CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 0

[Kedah] Pemuda PN yakin ada musyawarah bentuk Kabinet baharu

[Copy link]
Post time 21-8-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda PN yakin ada musyawarah bentuk Kabinet baharu[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 21, 2021 @ 8:39pmbhnews@bh.com.my


Khairil Nizam Khirudin, melihat sumbangan berupa periuk dan tilam yang akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas dengan tragedi kepala air Rabu lalu.





YAN: Pemuda Perikatan Nasional (PN) berharap pentadbiran baharu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meneruskan legasi kerajaan PN terdahulu bagi mewujudkan kestabilan politik dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata ia termasuk melaksanakan program libat urus yang dirancang sebelum ini termasuk yang dikemukakan pembangkang.
"Perkara-perkara seperti ini perlu kita teruskan untuk kita capai kestabilan politik dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi seterusnya memberi ketenangan kepada rakyat.
"Semua ahli politik juga perlu bersama-sama membantu kerajaan untuk menguruskan pandemik COVID-19 bagi membentuk imuniti berkelompok secepat mungkin, menjaga nyawa rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing," katanya.

Bercakap pada sidang media di Dewan Serbaguna Masjid Wustho, Guar Chempedak di sini hari ini, Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat, berkata pihaknya yakin setiap parti dalam PN akan diberi peluang membarisi Kabinet baharu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri kesembilan itu.
"Saya yakin semua ada dalam perancangan beliau dan ia akan dilakukan secara musyawarah. Kami pun akan bincang di peringkat parti masing-masing dan nama-nama akan kita angkat dalam perbincangan," katanya.

Sementara itu, Khairil Nizam memberitahu, Pemuda PN turut menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000 dalam bentuk keperluan asas seperti tilam, selimut dan periuk kepada penduduk yang terjejas dengan tragedi kepala air pada Rabu lalu.

Katanya, seramai 401 tenaga kerja dari PAS turut digerakkan bagi membantu penduduk di Yan dan Kuala Muda .
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut menyerahkan 200 bakul makanan kepada Pusat Operasi Banjir Jerai dalam usaha meringankan beban mangsa terjejas.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.200214 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list