View: 844|Reply: 1
|
Azizulhasni tabik Beasley
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley sebenarnya mempunyai nama cukup besar dalam arena lumba basikal antarabangsa selain boleh dikatakan cukup laris apabila sering menjadi rebutan pasukan negara luar sehingga ke hari ini.
Namun, jurulatih yang berasal dari Australia itu tetap 'taat' bersama Malaysia dan bagaikan menganggap negaranya sendiri.
Perkara terbabit didedahkan jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang yang melihat jurulatih berkenaan serta isterinya Vicky Beasley adalah watak penting di sebalik kejayaannya selama ini.
Azizul berkata, walaupun Beasley dilahirkan sebagai seorang 'mat saleh' namun jiwanya sangat dekat dengan Malaysia.
"Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita. "Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang, John Beasley selalu bagi 'flight meal' beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup.
"Beliau sangatlah di hormati di arena lumba basikal antarabangsa dan juga sentiasa menjadi rebutan negara-negara luar akan tetapi beliau taat dengan Malaysia seolah-olah sudah terkena nasi kangkang orang Melayu," katanya.
Selain itu, pemenang pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo itu turut mengucapkan penghargaan kepada pasukan 'TeamAzizul' yang sanggup mengharungi cabaran dan rintangan untuk berjaya di peringkat tertinggi.
"Izham Mohammad selaku pengurus pasukan atau kordinator yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir supaya saya dapat memberikan tumpuan penuh kepada latihan dan perlumbaan.
"Harnizam Basri selaku pembantu jurulatih banyak membantu dari aspek latihan, kelengkapan perang dan yang hal-hal berkaitan.
"Mollynica Juanis selalu physio yang memastikan saya berada di tahap kondisi fizikal yang terbaik dan terhindar dari sebarang kecederaan. Chee Lee Ming selaku pakar sains sukan yang memberikan bantuan dari sudut sains sukan secara menyeluruh," katanya.
Untuk rekod, Azizul sudah beraksi sebanyak empat kempen Olimpik sejak Beijing 2008. Dia juga memenangi gangsa dalam acara keirin di Rio 2016 serta perak di Olimpik Tokyo 2020.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Azizulhasni (kanan) bersama jurulatihnya, John Beasley. FOTO FB Azizulhasni Awang |
|
|
|
|
|
|
| |
|