Edited by Vellfire at 28-4-2021 11:56 PM
Sarawak rekod 432 kes baharu, tiga kematian akibat COVID-19KUCHING: Sarawak merekodkan 432 kes baharu dengan tiga kematian melibatkan jangkitan COVID-19, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, daripada 432 kes baharu berkenaan, 70 peratus kes tertumpu di daerah Bintulu, Bukit Mabong, Miri, Sibu dan Kanowit. Sementara daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Bintulu (81), Bukit Mabong (64), Miri (60), Sibu (53), Kanowit (46), Selangau (23), Mukah (23), Kuching (21), Matu (10), Julau (8), Marudi (6), Sebauh (6), Lundu (4), Sri Aman (3), Sarikei (3), Subis (3), Pakan (3), Serian (2), Lubok Antu (2), Bau (2), Meradong (2), Betong (2), Belaga (1), Tatau (1), Beluru (1), Saratok (1) dan Telang Usan (1). Jawatankuasa berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 28,961 kes.
"Hari ini terdapat tiga lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 165 orang," katanya hari ini.
JPBNS berkata kematian ke-163 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk, sakit kepala dan sakit dada beberapa hari yang lalu. Saringan ujian rT-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 9 April 2021 dan keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2021. Kes tidak mempunyai ko-morbid, katanya. Manakala, kes kematian ke-164 pula melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 47 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala sakit tekak, demam, batuk, cirit-birit dan kesukaran bernafas. Katanya saringan ujian rT-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 11 April 2021 dan keadaan kes didapati merosot. Kes disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021 dan mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi. "Kematian ke-165 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 44 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami sesak nafas. "Kes didapati mengalami gejala batuk dan hilang deria rasa beberapa hari yang lalu. Saringan ujian Rapid Test Kit Antigen dan rT-PCR yang pada 20 April 2021 adalah positif COVID-19. "Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia," kata JPBNS. Sementara itu, berhubung kes baharu hari ini, JPBNS menjelaskan daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, seramai 52 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 376 orang adalah terdiri daripada individu yang diberi arahan perintah kuarantin.
kredit : utusan borneo 27/04/2021
|