CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1392|Reply: 0

Hafizh Syahrin Uji Jentera Di Losail

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:29 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah.


Berita Harian

Sukhairi Thani
[email protected]

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menggunakan ujian rasmi selama tiga hari di Litar Antarabangsa Losail, Qatar yang berakhir kelmarin untuk memahami casis baharu NTS yang digunakannya pada musim ini.

Hafizh yang beralih dari jentera Speed Up ke NTS bersama pasukan baharu, NTS RW Racing GP pada musim ini berkata, dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan casis baharu itu selain perlu mencari pelarasan terbaik sebelum kempen 2021 di buka secara rasmi di litar sama, bermula Jumaat ini.

"Memandangkan ini penampilan pertama saya menggunakan jentera NTS, saya mengambil dua hari pertama sesi ujian untuk menyesuaikan diri dengan motosikal," katanya.

"Kami hanya melakukan beberapa perubahan dalam pencarian pelarasan ketika itu. Selain itu, kami juga mengambilkira yang ini adalah kali pertama saya dan juga kru teknikal bertemu.

"Pada hari ketiga, kami melakukan tambahan pertukaran dalam pelarasan suspensi. Namun, motosikal tidak begitu baik di trek dan saya meninggalkan garaj. Pada sesi terakhir, kru menukar tayar baharu dan sekali lagi menukar suspensi kepada yang lebih ringan.

"Malangnya, saya tidak boleh melakukan catatan masa sepusingan yang lebih pantas dalam lingkungan dua minit. Disebabkan itu, saya sedikit kecewa dengan diri sendiri. Sekarang, kami perlu bersiap sedia untuk perlumbaan minggu ini.

"Kami amat menantikan perlumbaan pertama kerana ia akan memberikan masa tambahan untuk kami mencuba pelarasan yang lain dan bersiap sedia untuk perlumbaan pertama tahun ini."

Hafizh yang kembali daripada saingan kelas perdana MotoGP, pada musim lalu menamatkan kempen pertamanya dalam kelas Moto2 dengan mengumpul 21 mata untuk berada di tangga ke-21 keseluruhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 1.275301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list