cermin pandang belakang, haaa, tak nampak belakang pun. Hanya nampak seketul V8 merah. Amacam?

2. Stereng nisbah laju, tapi sedikit berat


Selepas memandu beberapa ketika, dapat dirasakan stereng F8 Tributo ini sedikit berat, tetapi nisbahnya laju.

Sebenarnya ini karakter biasa untuk kebanyakan model Ferrari terkini, seperti kami pernah rasa pada beberapa model Ferrari sebelum ini: California T, GTC4Lusso dan GTC4Lusso T.


Ini bermakna hanya sedikit sudut pusingan diperlukan untuk mendapat tahap belokan tayar seperti kereta biasa. Ini juga memberi gambaran awal akan kelincahan dan ketangkasan kereta ini mengambil selekoh.

Kereta yang laju dan lincah pastinya memerlukan respon dan tindakan sama dari pemandu.

3. Walaupun turbo, enjin tiada lag


Ya, walaupun V8 ini dengan turbo, ia bukanlah seperti enjin seumpanya dari tahun 90an yang mempunyai banyak turbo lag.

Enjin V8 pada F8 Tributo ini bukan sahaja sangat berkuasa, tetapi mempunyai respon yang cepat seperti naturally-aspirated. Tekan sahaja banyak atau sedikit, dia pergi dengan tepat.

Ini merupakan antara sebab utama enjin V8 Ferrari ini memenangi anugerah Engine of the Year berkali-kali.

4. Jadi perhatian!


Bila kita pandu kereta mahal atau pelik dari orang lain, semestinya pengguna jalan raya di sekeliling akan beri perhatian lebih.

Tidak kurang juga yang senyum dan tunjuk isyarat ‘bagus’.



Paling ketara apabila kami sampai ke stesen minyak Shell (sebab Ferrari kan, kena lah pergi Shell). Kebetulan pula orang agak ramai pada masa itu (sebelum PKP 2.0), berhenti saja di pam minyak, ramai yang memandang. Terasa macam selebriti pula!

Kemudian bila keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai, jadi terlebih berhati-hati pula risau tersadung atau tersalah langkah. Sampai macam tu sekali.

Dan bila kembali masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin, mata semakin tertumpu, hinggalah kereta berlalu pergi dari situ.

5. Penukaran gear laju macam F1


Ferrari F8 Tributo dilengkapi transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan. Berbanding model berenjin depan yang pernah kami pandu sebelum ini, F8 Tributo ini lebih terasa penukaran gearnya.

Setiap upshift terus melonjakkan kereta ke depan dan meter kelajuan bertambah dengan cepat, dan terasa seolah-oleh gear itu berfungsi betul-betul di belakang tempat duduk.


Kemudian bila downshift lebih dramatic, bunyi merdu blip dari sistem ekzos memberi galakan supaya memandu dengan lebih bersemangat ala pelumba.


Sumber:https://www.motoqar.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2021 08:22 PM | Show all posts
6. Mod Race yang lebih liar dari Sport



Sistem Manettino pada F8 mempunyai mod Wet, Sport, Race, CT Off dan ESC Off. Dua mod yang dicuba semasa pandu uji adalah Sport dan Race.

Sport ialah mod default pada kereta ini, dengan segala bantuan elektronik canggih yang memastikan kestabilan sentiasa terjaga.



Apabila suis ditukar kepada Race, semua parameter ditingkatkan tahap responnya untuk tindakbalas lebih tangkas. Traction Control juga ‘dilonggarkan’ sedikit untuk anda dapat lebih kawalan, terutamanya semasa cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan catatan masa terpantas di litar.

Memang kami dapat rasakan sedikit perbezaan antara mod Sport dan Race ini. Memang perlu beri tumpuan lebih semasa memandu dalam Race.



Mod CT Off akan memadamkan terus Traction Control untuk anda drift di selekoh, tetapi maneuver ini boleh dibuat secara terkawal kerana sistem Ferrari Driving Enhancer (FDE) melaraskan brek di setiap tayar untuk oversteer.



Aksi sebegini pasti dilakukan dalam mod CT Off atau ESC Off. Semestinya juga bukan dipandu penulis! Sumber: apkrig.com
Mod ini paling sesuai di litar atau untuk tujuan penggambaran video memaparkan aksi F8 Tributo ini keluar selekoh sambil tayar belakang berasap.

Dan sudah tentu mod paling advance ialah ESC Off yang akan memadamkan segala sistem. Kami tidak akan berpura-pura atau cuba berlagak seperti Michael Schumacher untuk mengawal 720hp pada tayar belakang. Tambahan pula masa itu jalan basah selepas hujan renyai-renyai.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 08:23 PM | Show all posts
7. Boleh jadi kenderaan selesa dengan butang Damper



Supercar punya suspensi keras dan melantun? Ya, agak firm suspensi Ferrari F8 Tributo ini. Ya lah, hendak ‘pegang’ badan kereta semasa ambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Tapi bukan perlu keras sepanjang masa.



Jika hendak meluncur santai, boleh saja anda tekan butang penyerap hentak di kawasan kiri stereng. Butang ini akan melaras suspensi magnetorheological F8 ini supaya lebih lembut.

Memang sangat selesa! Macam pandu Myvi je, bezanya posisi duduk F8 ini yang sangat rendah. Tetapi mod ini sangat sesuai untuk melalui permukaan jalan-jalan ‘cantik’ di Malaysia.

8. Ferrari mid-engine pertama



Akhir sekali, Ferrari F8 Tributo ini tidak akan kami lupakan kerana ia model V8 mid-engined pertama yang kami pandu.

Ya, ada kereta lain yang lebih mahal dan lebih berkuasa, tetapi Ferrari V8 sports mid-engined tetap suatu yang special. Banyak model-model sebelum ini dalam legasi V8 yang menjadi kesukaan kami seperti 360 Challenge Stradale, F430 Scuderia dan 458 Speciale.




Pemanduan sebegini merupakan satu pengalaman yang wajib dicuba semua orang untuk mengetahui dan memahami glamour jenama eksotik terkenal Itali ini.

Jemput tonton video kami di bawah untuk lebih ulasan dan mendengar sendiri bunyinya!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 08:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.510886 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list