View: 2718|Reply: 6
|
Tips Hilangkan Karat & Kesan Kerak Pada Kuali
[Copy link]
|
|
Tips Hilangkan Karat & Kesan Kerak Pada Kuali, Confirm Berkilat, Tak Payah Beli Baru Dah!
Semua yang rajin memasak pasti akan sakit hati apabila yang korang sering gunakan berkerak atau berkarat dan menjadi hitam. Apabila kuali dah hitam, berkerak dan berkarat takkan asyik nak beli baharu je kan?
Jadi hari ini, admin nak kongsikan tips yang mungkin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan pada kuali korang. Jom cuba tips ini.
1. Asam keping
Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar supaya senang untuk direndam. Didihkan air asam keping itu sampai mendidih. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam keping dan rendamkannya selama 4-5 minit.
Angkat kuali atau periuk, sejukkannya selepas itu sental menggunakan sabun dan berus dawai. Selepas selesai berus kuali atau periuk, bilas dengan air seperti biasa.
2. Sabun Buruh
Sental menggunakan sabun tersebut tanpa air. Ini adalah petua daripada kedai-kedai India yang menjual periuk dan kuali.
3. Sabun mandi dan sabun Labour
Daripada mula beli kuali, korang kena rajin sental menggunaan sabun mandi dan sabun Labour. Apabila anda menyentalnya, gunakanlah penyental aluminium yang kasar untuk sental kuali tersebut.
4. Kulit nenas
Sebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan kulit nenas. Rebuskan kulit nenas. Semasa merebus kulit nenas itu biar lebihkan pada tanda hitam.
Ambil kulit nenas itu menggunakan senduk dan gosok-gosokkannya. Kemudian sental seperti biasa. Boleh kilat semula.
5. Soda bikarbonat
Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan. Ambil berus besi dan gosokkan kuali anda. Jangan letak air terlalu banyak. Anggaran agak-agak sahaja. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam itu hilang. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Faizal Shah Madshah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke sabun mandi tu? Mahal tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Buang jelah... Beli baru.. Bukan mahal pun kuali ni... Hitam camtu.. Geli... Kalo akulahh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kerak tebal sgt bole try kikis ngn grinder |
|
|
|
|
|
|
|
Sya dh try petua yg guna sabun mandi tu menjadi ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
guna sabun labour tu je biasaya..kena try jugaklah petua lelain tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|