CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1747|Reply: 11

[Pulau Pinang] Dirogol, diliwat sebelum maut, mayat disorok bawah katil

[Copy link]
Post time 29-8-2021 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Dirogol, diliwat sebelum maut, mayat disorok bawah katil[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


GAMBAR hiasan






Nibong Tebal: Dirogol dan diliwat sebelum meninggal dunia dan mayatnya disorok di bawah katil.

Begitu kejadian tragis yang menimpa wanita berusia 40 tahun apabila dia diperlakukan oleh lelaki tidak dikenali yang masuk ke rumah teres dua tingkatnya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata, polis menerima laporan pada 7.20 malam Sabtu berhubung penemuan mayat wanita yang diletakkan di bawah katil di dalam bilik sebelum bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.

"Melalui siasatan, kejadian disedari seorang wanita berusia 41 tahun yang datang ke rumah mangsa kerana mempunyai temujanji dengan mangsa kira-kira jam 3 petang, namun dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal telah keluar dari rumah mangsa.

"Berikutan tidak sedap hati, dia kemudian menghubungi kakak mangsa sebelum kakak mangsa menghubungi kenalannya untuk membuat pemeriksaan ke atas kediaman adiknya.

"Kenalan kakaknya pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah sedikit terbuka lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, ketika pemeriksaan dibuat keadaan rumah mangsa berselerak dan polis menjumpai mangsa di bilik bahagian tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan dalam keadaan terbaring di bawah katil.

"Terdapat saksi iaitu jiran sebelah rumah mangsa mengatakan juga telah nampak pergerakan seorang lelaki keluar dengan menaiki motosikal jenis SYM.

"Berpandukan kepada maklumat itu, polis berjaya mengesan keberadaan suspek dan membuat tangkapan ke atas lelaki yang mempunyai lima rekod jenayah berusia 29 tahun yang bersembunyi di Changkat Sungai Jawi tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya.

Chong Chern berkata, soal siasat ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira 6 petang dan selepas itu meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar.

"Bagaimanapun, suspek dikatakan memberhentikan motosikal di kawasan perumahan dan dia masuk ke rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi melalui tingkap.

"Suspek kemudian pergi ke bilik tidur di bahagian bawah dan telah nampak mangsa sedang tidur di atas katil lalu bertindak merogol serta meliwat mangsa hingga mangsa melawan dan menjerit kerana terkejut dengan perbuatan suspek.

"Dia (suspek) yang mendapati mangsa tidak lagi bergerak dan dipercayai meninggal dunia kemudian menarik mangsa ke bawah katil dan menyembunyikan mayat mangsa," katanya.

Dalam pada itu, Chong Chern berkata, suspek menggeledah rumah mangsa dan mengambil telefon bimbit, wang tunai dan loket mangsa sebelum keluar dari rumah itu kira-kira 2 petang dan pergi menghantar motosikal yang dipinjamkan dari rakannya, kemudian pulang ke kediamannya yang terletak tidak jauh dari kediaman mangsa dengan berjalan kaki.

"Suspek yang mengetahui polis membuat pemeriksaan ke atas rumah mangsa kemudian menyembunyikan diri dan membuang barangan milik mangsa ke dalam sungai.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan mayat mangsa akan dibedah siasat selepas keputusan saringan Covid-19 diperoleh," katanya.





Disiarkan pada: Ogos 29, 2021 @ 12:49pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah. Apa nak jadi Malaysiaku?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam ya... Apa nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik mendadihhhhhhh jela dalam kebanyakan kes yang iol baca
Kalau negara ni jenis hati kering, jenis hutang nyawa dibayar nyawa
Deme2 ni memang kasi pancung je
takde penjara apa dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
traumanya bca berita mcm ni. Allahuakhbar
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia jahat ko tak akan terlepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan kena 'naikkan balik' pasukan elit PDRM...STAFOC,STING dan STAGG...yg 'lenyap' masa PH perintah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2021 03:50 PM | Show all posts
update pelaku telah ditangkap


ANGGOTA polis membawa suspek ke lokasi kejadian. FOTO Danial Saad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 05:35 PM | Show all posts
duduk rumah teres sorang2 mmg takut jadi gini laa..mat pet pecah masuk kalu merompak saje buleh tahan lagi. lama jgk setan tu masuk kul 3 pagi 2 ptg baru keluar. apa la yg dibuat selama tu. tak pasti plk pukul bpa mangsa meninggal, harap tak diseksa mangsa tu sblm meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 06:45 PM | Show all posts
bangsa K kah yg rogol..nampak hitam je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 06:48 PM | Show all posts
Skuau replied at 29-8-2021 01:39 PM
Kerajaan kena 'naikkan balik' pasukan elit PDRM...STAFOC,STING dan STAGG...yg 'lenyap' masa PH perin ...

dorang hapuskan sbb clearly bangsa dorang yg byk gangsters...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.126141 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list