CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

[Kedah] Kedah cari inisiatif pulihkan Yan

[Copy link]
Post time 19-8-2021 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Kedah cari inisiatif pulihkan Yan[size=0.8]Noorazura Abdul Rahman - Ogos 19, 2021 @ 9:01pm[email protected]



Muhammad Sanusi (dua dari kiri) menyerahkan bayaran faedah PERKESO kepada Ranida, selepas suaminya Sharuzi meninggal dunia dalam fenomena kepala air dari Gunung Jerai ketika pulang dari Jerai Hill Resort, semalam. FOTO NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN



YAN: Kerajaan Kedah akan mencari inisiatif terbaik bagi membangunkan semula daerah Yan yang terjejas teruk akibat banjir, petang semalam.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebagai permulaan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan beberapa Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkaitan untuk membantu melancarkan proses pemulihan.
Katanya, buat masa ini pihaknya akan bertemu KSU Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk tujuan berkenaan, malam ini.

"Beberapa agensi berkaitan pengairan dan saliran terletak di bawah bidang kuasa KASA seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang akan membantu melancarkan proses pemulihan.
"Kita akan minta KASA menjalankan pembaikan saluran yang rosak seperti di Titi Hayun berikutan banyak kerosakan berlaku.
"Mungkin KASA boleh mempertimbang bajet untuk baik pulih selain memohon bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian selepas menyerahkan bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris mangsa bencana kepala air , Sharuzi Mohammad, 52, di Kampung Sedaka, di sini, petang ini.

Sharuzi, pekerja Jerai Hill Resort meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai semalam.
Balu mangsa, Ranida Ahmad, 47, menerima faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 dan faedah tanggungan empat orang anak sebanyak RM1,247 sebulan.
Muhammad Sanusi berkata, laporan lengkap bancian mengenai kerosakan akan dilakukan pegawai daerah terbabit termasuk jumlah anggaran kerosakan yang berlaku.
Katanya, pihaknya menjangkakan proses bancian kerosakan dan baik pulih akan mengambil masa agak lama.

Sementara itu, Ranida ketika ditemui berkata, dia akan menggunakan wang itu sebaik mungkin untuk membayar hutang arwah dan membayar upah haji.
"Saya akan besarkan anak-anak sebaik mungkin menggunakan wang PERKESO untuk pelajaran anak-anak, mujurlah anak sulung saya sudah bekerja manakala empat lagi masih belajar," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.426694 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list