View: 1589|Reply: 6
|
[Sarawak]
Toh Puan Raghad beri sumbangan bantuan kepada penduduk terjejas.
[Copy link]
|
|
KUCHING, 19 Ogos - Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyerahkan sumbangan kepada 15 orang penerima di Majlis Jalinan Kasih yang berlangsung di sini, hari ini.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut dimulakan di ruang legar Majlis Bandaraya Kuching Selatan dengan enam orang penerima yang terdiri daripada keluarga penghuni Flat KMC Kuching.
Setelah itu, penyampaian sumbangan diteruskan di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Apong dengan sembilan orang penerima yang terdiri daripada penduduk kawasan Foochow Road, Kampung Sungai Apong dan Batu Lintang.
Semasa majlis, Toh Puan Raghad menyerahkan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan asas.
Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Turut hadir menemani Toh Puan Raghad semasa majlis ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dan Datin Sri Enn Ong.-TAMAT-
Disediakan oleh: Mohamad Sahrizan Putit dan Safik Effendi Kassim (BMKK)
Foto oleh: Saiful Rahman Sabri (BKVS)

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama X dengar berita Toh Puan. Obviously makin cantik wlwpun ditutup mask wajah tu. Toh Puan diwartakan berbangsa Melanau kan? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|