CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 6

[Kedah] Banjir di Yan: Muslim Care gerak bantuan awal bantu penduduk terjejas

[Copy link]
Post time 18-8-2021 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Yan: Muslim Care gerak bantuan awal bantu penduduk terjejas
| | 18 Ogos 2021

Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di dua kawasan itu dinaiki air hingga merosakkan kawasan tersebut.


ALOR SETAR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) akan menggerakkan bantuan awal kepada penduduk terjejas akibat banjir yang berlaku susulan fenomena kepala air di Yan pada petang Rabu.

Duta Muslim Care, Natipah Abu berkata, NGO itu telah menempah sebuah lori untuk menghantar air mineral dan sebuah lagi bagi roti untuk dibekalkan kepada penduduk yang mungkin terputus bekalan makanan terutama di kawasan yang terjejas teruk.

“Insya-ALLAH, bekalan akan sampai esok pagi dan kita akan agihkan kepada kawasan yang terjejas dan kita juga akan membuat tempahan makanan untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan yang terlibat.

“Ini adalah bantuan awal kita memandangkan kejadian ini berlaku secara mengejut, mungkin selepas ini kita akan bincangkan bantuan lain untuk penduduk yang terjejas,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengumpulkan sukarelawan Muslim Care seramai mungkin di Kedah bagi menggerakkan bantuan itu dan bantuan lain.

Bagaimanapun, Natipah berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang pelanggaran prosedur operasi standard di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, jika NGO itu tidak dibenar menyampaikan bantuan secara terus kepada penduduk, pihaknya akan meminta pertolongan pasukan keselamatan untuk berbuat demikian.


“Kita juga mungkin akan menyerahkan bantuan kepada pusat-pusat bencana yang diwujudkan oleh pihak berkuasa untuk diagihkan kepada penduduk,” katanya.

Natipah juga berkata, rumahnya yang terletak di Gurun dan berhampiran kawasan terjejas akibat bencana itu akan dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan NGO tersebut sebelum diagihkan kepada penduduk. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... u-penduduk-terjejas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama kaki jerai tak banjir kan.. Dulu2 selalu dengar arwah tok citer.. Banjir besar kat jerai sebab naga turun ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makiting at 19-8-2021 12:18 AM
sarah82 replied at 18-8-2021 11:23 PM
Lama kaki jerai tak banjir kan.. Dulu2 selalu dengar arwah tok citer.. Banjir besar kat jerai sebab  ...


Ada jugak terbaca ada org sebut sejarah  bangsa yg sekian lama terpendam. Berkaitan ke yea
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-8-2021 11:23 PM
Lama kaki jerai tak banjir kan.. Dulu2 selalu dengar arwah tok citer.. Banjir besar kat jerai sebab  ...

Ooo macam kisah lagenda la ye
Tapi memang dahsyat betul kepala air tu
Seram tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 19-8-2021 12:16 AM
Ada jugak terbaca ada org sebut sejarah  bangsa yg sekian lama terpendam. Berkaitan ke yea

Mungkin la.. Nanti sy baca ttg sejarah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
malaygirl replied at 19-8-2021 12:34 AM
Ooo macam kisah lagenda la ye
Tapi memang dahsyat betul kepala air tu
Seram tengok

Lebih kurang mcm tu.. Katanya banjir besar kat jerai last jadi tahun 60 an.. Masa tu katanya ada saksi mata nampak ular tua @ naga besar menyusur turun sekali dgn banjir tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tua2 kata.. Kalau nak jadi malapetaka besar kat kedah.. Meriam katak kat kuala kedah akan timbul dan meletop...

Katanya last time meriam tu timbul dan meletup masa banjir kat jerai tahun 60 an dulu.

Org kedah.. Prepare for the worst..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.048187 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list