CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1947|Reply: 4

[Pulau Pinang] Lelaki bergelang putih bawa kanak-kanak sedang demam beli makanan

[Copy link]
Post time 29-8-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki bergelang putih bawa kanak-kanak sedang demam beli makanan[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Seorang lelaki yang memakai gelang HSO berwarna putih dirakam membeli makanan di kawasan pandu lalu restoran makanan segera. FOTO tular.







Butterworth: Pelayar Facebook hari ini mengecam tindakan seorang lelaki yang memakai Gelang Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) berwarna putih apabila dia dirakam keluar membawa kanak-kanak yang dipercayai sedang demam untuk membeli makanan di restoran makanan segera di Bagan Ajam, di sini.

Kecaman itu berikutan tular beberapa keping gambar lelaki berkenaan yang dirakam meletakkan pelitup muka di dagu sedang menunggu pesanan makanannya siap dalam kenderaannya itu.

Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dilapor masuk ke kawasan pandu lalu restoran untuk memesan makanan.

Manakala, di bahagian tempat duduk hadapan kereta berkenaan, terdapat juga seorang kanak-kanak yang pada dahinya ditampal gel penyejuk badan dipercayai sedang demam.

Warganet yang melihat gambar tular itu menyifatkan tindakan lelaki terbabit adalah tidak bertanggungjawab kerana perlu menjalani kuarantin di rumah tetapi keluar ke tempat awam.

Namun, terdapat juga segelintir warganet yang menyuarakan rasa simpati yang dakwa mereka lelaki itu berkemungkinan terpaksa keluar berikutan tiada kenalan atau keluarga yang boleh membantunya membeli makanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi berkata, polis sudah mengenal pasti lelaki terbabit.

"Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan ke atas lelaki itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.





Disiarkan pada: Ogos 29, 2021 @ 10:00pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 covid dulu mmg aku kecam manusia bergelang keluar beli makanan. Tp skrg bila dh ramai kawan, jiran n saudara yg positif aku faham. Nak tak nak kena keluar sendiri wehh..  jiran lain pun ada komitmen lain jugak.  Klu anak pesakit demam ke takde jiran yg sanggup bawak ke klinik.  

KKM ada masa nak siasat ker. Nak visit pesakit pun tak dan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin tak ada pilihan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah pening..kita kalau kuarantin sapa yg nak bawak anak yg demam tu ke klinik ka apa ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
khenzz..jiran depan umah i ni kobid jgk..tp i selalu dgr pintu rumah dia mcm keluar..i rasa keluar beli mknn kot..yela sapa nk hantar mknn...tp xtau la mayb yg keluar tu x positif ke..so i faham la situasi dorg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056833 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list