CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2994|Reply: 0

Salina Turda: Taman Tema Hiburan Dalam Lombong Garam Bawah Tanah Di Romania!

[Copy link]
Post time 16-3-2021 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Salina Turda: Taman Tema Hiburan Dalam Lombong Garam Bawah Tanah Di Romania!



Jika anda ingin melancong ke Eropah tapi tak tahu nak berjalan-jalan ke negara mana yang best -- mungkin Romania adalah idea terbaik untuk anda.


Kenapa Romania?



Sebab di negara yang bermaksud 'Bandar Kerajaan Rom' itu mempunyai sebuah destinasi pelancongan yang unik iaitu taman tema hiburan di dalam lombong garam bawah tanah yang dinamakan "SALINA TURDA"!


Lombong garam bawah tanah yang tertua di dunia itu yang digunakan sejak dari abad ke-17 lagi telah berfungsi sebagai pusat penyimpanan keju hingga menjadi tempat perlindungan bom semasa Perang Dunia Kedua, sebelum proses penggalian garam dilakukan hingga tahun 1932.


Hari ini, lombong garam tersebut telah ditransformasikan menjadi sebuah taman tema bawah tanah yang penuh dengan tarikan dan hiburan kepada pengunjung.


Jika anda ingin ke sini, anda perlu menuruni lombong tersebut sedalam kira-kira 400 kaki sebelum sampai ke taman hiburan yang menyediakan pelbagai jenis tarikan antaranya amfiteater, boling, tasik bawah tanah yang dilengkapi dengan perahu serta roda Ferris.




Bukan itu sahaja, malah pengunjung juga boleh bermain golf di lapangan mini yang disediakan dan gelanggang ping pong.


Berseronok di taman tema bawah tanah pastinya menjanjikan sebuah pengalaman luar biasa apatah lagi bila terpandang struktur dinding lombong yang cantik seakan ukiran karya seni berharga, hasil daripada kerja-kerja perlombongan lebih 3 bilion tan garam.



Untuk turun ke dalam lombong tersebut, pengunjung mempunyai 2 pilihan iaitu berjalan kaki di atas jambatan kayu dengan diterangi deretan hiasan lampu ataupun menggunakan sebuah lif kaca untuk sampai ke taman hibutan berkenaan.

Salina Turda ini dibuka kepada pengunjung sepanjang tahun.


Bayaran masuk ke Salina Turda adalah berbeza mengikut pakej pilihan anda, tetapi kebiasaannya anda akan dikenakan sekitar 15 Leu atau kira-kira RM14.50 untuk dewasa.


Nak tengok menarik atau tak taman tema Salina Turda ni, anda boleh tengok video di bawah.





Sumber : https://rileklah.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.045707 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list