CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 919|Reply: 0

[Kedah] Banjir Yan: Penduduk ibaratkan seperti tsunami kecil

[Copy link]
Post time 19-8-2021 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Banjir Yan: Penduduk ibaratkan seperti tsunami kecilOgos 19, 2021 @ 7:28am




Keadaan banjir disebabkan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. - NSTP/Luqman Hakim Zubir





YAN: Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini petang semalam, umpama 'tsunami' kecil susulan keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya, ketika kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai 'mengganas' sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya.

"Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air ini dah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga hingga titi, jalan runtuh, kereta hanyut dan ada yang meninggal, saya rasa sangat takut," katanya kepada pemberita di Kampung Setol di sini, malam tadi.
Salwa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang dan air mulai surut lebih kurang 7.30 malam tadi, dan bencana itu juga telah menyebabkan bekalan air di rumahnya terputus.

Mohd Nasir Shuib, 41, pula berkata dia melalui pengalaman mengerikan apabila menemukan mayat seorang lelaki berumur lingkungan 60-an, pada 5.30 petang semalam.
"Saya lihat air sungai berdekatan rumah saya ini mengalir laju, bunyi kuat pelik lain macam, air datang begitu laju hanyut sekali kayu balak semua hingga rumah saya dan jiran ditenggelami air," katanya.

Mohd Nasir berkata, hujan lebat di puncak Gunung Jerai sejak beberapa hari lepas mungkin telah menyebabkan air terkumpul dan turun secara mengejut, hingga membawa bencana buruk.
"Kejadian ini terburuk berlaku, pekan Yan yang tak pernah tenggelam, hari ni tenggelam," katanya.

Seorang lagi penduduk Jaafar Man, 62, berkata buat masa ini, beliau dan keluarga sedang berlindung di dalam bangunan yang lebih tinggi, kerana bimbang paras air kembali naik.
Jaafar yang juga pemilik Kem Kenari Nature Park di kawasan Titi Hayun berhampiran Gunung Jerai itu berkata, kawasan kem berkenaan telah ditenggelami air serta pasir sehingga paras pinggang.

"Buat masa ini, saya serta tujuh lagi ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Bekalan elektrik, makanan dan minuman semua masih ada dan mencukupi pada masa ini, hanya bekalan air terputus.
"Hujan lebat petang tadi telah menyebabkan banyak fasiliti di kem termasuk rumah inap, surau, kolam, ruang mesyuarat dan kantin ditenggelami air.
"Banyak juga cermin dan struktur bangunan pecah akibat dilanggar kayu balak yang dihanyutkan," katanya yang telah mengusahakan kem rekreasi berkenaan selama 21 tahun. - BERNAMA

Keadaan banjir disebabkan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Keadaan jalan yang dinaiki air di Kampung Titi Bakong. - NSTP/Luqman Hakim Zubir


Anggota keselamatan menutup laluan masuk ke Gunung Jerai disebabkan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran gunung itu. - NSTP/Luqman Hakim Zubir



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.355929 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list