|
Quartararo jalani pembedahan
Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP dari Perancis, Fabio Quartararo. FOTO AFP
Le Mans, Perancis: Fabio Quartararo akan menjalani pembedahan di tangan kanan selepas mengalami kecederaan otot ketika perlumbaan MotoGP Sepanyol, Ahad lalu, menurut pasukan Yamaha.
Jurucakap Yamaha berkata pelumba dari Perancis itu akan menjalani pembedahan hari ini selepas berdepan masalah susulan penamat di kedudukan ke-13 di Jerez pada Ahad.
Bagaimanapun, Quartararo memaklumkan di media sosial bahawa dia diberikan kebenaran untuk berlumba di MotoGP Perancis dekat Le Mans pada 16 Mei ini.
Bekas pendahulu kejuaraan itu menduduki tempat kedua dalam carta keseluruhan, dua mata di belakang pelumba Ducati dari Itali, Francesco Bagnaia selepas empat perlumbaan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|