CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 1

Sri Pahang terkulai di laman sendiri

[Copy link]
Post time 21-8-2021 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Kuala Lumpur (KL) City FC mempamer prestasi terbaik apabila menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Dua gol pada babak kedua selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama memastikan pelawat membawa pulang tiga mata.

Prestasi cemerlang KL City sudah dapat dijangka apabila skuad kendalian Bojan Hodak itu mencemaskan tuan rumah apabila hampir menjaringkan gol pendahuluan menerusi Zhafri Yahya tetapi bola rembatan pemain tengah itu berjaya ditepis keluar penjaga gol, Daniel Wafiuddin Sa'dun seawal minit pertama.

Pada minit ke-28, KL City sekali memiliki peluang tetapi Romel Morales gagal melakukan penyudah tepat walaupun hanya berhadapan dengan Daniel Wafiuddin.

Tuan rumah mula mendapat rentak permainan apabila perlawanan memasuki minit ke-35 dengan beberapa percubaan ke gawang lawan.

Peluang terbaik Sri Pahang untuk menjaringkan gol ialah daripada pemain tengah, Baqiuddin Shamsudin tetapi boka berjaya diselamatkan penjaga gol KL City pada minit ke-36.

Empat minit bersambung babak kedua, gawang tuan rumah dibolosi hasil jaringan pemain tengah, Morales untuk mendahului 1-0.

Tersentak jaringan itu, skuad bimbingan Dollah Salleh kembali mengatur strategi untuk mencari gol penyamaan tetapi dinafikan pertahanan kental KL City itu.

Sebaliknya, pelawat berjaya menjaringkan gol kedua hasil sentuhan Zhafri yang menerima hantaran daripada K Partiban pada minit ke-70.

Selepas itu, tuan rumah berusaha untuk menjaringkan gol tetapi akhirnya akur tewas di laman sendiri.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 07:35 AM | Show all posts

PEMAIN Sri Pahang FC, Aung Kaung Mann (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Daniel Sang Ting pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.047057 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list