CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 1

Megat cabar atlet para pamer aksi terbaik

[Copy link]
Post time 24-8-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Chef de Mission Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berharap dua atlet negara yang akan memulakan aksi Paralimpik Tokyo esok dapat membuktikan bahawa penampilan mereka bukanlah sekadar pelengkap temasya.

Dua atlet yang dimaksudkan adalah Muhammad Nursaiful Zulkafli bagi acara renang 200 meter (m) gaya bebas (S5) dan pusingan kelayakan acara ping pong perseorangan lelaki (M9) membabitkan Chee Chao Ming.

"Untuk Chao Ming, saya sudah maklumkan kepadanya walaupun ini adalah penampilan pertamanya, saya mahu dia mempamerkan aksi paling terbaik. Jika boleh dapat mara sehingga suku atau separuh akhir.

"Bagi Nursaiful pula, jika dia berjaya mara ke final, maka kita boleh saksikan aksinya di sebelah petang pada hari sama. Saya dimaklumkan dia mempunyai empat acara dan harapan untuk meraih pingat mungkin ada.

"Apapun saya juga mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia untuk kejayaan atlet-atlet ini," katanya.

Sementara itu, Megat berkata kesemua atlet, jurulatih dan pegawai yang sudah tiba di Tokyo berada dalam keadaan baik di sebalik ancaman pandemik Covid-19 yang masih belum reda di sana.

"SOP (prosedur operasi standard) di Perkampungan Sukan agak ketat dan bagi saya ia adalah langkah yang baik dilakukan oleh pihak penganjur.

"Selain itu atlet negara yang sudah tiba juga tidak mempunyai masalah untuk menjalani latihan di venue masing-masing.

"Secara peribadi, saya memuji atlet negara kerana sangat berdisiplin. Cuma mungkin ada sedikit masalah kelewatan pengangkutan untuk ke venue pertandingan tetapi ia bukanlah isu besar," katanya.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 09:48 PM | Show all posts

Atlet ping pong para negara, Chee Chao Ming
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.335040 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list