CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 1

Nauraj raih emas di Luxembourg

[Copy link]
Post time 23-8-2021 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Atlet lompat tinggi negara yang kini berpangkalan di Eropah, Nauraj Singh memberi khabar gembira apabila menghadiahkan pingat emas kepada negara di Kejohanan Jemputan CAS Antarabangsa di Luxembourg.

Pemenang pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 itu menewaskan atlet Belanda, Douwe Amels untuk perak dan atlet Iran, Keyvan Ghanbarzadeh gangsa.

Ketiga-tiga mereka melepasi ketinggian 2.18 meter (m) yang mana emas diberikan selepas perkiraan semula apabila Nauraj berjaya dalam percubaan pertama manakala Amels dan Keyvan, masing-masing hanya berjaya melakukan lompatan pada percubaan kedua dan ketiga.

Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata, ia satu permulaan yang baik buat Nauraj untuk merangka latihan dengan pencapaian yang lebih konsisten bagi tahun depan.

Biarpun catatan itu jauh daripada pencapaian terbaiknya iaitu 2.30 m yang dilakukannya di Kejohanan Terbuka Singapura pada 2017 namun ketinggian itu dilihat satu permulaan baik untuk meletakkan dia di landasan yang tepat ketika musim pandemik ini.

"Pada saya 2.18m itu masih baik kerana dia masih dalam proses pertandingan dan latihan yang berterusan. Tapi saya pasti kejohanan itu sebagai kejohanan pemanas badan.

"Sebab jika dilihat pencapaian keseluruhan atlet yang lain juga rendah untuk mereka di peringkat elit. Tapi tak kisah sebab ini adalah proses yang berterusan untuk persediaan tahun depan," katanya.

Bagaimanapun Manshahar berkata, Nauraj perlu melakukan lebih lagi sekiranya dia menyasarkan untuk mencabar pingat di Sukan Komanwel atau Asia yang mana juara Olimpik dari Qatar, Mutaz Barshim meraih emas dengan lompatan 2.37m.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 06:35 PM | Show all posts

Nauraj meraih emas dengan lompatan 2.18m di Luxembourg. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.309291 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list