CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1273|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 01/05/2021

[Copy link]
Post time 1-5-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
445 kes COVID-19 di Sarawak hari ini

KUCHING: Sarawak mencatatkan 445 lagi kes COVID-19 pada hari ini.


Di daerah Sibu 98 kes dicatatkan, Beluru (51), Miri (41), Mukah (40), Selangau (37), Bintulu (31), Kuching (26), Samarahan (22), Serian 20 kes dan Julau (12).
Daerah Kanowit pula 12 kes, Subis (11), Limbang (10), Tebedu (8), Kapit (6), Meradong (4), Song (3), Tatau (3), Belaga (2), Bau (2), Bukit Mabong (2), Saratok (1), Sebauh (1), Asajaya (1) dan Betong (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 31,104 kes, lapor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan kepada media.
JPBNS turut memaklumkan, terdapat dua lagi kes kematian, sekali gus menjadikan jumlah kematian di 180 orang setakat ini.

Kematian ke-179 membabitkan wanita berumur 72 tahun dan meninggal dunia pada 28 April selepas dirujuk ke Hospital Bintulu.
Sebelum itu si mati yang berpenyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), Mukah.
Kes kematian ke-180 melibatkan seorang lelaki berumur 75 tahun yang telah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Serian kerana mengalami kesesakan pernafasan.
Ujian saringan mendapati dia positif pada 26 April dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.
Keadaan kesihatannya yang berpenyakit darah tinggi dan paru-paru, semakin merosot dan meninggal dunia pada 30 April.
Hari ini terdapat 441 lagi kes telah pulih dan dibenarkan discaj.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dan discaj setakat ini ialah 24,888 orang atau kira-kira 80 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah 5,419 orang.
Sebanyak 445 pesakit di bawah siasatan direkodkan hari ini.

kredit : utusan borneo 01/05/2021

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2021 08:30 PM | Show all posts
Empat lagi kluster COVID-19 di Sarawak



KUCHING: Kluster Long Jegan di Beluru, Kluster Sungai Mas di Sebauh, Kluster Batu 25 di Bintulu dan Kluster Sungai Nirai di Selangau merupakan empat kluster COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan Kluster Long Jegan melibatkan sebuah sekolah rendah di Long Jegan.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah merupakan seorang cikgu lelaki berumur 25 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 22 April 2021,” kata JPBNS menerusi kenyataan.

Seramai 162 individu telah disaring dengan 57 dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.

Seramai 98 orang didapati negatif dan tujuh masih menunggu keputusan makmal.


Kluster Sungai Mas yang merupakan kluster komuniti dan melibatkan sebuah rumah panjang di situ.

Kes indeks kepada kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah klinik swasta di Bintulu.

Saringan RTK Antigen kes ini didapati positif dan dirujuk ke Hospital Bintulu yang mengesahkan beliau positif COVID-19 melalui saringan rT-PCR.

“Pengesanan kes secara aktif dan saringan telah dijalankan melibatkan ahli keluarga serta kontak kasual kepada kes indeks dan saringan bersasar di rumah panjang juga telah dilakukan,” kata kenyataan itu.

Di bawah kluster ini, 230 individu telah disaring dan mendapati 52 orang positif termasuk indeks kes, 84 orang negatif dan 94 orang masih menunggu keputusan makmal.

Bagi Kluster Batu 25 – kluster komuniti - melibatkan sebuah rumah panjang.

Kes indeks kepada kluster ini adalah seorang pelajar berumur sembilan tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah klinik kesihatan swasta pada 22 April.

Dia dikatakan melakukan kunjungan ke rumah panjang tersebut bersama keluarga pada 17 April semasa sedang mengalami tanda dan gejala jangkitan.

Hasil saringan bersasar ke atas penduduk rumah panjang tersebut, seramai 90 individu dikesan positif, manakala 198 individu telah disaring dan 95 dikesan positif termasuk indeks kes, 101 orang negatif dan dua kes menunggu keputusan ujian saringan.

Kluster Sungai Nirai (kluster komuniti) dikesan melibatkan sebuah rumah panjang.

Kes indeks kepada kluster ini merupakan seorang wanita berumur 25 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hopsital Sibu pada 26 April.

Kes indeks yang sedang sarat mengandung mula mengalami gejala pada 11 April dan hanya melakukan pergerakan di sekitar rumah panjang.

Hasil saringan bersasar ke atas penduduk rumah panjang tersebut, seramai 40 individu lain dikesan positif, manakala 66 individu yang disaring mendapati 41 orang positif termasuk indeks kes, dan 25 orang didapati negatif.

JPBNS turut memaklumkan kluster yang masih aktif adalah 79.


kredit : utusan borneo 01/05/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036819 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list