CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 866|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Siapkan projek ikut jadual untuk kemudahan rakyat'

[Copy link]
Post time 30-8-2021 06:59 PM | Show all posts |Read mode
'Siapkan projek ikut jadual untuk kemudahan rakyat'[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 30, 2021 @ 5:11pm[email protected]


Ahmad Fuzi berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-14, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG





GEORGETOWN: Segala projek yang disusun serta dirancang Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk kemudahan rakyat Pulau Pinang, perlu disiapkan mengikut jadual walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda negara.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, berkata ia penting untuk penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, selain memacu ekonomi negara secara dalaman.

"Pada masa sama, saya berharap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak mengira parti, kerajaan ataupun pembangkang, dapat memberi fokus serta iltizam untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan dan kegelisahan untuk meneruskan kehidupan ketika pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-14, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuzi berkata, kemajuan pembangunan Pulau Pinang ketika ini dan peningkatan permintaan serta keperluan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, tidak dapat dinafikan.

"Justeru, saya juga amat berharap kerajaan negeri dapat meneruskan idea telah dibangkitkan pada 2015 dan 2019, untuk mendirikan bangunan DUN yang baharu.

"Ini adalah untuk keselesaan sidang dan menampung jumlah ADUN, pegawai bertugas serta media, selain menambah baik kemudahan lain yang diperlukan.

"Semoga dengan wujudnya bangunan baharu nanti, fungsi dan keberkesanan DUN serta jawatankuasa di bawahnya dapat dipertingkatkan.

"Turut menjadi harapan saya agar bangunan baharu itu kelak akan menjadi mercu tanda kemegahan rakyat dan negeri ini dalam mendukung sistem demokrasi berparlimen serta Raja berperlembagaan di negara kita," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi juga berharap Pulau Pinang akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat, yang mana lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dapat dibuka semula.

"Perkara ini juga akan membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan normal dan menikmati kegemaran biasa yang tidak dapat diperoleh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun sepanjang tempoh ini, diingatkan supaya terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), selain semua rakyat Pulau Pinang tidak kira agama, bangsa serta budaya diminta mengutamakan kesejahteraan hidup bersama secara aman dan damai," katanya.

Ahmad Fuzi sekali gus berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang hingga kini masih bekerja keras dalam usaha mengekang penularan COVID-19.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list