[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]SEJARAH: Pelantar penggerudian Naga 7 yang menggerudi untuk blok Salam 3, tenggelam sepenuhnya ke dalam laut pada jam 7.45 pagi tadi. Perkara itu disahkan oleh ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam kenyataan medianya petang tadi. - Gambar Facebook Seafarers Life
MIRI: ConocoPhillips Sarawak Ltd (ConocoPhillips) hari ini mengesahkan pelantar penggerudian Naga 7 di perairan Bintulu-Miri telah tenggelam sepenuhnya ke dalam laut pada jam 7.45 pagi tadi.
Dalam kenyataan rasminya hari ini, ConocoPhillips bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca kejadian berlaku yang menyebabkan pelantar itu karam jam 2.45 petang pada Isnin. Naga 7 melakukan melakukan kerja-kerja menggerudi (telaga minyak) di blok Salam 3, yang terletak kira-kira 120 batu nautika dari pantai Bintulu, dan kira-kira 135 batu nautika dari Miri. Ekoran insiden berkenaan, Pasukan Tindakan Kecemasan ConocoPhillips digerakkan untuk memindahkan semua kru yang berada di atasnya dengan segera.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 101 kru berjaya dipindahkan dibawa pulang ke Miri, dalam dua kumpulan membabit 85 orang, yang tiba di Offshore Transit Centre (OTC) Miri jam 10 pagi tadi. Manakala 16 yang lain dijangka tiba di OTC di sini, esok.
Pelantar penggerudian Naga 7 yang mempunyai keupayaan penggerudian hingga kedalaman 30,000 kaki, mampu beroperasi pada kedalaman 375 kaki, air laut.
kredit : utusan borneo 04/05/2021
|