CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 0

[Sarawak] Ribut petir, hujan di Sarawak hingga Khamis depan

[Copy link]
Post time 22-8-2021 04:16 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada petang dan malam di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan kebanyakan kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga Khamis depan ketika fasa lemah Monsun Barat Daya sedang berlaku sekarang.

Menurut Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA), negara masih mengalami musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada pertengahan September dan monsun itu mempunyai dua fasa iaitu fasa kuat (aktif) dan fasa lemah (kurang aktif).

Semasa fasa kuat, angin barat daya bertiup secara konsisten dan keadaan cuaca secara relatifnya kering, dan sebaliknya semasa fasa lemah iaitu cuaca yang lembap disebabkan corak angin tiupan yang berbeza daripada semasa fasa aktif.

“Lazimnya terdapat penumpuan angin yang menyebabkan pergerakan udara ke atas ataupun tiupan angin yang lemah.

“Kedua-dua keadaan tersebut menyebabkan ribut petir dan hujan berlaku pada waktu petang sehingga malam,” menurut KASA dalam kenyataan hari ini.

KASA memaklumkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di  Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor semalam (20 Ogos).

Berdasarkan pemantauan cuaca dan analisa imej radar, awan aktif telah terbentuk di kawasan pedalaman negeri-negeri pantai barat merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sekitar 2 petang pada hari berkenaan.

“Keamatan semakin meningkat sehingga meliputi hampir seluruh pantai barat Semenanjung pada sebelah petang.

“Pencerapan udara atas menunjukkan berlaku pertembungan angin dari arah barat laut dan tenggara yang membawa kelembapan tinggi dari Laut Andaman dan Selat Melaka, seterusnya menyumbang kepada pembentukan awan aktif dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050886 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list