CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1419|Reply: 3

[Sarawak] Mayat penumpang pikap terjunam 20 meter ke dalam gaung berjaya dikeluarkan

[Copy link]
Post time 7-5-2021 01:07 PM | Show all posts |Read mode


KAPIT, 6 Mei: Mayat seorang penumpang yang terperangkap dalam sebuah pikap yang terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Melinau-Mujong berjaya dikeluarkan sekitar 10:30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata operasi hari kedua yang diteruskan hari ini berjaya mengeluarkan mayat daripada kenderaan itu dengan bantuan traktor.

Pasukan penyelamat berusaha membawa mayat mangsa naik ke atas dengan menggunakan pengusung dan sistem tali.

Mayat mangsa yang dikenali James Kanyan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, dua individu terperangkap dalam pikap yang dipandu mereka selepas terjatuh ke dalam gaung dan tersangkut pada pohon kayu di jalan berkenaan sekitar jam 3.36 petang semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu pikap berjaya dikeluarkan oleh orang kampung dan mengalami patah paha kiri manakala seorang penumpang yang terperangkap dalam kenderaan itu hanya dikeluarkan keesokkan harinya (hari ini).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2021 01:09 PM | Show all posts
berita terdahulu ...



KAPIT, 6 Mei: Dua individu tersepit apabila pikap yang dinaiki terjunam ke dalam gaung kira-kira 20 meter di Jalan Melinau Hujung sekitar jam 3.36 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba namun seorang penumpang masih tersepit dalam kenderaan itu.

Mangsa yang tersepit pada bahagian tengah kenderaan itu namun gagal dikeluarkan disebabkan kedudukan pikap berkenaan tersangkut pada batang kayu.

Pasukan bomba menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa kerana keadaan tanah yang kurang stabil dan gelap.

Komander Operasi Abu Osman berkata atas faktor keselamatan pasukan SAR, operasi ditangguhkan jam 6 petang.

Operasi SAR akan disambung jam 7 pagi ini.

Ujarnya lagi, jarak perjalanan sejauh 40 kilometer melalui jalan balak turut menjadi cabaran pasukan SAR dan perjalanan tersebut mengambil masa 2 jam untuk sampai ke lokasi kejadian.

Litupan girn dan talian telepon untuk komunikasi turut tiada di lokasi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 01:11 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:30 PM | Show all posts
Allahuakbar.. takziahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.043633 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list