View: 1530|Reply: 8
|
[Sarawak]
Covid19 08/05/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak mencatatkan 479 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 324 atau 67.24 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Sibu, Bintulu dan Miri.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Sibu (125),
Bintulu (110),
Miri (89),
Kapit (35),
Sri Aman (23),
Mukah (22),
Kuching (14),
Kanowit (13),
Sebauh (12),
Selangau (9),
Subis (5),
Beluru (5),
Lubok Antu (4),
Tatau (3),
Serian (3),
Saratok (2),
Song (2),
Tanjung Manis (1),
Meradong (1)
Samarahan (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 34,706 kes.
Daripada 479 kes baharu yang dilaporkan, seramai 64 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 419 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
I. 367 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (25 kes bergejala).
II. 43 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala).
III. 37 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
IV. 23 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala).
V. 8 kes melibatkan individu yang datang a balik dari negeri- negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala).
VI. 1 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara Austria.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat enam (6) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 207 orang.
I. Kes Kematian Ke-202.
Kes kematian ke-202 adalah kes ke-21,011 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 70 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala batuk dan sakit di bahagian perut dua (2) hari sebelumnya.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 13 April 2021. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis. (Kluster Sungai Selitut)
II. Kes Kematian Ke-203.
Kes kematian ke-203 adalah kes ke-33,624 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Kapit kerana ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga. Saringan ujian RTK Antigen dan rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 05 Mei 2021. Kes disahkan meninggal dunia pada 05 Mei 2021. Kes ini juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan strok. Kematian ini dikategorikan sebagai Brought-In Dead (BID).
III. Kes Kematian Ke-204.
Kes kematian ke-204 adalah kes ke-30,979 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 57 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu dari PKRC kerana ditemui tidak sedarkan diri. Menurut sejarah kesihatan, kes didapati mengalami gejala demam, cirit-birit dan kurang selera makan. Saringan ujian rt-PCR yang dibuat pada 27 April 2021 didapati positif COVID-19.
Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dan gout.
IV. Kes Kematian Ke-205.
Kes kematian ke-205 adalah kes ke-34,065 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 87 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam dan kesukaran bernafas seminggu yang lalu. Saringan ujian rt-PCR yang dibuat pada 05 Mei 2021 didapati positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 06 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan penyakit buah pinggang.
V. Kes Kematian Ke-206.
Kes kematian ke-206 adalah kes ke-34,228 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 90 tahun yang telah dibawa ke Hospital Saratok bagi rawatan kecemasan kerana ditemui kurang responsif di rumah oleh ahli keluarga. Menurut sejarah kesihatan, kes didapati mengalami gejala batuk dan kurang selera makan. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 06 Mei 2021 dan dikesan positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 07 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, dan penyakit buah pinggang.
VI. Kes Kematian Ke-207.
Kes kematian ke-207 adalah kes ke-20,224 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 70 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan kelesuan badan. Saringan ujian Rapid Molecular telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 11 April 2021.
Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 08 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, gout dan penyakit buah pinggang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat 390 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari
Hospital Sibu dan PKRC di Sibu (107),
Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu (75),
Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri (71),
Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei (48),
Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak (27),
Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit (26), PKRC Mukah (15),
PKRC Serian (10), PKRC Betong ( 8 )
Hospital Sri Aman (3)
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 27,888 orang atau 80.35% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,533 orang.
Manakala, 479 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Tebedu Mawang, Tebedu dan Kluster Jejalong, Sebauh. Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut:
I. Kluster Tebedu Mawang, Tebedu
Kluster Tebedu Mawang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua (2) buah kampung di Daerah Tebedu.
Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-30,942 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 47 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tedebu pada 29 April 2021 dan didapati positif COVID-19 pada 30 April 2021.
Kes indeks telah mendapat jangkitan dari komuniti dan telah merebakkan jangkitan kepada ahli keluarga dan kontak rapat serta kontak kasual di tiga (3) buah kampung berdekatan termasuk dua (2) buah sekolah rendah di Daerah Tebedu.
Hasil pemantauan aktiviti survelan Influenza Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tebedu dan aktiviti saringan pengesanan kes secara aktif ke atas kontak keluarga dan kontak rapat kepada kes indek dan kes positif yang lain, terdapat penambahan sebanyak 17 positif COVID-19. Manakala, sejumlah 107 individu telah disaring di mana:
• 20 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 86 kes didapati negatif semasa saringan
• 1 kes yang masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua 20 orang kes yang didapati positif COVID-19 telah telah dirujuk ke Hospital Serian dan dimasukkan ke PKRC Serian bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
II. Kluster Jelalong, Sebauh
Kluster Jelalong merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di kawasan Tubau, Sebauh.
Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-25,993 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 75 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Bintulu selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Tubau pada 21 April 2021 dan disahkan positif COVID-19 pada 22 April 2021.
Kes indeks telah mendapat jangkitan dari komuniti dan jangkitan telah merebak dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut melalui satu upacara pengebumian yang diadakan pada 09 hingga 11 April 2021.
Hasil siasatan lanjut dan aktiviti saringan pengesanan kes secara aktif ke atas kontak keluarga dan kontak rapat serta kontak kasual kepada kes indeks dan kes positif yang lain, terdapat penambahan sebanyak 21 kes positif COVID-19.
Manakala, sejumlah 198 individu telah disaring di mana:
• 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 176 kes didapati negatif semasa saringan pertama
Kesemua 22 orang kes yang didapati positif COVID-19 telah telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan dimasukkan ke PKRC Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kluster Tamat [Empat (4) Kluster Tamat].
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas iaitu:
i. Kluster Depot Imigresen Semuja, Serian
ii. Kluster Lorong Desa Senadin, Miri
iii. Kluster Kampung Baru Hilir, Samarahan
iv. Kluster Jalan Badarudin, Kuching
Kluster Yang Masih Aktif.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 75 kluster. Sebanyak 12 kluster telah merekodkan 54 penambahan kes baharu manakala 63 kluster tidak merekodkan penambahan kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN bagi :
i. PKPD Rh. Boniface Manggie, Ulu Ranan, Kanowit (10 hingga 23 Mei 2021)
ii. PKPD Rh. Tatom, Ng Tabau, Btg Oya, Stapang, Selangau (10 hingga 23 Mei 2021)
iii. PKPD Rh. Andin, Sg Bejait, Kanowit (10 hingga 23 Mei 2021)
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
09 MEI 2021
5 PETANG
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|