CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 0

Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Paling Banyak Diciplak Di China

[Copy link]
Post time 18-3-2021 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Paling Banyak Diciplak Di China

Gambar hiasan

Menyebut mengenai jenama Samsung mungkin ramai yang cukup kenal dan tahu bahawa jenama ini sangat popular dalam pembuatan barangan elektronik terutamanya telefon pintar.

Terdahulu, peranti Samsung sering kali dikaitkan dengan pengeluaran telefon pintar palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Siapa sangka, kemelut pemalsuan telefon pintar Samsung ini masih kekal berlarutan sehingga hari ini terutamanya di pasaran negara China.

Tidak perlu dinafikan bahawa China sememangnya mesra dengan penciptaan barang tiruan atau klon. Lantaran itu, semalam, 15 Mac merupakan tarikh istimewa di China sempena kempen ‘Hari Menentang Pembelian Barangan Palsu’ dan peranti Samsung merupakan antara telefon pintar yang paling banyak dipalsukan di pasaran China, lapor portal berita gajet Gizchina.

Sempena memperingati hari kempen kesedaran ini, CNBeta, media tempatan telah mengeluarkan laporan berkaitan jumlah peratusan data pengeluaran telefon pintar palsu mengikut model dan jenama yang terkenal di China berdasarkan penanda aras aplikasi AnTuTu.

Berdasarkan laporan, bermula pada Mac 2020 sehingga Februari 2021, AnTuTu telah mengesan sebanyak 34 % bersamaan 29,256 unit telefon pintar Samsung telah dipalsukan. Berdasarkan pecahan jumlah tersebut, model Galaxy S9+ mencatatkan pemalsuan sebanyak 8,097 unit diikuti Galaxy Note 10+ (7,532 unit), Samsung W2019 (3,747 unit) serta Galaxy Note 9 dan Galaxy S9 masing-masing mencatatkan 5,663 dan 4,227 unit.





Walaupun model Samsung dicatatkan dalam peratusan telefon pintar paling banyak dipalsukan, namun model telefon pintar palsu di tangga pertama masih lagi mengekalkan model Huawei P10 (66,085 unit) dan iPhone X di tangga kedua (16,495 unit).

Berdasarkan sumber, telefon pintar tiruan atau klon dikatakan bertambah baik berbanding sepuluh tahun yang dahulu. Namun persoalannya, adakah anda pernah terbeli atau menjadi mangsa penipuan telefon pintar palsu jenama Samsung?


Sumber : GIZCHINA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049280 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list