CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 1

Bila lagi nak lulus PSM baharu? - Zolkples

[Copy link]
Post time 18-8-2021 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: "Sudah lama kami menanti, bila lagi Pesuruhjaya Sukan (PJS) nak luluskan PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) baharu? Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Naib Presiden Gabungan Sepaktakraw Kelantan (Gastak) itu berkata demikian selepas kecewa dengan tindakan PJS yang belum lagi meluluskan penubuhan PSM baharu walaupun semua dokumen diperlukan sudah dipenuhi dan diserahkan kepada PJS.

"Penubuhan PSM baharu perlu segera diluluskan PJS demi pembangunan sukan itu selepas dipalit dengan episod yang memalukan sebelum ini. Kini kelulusan bergantung kepada PJS, tapi sehingga sekarang belum ada hitam putih, kita pun tak tahu apa lagi yang mereka mahukan.

"Ini kerana apa yang mereka minta kita sudah selesaikan termasuk pindaan perlembagaan kita sudah buat, pendek kata apa yang PJS mahukan sudah kita penuhi, kadang-kadang apa yang mereka minta hari ini esok berlainan pula, tapi kita tetap hantar walaupun dokumen sentiasa berbeza.

"Tindakan PJS kini timbul persoalan seolah-olah macam nak menyusahkan kami, kami sedar kuasa di tangan mereka, jadi kita tunggu sahajalah apa keputusan mereka selepas ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kegagalan meletakkan mereka yang pakar dalam hal ehwal dan bidang sukan di pejabat PJS boleh merosakkan pembangunan sukan di negara ini lebih-lebih lagi sukan negara kian bersinar di pentas dunia.

"Ini masalahnya letak orang yang tak ada pengalaman dan pengetahuan mengurus, sepatutnya perlu letak mereka yang benar-benar berwibawa, usah main letak saja kerana ia boleh merencatkan sesuatu bidang sukan.

"Peminat dan penggiat sukan sepak takraw kini tertanya-tanya dan menanti mengenai penubuhan PSM yang baharu kerana mahu membuat program pembangunan dan sebagainya, saya tidak boleh jawab kerana bukan peranan saya, lagipun kita sudah banyak buang masa.

"Jika sebeginilah sikap bila lagi kita nak kembalikan zaman kegemilangan sukan itu serta nak tewaskan pasukan Thailand? Peringkat nak tubuh persatuan ini pun terhegeh-hegeh, macam mana nak bangunkan sukan itu?

"Tahun depan Sukan Asia, jika sekarang kita buat perkara sama tapi nak harapkan keputusan yang baik, usah mimpilah, sebaliknya kita perlu buat perubahan drastik, kita ramai kakitangan yang bagus dan bersemangat dalam sukan sepak takraw ini, lagipun PSM baharu ini banyak perancangan berkualiti," katanya yang kembali mewarnai sukan negara atas prinsip ingin membantu walaupun hampir 40 tahun berada dalam MSN.

Pada Jun lalu sukan sepak takraw negara dikejutkan dengan episod hitam dalam sejarah apabila disingkirkan daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) susulan pertuduhan yang dikenakan ke atas PSM selepas didapati bersalah atas tindakan presiden ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail sebagai Timbalan Presiden Astaf menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 08:28 AM | Show all posts

ZOLKPLES persoal kelembapan PJS meluluskan penubuhan PSM baharu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053001 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list