CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2923|Reply: 14

Terung Berlado SImple

[Copy link]
Post time 1-9-2021 06:58 PM | Show all posts |Read mode


Bahan - bahan :
20 biji terung
2 biji tomato
15 biji cilipadi
segengam ikan bilis yg dah dibersihkan
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah sederhana besar
Garam
1/2 keping gula gerek
Serbuk sedap rasa
Sedikit air
MInyak utk menggoreng terus dan juga menumis.


Cara Penyediaan :
1. Terung belah ikut suka ang dan rendam kejap dalam air garam suoaya benda2 asing dikeluarkan dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan bila minyak betul2 panas, goreng terung sehingga separuh layu dan angkat, masuhkkan baki terung..kira2 1 minit juga kita menggoreng terung tu.

3. Sambil2 goreng terung tu, kupas la bawang merah dan bawang putih, masukkan dalam chopper bawang merah, bawang putih, cilipadi, tomato dan ikan bilis yg dah dibersihkan tadi. Mesin hingga separuh lumat.4.

4. TInggalkan minyak goreng terung tadi dalam kuali cukup2 untuk menumis, kemudian masukkan bahan2 yg dikisar separuh lumat tadi. Bila dah garing baru masukkan sedikit air dan juga 1/2 keping gula gerek. kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu cabai kering kisar, kacau sehingga air kering, kita kena rasa masak ke tak, kalau kurang masak, campurkan 1 sudu besar cuka dan masukkan serbuk secukup rasa. kalau tak masin, boleh tambah garam (biasanya dah cukup masin sebab ada ikan bilis).

5. Kacau sehingga air betul2 kering dan wangi masukkan terung yg kita goreng tadi. kacau rata secara perlahan2 sebab tak mo terung ni hancur. Biarkan selama 5 minit atas api besar dan kemudian boleh la katup api tu.

6. Makan la bersama nasi putih.

Nota : menu ni utk 8 org makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Terung balado memang favorite. Tambah pulak kalau ganding dengan lauk berkuah macam masak lemak or kari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
klutzyturtle replied at 8-9-2021 12:58 PM
Terung balado memang favorite. Tambah pulak kalau ganding dengan lauk berkuah macam masak lemak or k ...

Mmg sedap.. Kalau ada ikan bilis lahi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya kalau teringin nak makan terung berlado tapi malas nak renyah, sebab sorang je makan, saya beli sambal tumis kat org jual nasi lemak. Lepas tu beli terung sebiji dua. Goreng terung, panaskan sambal tumis tuang atas terung goreng. Siap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
acikbrown replied at 12-9-2021 05:40 PM
Saya kalau teringin nak makan terung berlado tapi malas nak renyah, sebab sorang je makan, saya beli ...

Uish.. Tak pernah cuba lagi... Nanti cuba.. Stok sambal tumis ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:32 PM | Show all posts
tudia 20 biji terung terus .. macam nak buat kenduri ..
ai biasa buat lauk ni... guna terung yang pendek tu.. tak keras.. dalam 3-4 biji .. dapat la dalam seperiuk kecik..
mak ai suka sangat  lauk ni.. biasa dia makan lauk ni ngan ikan goreng ngan nasi aje.. habis seperiuk terung.. tapi ai malas guna ikan bilis biasa, letak serbuk pati ikan bilis je dalam sambal balado tu ..selalunya regu dengan lauk sup ikan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 15-9-2021 10:32 PM
tudia 20 biji terung terus .. macam nak buat kenduri ..
ai biasa buat lauk ni... guna terung yang p ...

Ada 7 org dewasa.. Semua suka makan terung berlado.. Dan terung pulak petik dari kebun mini anak opah.. Hihihi.. 20 biji utk makan tghari dan mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pecahkan telur lagi sedap. Aii suka renjis kicap sikit..rasa lemak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 17-9-2021 04:58 PM
Kalau pecahkan telur lagi sedap. Aii suka renjis kicap sikit..rasa lemak2

Pecah telur dalam tu? X pernah cuba ni.. Esk tgk terung kat kebun mini anak opah dah besar ka belum.. Kalau dah.. Esk boleh cuba tambah telur
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-9-2021 05:15 PM
Pecah telur dalam tu? X pernah cuba ni.. Esk tgk terung kat kebun mini anak opah dah besar ka belu ...

Haah..mak kami masak pecah telur gaul skali dlm tu bagi hancur telur tu. Lepas tu renjis kicap manis sikit..mmg sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 17-9-2021 07:16 PM
Haah..mak kami masak pecah telur gaul skali dlm tu bagi hancur telur tu. Lepas tu renjis kicap man ...

Terung dah kutip.. Esk buat projek tambah telur.. Sambal pelbagai guna mmg dah siap masak dan simpan dlm freezer.. Esk gunakan kembali sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yummy kalau dapat terung berlaado ni tapayah lauk lain dah.
Tapi pak incik i suka terung goreng vodo je paastu cicah dgn sambal belacan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wek_omeh replied at 18-9-2021 11:44 PM
Yummy kalau dapat terung berlaado ni tapayah lauk lain dah.
Tapi pak incik i suka terung goreng vod ...

Yg tu pun sedap... Kena pulak guna cabai kampung
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2021 11:59 PM
Yg tu pun sedap... Kena pulak guna cabai kampung

Memang cabai kg,pedaih gile..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Wek_omeh replied at 19-9-2021 12:09 AM
Memang cabai kg,pedaih gile..

Tu yg sedap tu.. Fuhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060229 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list