BINTANGOR, 6 Mei: Sepasang suami isteri yang dikhuatiri hilang ketika mencari rotan di Sungai Janting ditemui selamat sekitar jam 11.33 malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.18 malam sebelum mengaktifkan operasi mancari dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata pasukan SAR berjaya menghubungi mangsa yang masing-masing berusia 58 dan 74 tahun.
Kedua-dua mangsa ditemui pada jarak 4.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya kekejangan pada kaki dan dalam keadaan lemah akibat berjalan jauh dan kesejukkan.