CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2579|Reply: 8

[SEJARAH] Jepun Menyerahkan Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu Kepada Thailand

[Copy link]
Post time 23-6-2021 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Jepun Menyerahkan Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu Kepada Thailand



20 Ogos 1943 – Pada tahun 1943, satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshal Plaek Phibunsongkhram.

Dalam perjanjian tersebut Jepun menyerahkan Negeri-negeri Utara Tanah Melayu kepada Thailand. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis serta dua Wilayah Shan.

Penyerahan enam buah wilayah tersebut telah dilakukan kerana Jepun merasa terhutang budi kepada Thailand di atas bantuan sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Thailand dalam usahanya untuk menakluki Tanah Melayu.

Jepun juga pernah berjanji untuk menyerah kembali negeri-negeri Melayu dan dua wilayah Shan itu yang dahulunya kepunyaan Thailand kepada Kerajaan Thailand sekiranya Jepun diberi bantuan dan kerjasama dalam usaha-usaha penaklukan Tanah Melayu.

Perbincangan mengenai kedudukan wilayah-wilayah tersebut pertama kalinya telah diadakan pada 4 Julai 1943 di dalam satu pertemuan di antara Perdana Menteri Jepun, Jeneral Hideki Tojo dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshal Plaek Phibunsongkhram semasa Perdana Menteri Jepun itu melawat Thailand.

Berikutan dengan peristiwa itu pada hari ini dalam tahun 1943 satu perjanjian telah ditandatangani untuk menyerahkan enam buah wilayah (empat buah di utara Tanah Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis; dan dua buah wilayah Shan, Selatan Thailand); kepada Pentadbiran Tentera Thailand.

Mengikut perjanjian tersebut terdapat enam fasal yang telah dipersetujui :
FASAL 1: Jepun mengakui wilayah-wilayah Thailand seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis termasuk pulau-pulaunya dipunyai oleh negeri tersebut.

FASAL 2: Jepun juga mengakui wilayah-wilayah Shan iaitu Kentung dan Mongpan kepunyaan Thailand.

FASAL 3: Jepun akan menyerahkan pentadbiran di dalam wilayah-wilayah tersebut dalam masa 60 hari tarikh perjanjian itu dibuat.

FASAL 4: Sempadan wilayah-wilayah di dalam Fasal 1 dan 2 adalah mengikut sempadan negeri-negeri itu sebagaimana pada tarikh perjanjian itu ditandatangani.

FASAL 5: Perkara-perkara detail untuk pelaksanaan Perjanjian itu akan ditentukan melalui tolak-ansur atau nasihat-nasihat di antara kedua-dua negeri itu.

FASAL 6: Perjanjian itu akan diikuti oleh satu rombongan yang akan menandatangani tarikh penyerahan wilayah-wilayah tersebut.

Selepas 60 hari dari tarikh perjanjian itu dibuat iaitu mulai daripada 18 Oktober 1943 secara rasminya negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis telah diletakkan di bawah kawalan Pentadbiran Tentera Thailand yang berpusat di Alor Setar, Kedah.

Walau bagaimanapun, pihak Jepun masih lagi mempunyai kuasa di bidang ketenteraan, serta berhak untuk mengambil pemuda-pemuda Melayu untuk berkhidmat di dalam pasukan Tentera Jepun.

Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu telah dikuasai oleh pentadbiran Tentera Thailand selama dua tahun.

Dengan kekalahan Jepun di tangan pihak Berikat dan penyerahan kuasa tentera Jepun kepada Tentera British di Tanah Melayu pada akhir tahun 1945 maka berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Dengan tidak secara langsung Negeri-negeri Utara Tanah Melayu kembali semula jatuh ke tangan penjajahan Inggeris.

Sumber : Arkib Negara Malaysia



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2021 03:26 PM | Show all posts


Perjanjian Di Antara Sultan Kedah Dengan Jepun

19 Disember 1941 – Pada tahun 1941, Baginda Sultan Kedah, DYMM Tuanku Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke 25 telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak Jepun di Kulim, Kedah. Perjanjian di antara Sultan Kedah dengan Jepun ini dibuat berikutan kejatuhan negeri Kedah ke tangan Jepun. Tentera Jepun mula bergerak ke negeri Kedah pada 8 Disember 1941 apabila mereka mendarat di Alor Setar dan mengebom Lapangan Terbang Sungai Petani.

Serangan Jepun di Alor Setar itu telah menyebabkan Baginda Sultan dan pihak kerajaan berpindah ke Kulim. Apabila keseluruhan Negeri Kedah telah ditakluki, maka Kedah terpaksa mengadakan satu perjanjian dengan pihak Jepun. Menurut perjanjian tersebut, pihak Jepun mengakui Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebagai raja Negeri Kedah, tetapi pihak Jepun adalah pemegang kuasa dan semua arahan Jepun mesti dipatuhi.


Tuanku Abdul Hamid Halim Shah


Sesudah perjanjian itu ditandatangani, Baginda Sultan yang ketika itu dalam keadaan gering dan dibawa balik ke Alor Setar. Baginda diiringi oleh anakandanya Tunku Abdul Rahman Putra dan disertai oleh Tunku Badlishah, Raja Muda. Pada masa yang sama semua pegawai Kanan Melayu Kedah yang menjawat jawatan semasa pemerintahan British juga dibenarkan kembali ke jawatan masing-masing.

Dengan perjanjian yang ditandatangani di antara Sultan Kedah dan Gabenor Jepun pada hari ini dalam tahun 1941, maka bermulalah detik pemerintahan Tentera Jepun di Negeri Kedah.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 03:27 PM | Show all posts
siapa dia raja sebelum Tuanku Abdul Hamid Halim Shah? siapa boleh explain tahun bila raja bersiong jd raja di kedah (klu kisah ni benar) lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 07:51 PM | Show all posts
aneyonghaseyo
ujar melayu mrmuji2 jepun
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:57 AM | Show all posts
Nak serah kat thailand kejadahnya ? Thailand sendiri di bawah penaklukan jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 03:37 PM | Show all posts
Sampai sekarang aku tak paham apasal Malaysia suka sangat gaduh dengan Indonesia.
Pasal Sukarno dengan Ganyang Malaysia terbawak2 sampai ke Piala AFF.

Kalau nak ikutkan perangai Thailand lagi celaka.
Jadi tempat landing Jepun untuk serang Malaya, jadi markas PKM.
Tapi orang kita rileks ja ngan Thailand. Mungkin Danok sebagai pengaman PBB...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2021 06:34 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 25-6-2021 11:57 AM
Nak serah kat thailand kejadahnya ? Thailand sendiri di bawah penaklukan jepun.

The Japanese invasion of Thailand (Thai: การบุกครองไทยของญี่ปุ่น RTGS: Kanbuk Khrong Thai Khong Yipun; Japanese: 日本軍のタイ進駐, romanized: Nihongun no Tai shinchū) occurred on 8 December 1941. It was briefly fought between the Kingdom of Thailand and the Empire of Japan. Despite fierce fighting in Southern Thailand, the fighting lasted only five hours before ending in a ceasefire.[1] Thailand and Japan then formed an alliance, making Thailand part of the Axis' alliance until the end of World War II.


https://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_invasion_of_Thailand

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 28-6-2021 10:34 AM
The Japanese invasion of Thailand (Thai: การบุกคร& ...

Hahahahahaa. Taiwanese ,koreans, manchurians all were conquered by japan and had their people serve in the japanese army but they still never try to claim japanese occupation was an alliance. Its some thai people who are the only ones in denial.  Pathetically wanting to regard the brutalization and rape of thais by japanese soldiers as an act of alliance.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 07:45 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 28-6-2021 07:40 PM
Hahahahahaa. Taiwanese ,koreans, manchurians all were conquered by japan and had their people serv ...

wallahualam...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.101468 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list