|
RUMUSAN HARIAN
Jumlah kes harian bagi Sabah tidak banyak berubah. Hari ini jumlah kes ialah 2638 dengan daerah Kota Kinabalu melonjak ke 883, 241 kes lebih tinggi daripada kelmarin .
Hampir 66% kes tersebut adalah melalui saringan kontak rapat & 25% melalui saringan bergejala.
Tawau mencatat 259 kes, Penampang 210 (-196), Tuaran 193 (-54), Sandakan 178, Kinabatangan 111 (+35), Putatan 94, Beaufort 89 (+65), Keningau 82, Lahad Datu 73 (-27), Kota Marudu 71 (+23), Papar 49 (-81) & Tongod 42 (+42).
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bukan semua kes yang dilaporkan hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. 369 kes (14%) adalah kes2 tertunggak melebihi 5 hari, 378 kes (14.3%) melebihi 4 hari & 892 kes (33.8%) adalah kes2 yg lewat didaftar melebihi 2 hari.
Daripada 2638 kes hari ini, 62.2% (1640) merupakan kontak rapat, 23.2% (611) kes melalui saringan bergejala & 5.3% (139) daripada kluster2.
1550 orang (58.8%) pesakit adalah dalam kategori dua, 991 (37.6%) dalam kategori satu, 12 orang dalam kategori tiga, 6 orang dalam kategori empat & 7 orang dalam kategori lima.
Setakat semalam (21/8), 51.7% penduduk dewasa Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin & 29.3% melengkapkan kedua dua dos .
MPL
|
|