CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 1

[Kedah] Duda dicekup khalwat dengan janda anak tiga

[Copy link]
Post time 29-8-2021 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Duda dicekup khalwat dengan janda anak tiga[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


WANITA yang dicekup kerana disyaki berkhalwat bersama pembantunya disoal pegawai JAIK di sebuah rumah kedai di Pekan Air Hitam. FOTO Ihsan JAIK.




Kubang Pasu: Alasan seorang lelaki untuk menumpang sementara di sebuah rumah kedai milik seorang janda sementara menunggu proses pernikahan tidak menjadi apabila mereka dicekup berkhalwat semalam.

Lelaki berusia 46 tahun yang berstatus duda itu dicekup dengan pasangannya yang berstatus janda anak tiga berusia 38 tahun itu oleh sepasukan anggota dari Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada sekitar jam 12.45 tengah malam.

Wanita itu dipercayai menjalankan perniagaan di rumah kedai berkenaan manakala lelaki itu bekerja sebagai pembantu kedai wanita itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup di sebuah rumah kedai di Pekan Air Hitam, di sini selepas pihaknya menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di situ.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak wanita itu berada dalam rumah kedai berkenaan.

Katanya, pasangan itu gagal menunjukkan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki melakukan maksiat.

"Lelaki itu memberi alasan seperti itu bagi mengelak ditahan namun gagal kerana tidak munasabah dan ditahan untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.

Radzi berkata, mereka kemudian ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.





Disiarkan pada: Ogos 29, 2021 @ 10:48am














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaiiii alasannya pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list