CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1172|Reply: 2

[Sarawak] Covid-19 03/05/2021

[Copy link]
Post time 4-5-2021 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Sarawak rekod 356 kes baharu COVID-19, dua lagi kematian


KUCHING: Sarawak mencatatkan penurunan kes harian baharu COVID-19 dengan sebanyak 356 kes direkodkan hari ini, berbanding 587 kes dilaporkan semalam, dan dua lagi kematian akibat wabak itu.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 32,047 kes manakala kes kematian meningkat seramai 184 orang setakat ini.
“Sejumlah 63 peratus daripada kes hari ini dikesan di daerah Miri, Sibu, Kuching, Sebauh dan Selangau.
“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Miri (80), Sibu (74), Kuching (29), Sebauh (21), Selangau (20), Kapit (18), Pakan (16), Meradong (16), Subis (15), Bintulu (13), Sarikei (12), Song (11), Kanowit (5), Julau (5), Sri Aman (5), Betong (5), Beluru (2), Samarahan (2), Tatau (2), Marudi (1), Saratok (1), Limbang (1), Bau (1) dan Mukah (1),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut JPBNS, daripada 356 kes baharu yang dilaporkan, seramai 56 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 294 orang adalah terdiri daripada individu yang diberi arahan perintah kuarantin,” katanya.
Mengenai kes kematian ke-183, Jawatankuasa itu berkata, ia melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 86 tahun yang dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mengalami serangan strok.
Kes ini katanya, dimasukkan ke wad isolasi berikutan hasil saringan ujian RT-PCR yang dikesan positif COVID-19 pada 14 April 2021.
“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan strok,” ujarnya.
Bagi kes kematian ke-184 pula, kata JPBNS adalah melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 57 tahun yang dirujuk ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, muntah dan cirit-birit selama beberapa hari.
“Saringan ujian RTK Antigen dan RT-PCR dilakukan dan dikesan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021.
“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan mempunyai sejarah strok,” katanya sambil merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
JPBNS turut memaklumkan terdapat 430 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
Manakala 356 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

kredit : utusan borneo 03/05/2021


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2021 08:05 AM | Show all posts
Dua kluster di Meradong ditamatkan hari ini




KUCHING: Dua kluster jangkitan COVID-19 iaitu Kluster Sungai Mupong dan Kluster Tanjung Genting di Meradong ditamatkan hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) .

Menurut JPBNS, penamatan kedua-dua kluster ini dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 76 kluster dengan 14 kluster telah merekodkan 62 penambahan kes baharu manakala 62 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai status kawasan jangkitan COVID-19 kata JPBNS, hari ini 24 daerah di Sarawak kekal berstatus merah.

Daerah-daerah itu ialah Bau, Sri Aman, Julau, Sebauh, Lundu, Pakan, Song, Tatau, Bukit Mabong, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

“Manakala empat daerah kekal berstatus jingga, 12 daerah kekal berstatus kuning dan tiada daerah berstatus hijau,” katanya.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 61 kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Daripada jumlah itu, daerah Bintulu mencatatkan 21 kompaun, Kuching (20), Miri (18) dan Padawan (2).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,194 kompaun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 08:09 AM | Show all posts
Tiga lagi rumah panjang dikenakan PKPD




Menurutnya PKPD akan dilaksana di Rh. Ukam, Nanga Engkamop di Julau; Rh. Sibat, Penurin di Betong dan Rh. Robert, Ulu Paoh di Sarikei.

“Bagi PKPD Rh. Ukam, Nanga Engkamop, Julau, ia akan dilaksanakan bermula 1 hingga 14 Mei 2021. Manakala PKPD Rh. Sibat, Penurin, Betong dikuatkuasakan mulai 4 hingga 17 Mei 2021, sementara PKPD Rh. Robert, Ulu Paoh, Sarikei dilaksanakan pada 5 hingga 11 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan PKPD di Rh. Mut. Nanga Maong, Sungai Mujok, Julau dilanjutkan dari 3 hingga 9 Mei 2021.

Manakala PKPD Rh. Malong, Sungai Melaban, Sare, Sarikei dilanjutkan dari 4 hingga 10 Mei 2021.


Turut dikenakan lanjutan tempoh PKPD ialah Rh. Nyawin, Sg. Rian, Bintangor, Meradong yang bermula dari 4 hingga 17 Mei 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034056 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list