CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 0

[Sarawak] Hentikan pembalakan di hulu Baleh – Masing

[Copy link]
Post time 22-8-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing menegaskan agar lesen konsesi pembalakan tidak lagi diperbaharui untuk beroperasi di hulu sungai Batang Baleh.

Katanya disebabkan oleh aktiviti pembalakan, kejadian longgokan sisa-sisa kayu yang hanyut dari Batang Baleh yang kemudian ‘membanjiri’ sungai Batang Rajang berlaku lagi.

“Upacara Iban “Miring” pada tahun 2010 nampaknya tidak menenangkan “dewa-dewa”.

“Dewa yang menyebabkan “logjam” adalah manusia! Mereka adalah konsesi pembalakan, mereka beroperasi di perairan Batang Baleh dengan kesan persekitaran yang dahsyat.

“Untuk menghentikan ini daripada berulang, jangan memperbaharui lesen pembalakan mereka untuk beroperasi di hulu Batang Baleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, kejadian pertama berlaku pada tahun 2010, menyebabkan laluan sungai dari Kapit sehingga ke Sibu terjejas teruk.

Malah, katanya ia turut menyebabkan banyak ikan termasuk buaya mati di sepanjang sungai Batang Rajang.

Beliau merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata pada waktu itu, komuniti Iban yang tinggal di sepanjang Batang Baleh telah melakukan upacara “Miring” untuk menenangkan dewa-dewa di Ulu Baleh, yang mereka sangka marah dengan kesan persekitaran akibat aktiviti pembalakan.

“Saya terlibat dan begitu juga dengan YB di bahagian Kapit, kami fikir para dewa telah ditenangkan oleh persembahan damai kami, tapi tidak lama!

“Sepuluh tahun kemudian, ia berlaku lagi, dengan ‘logjam’ pada skala yang sama berlaku di Batang Baleh dengan kemungkinan akibat yang mematikan kerana kelancaran aliran sungai kini dihalang oleh pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh,” katanya.

Semalam, tular mengenai kejadian longgokan sisa-sisa kayu yang turut digelar oleh penduduk setempat sebagai ‘apat’, yang hanyut ‘membanjiri’ sungai Batang Rajang bermula dari Ulu Baleh sehingga ke kawasan Kapit, Song, Kanowit, Sibu dan seterusnya ke kawasan hilir yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.041297 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list