|
Edited by Vellfire at 19-8-2021 02:19 PM
Perdana Menteri baharu harus pelihara hak Sarawak
KUCHING: Perdana Menteri baharu serta barisan kabinetnya harus mengutamakan pemulihan hak perlembagaan Sarawak serta dapat memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, kriteria utama PM baharu yang diinginkan semestinya dapat memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti mana yang termaktub dalam MA63.
“Kita perlu PM yang betul-betul menitikberatkan pembangunan Sarawak terlebih dahulu. Di samping itu PM baharu itu nanti mesti memahami kepentingan serta menghormati perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan Ma63.
“Ini disebabkan PM sebelumnya banyak kali telah membelakangi hak Sarawak menyebakan kita selalu diabaikan,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Dewan Perpaduan Batu Kawa di sini hari ini.
Sekurang-kurangnya jelas beliau, tindakan PM terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan membenarkan lima peratus cukai jualan produk petroleum negeri harus dicontohi oleh bakal PM yang mendatang.
Suarasarawak/2021/08/19
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|