|
[SEJARAH]
Edisi tambah tacang: Kenali muzium di Malaysia (3) - exposed
[Copy link]
|
|
Muzium Negara Malaysia
Idea asal:
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Pelukis dan Arkitek :
En. Ho Kok Hoe
Dirasmikan pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium negara.
Paling best masa pameran hantu.
Beriya beratur panjang.
|
|
|
|
|
|
|
|
muzium negara....ingat lagi dulu waktu kwcik2 pergi suka sgt tgk lukisan cntik kat depan....mcm lukisan org tp unik cara lukisnya...ingat2 lupa da...tp kagum la dgn org yg ade seni ni |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium negara.. blm pnh smpi🤭 |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendukung terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti di Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|