CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1931|Reply: 2

[Terengganu] Impian penarik beca miliki rumah tertunai

[Copy link]
Post time 19-9-2021 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Impian penarik beca miliki rumah tertunai[size=0.8]Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli - September 19, 2021 @ 1:04pm[email protected]


Mohd Nasir Jusoh, 62, bersama isterinya, Che Ku Zaiton Che Ku Jalil, 49, dan dua anaknya, Nur Husna Hasana, 15, dan Mohd Safiuddin,12,di hadapan rumah mereka pada majlis Serahan Rumah Baiti Saadati di Kampung Rawai, Kuala Terengganu. - Foto NSTP/ Ahmad Rabiul Zulkifli




KUALA TERENGGANU: Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang penarik beca apabila impiannya memiliki kediaman sendiri tertunai selepas terpilih menjadi penerima Rumah Baiti Saadati sumbangan kerajaan negeri.

"Saya tak pernah terfikir akan memiliki rumah sendiri maklumlah saya cuma seorang penarik beca," kata Mohd Nasir Jusoh, 62, ditemui pada majlis penyerahan Rumah Baiti Saadati di Kampung Rawai, hari ini.

Mohd Nasir bersama isterinya, Che Ku Zaiton Che Ku Jalil, 49, dan dua anaknya, Nur Husna Hasana, 15, dan Mohd Safiuddin,12, menerima rumah bernilai RM55,000.

"Pendapatan sebagai penarik beca tidak menentu sekarang, nak dapatkan RM30 sehari pun sukar. Dalam keadaan itu sampai bila-bila pun saya tak mampu nak bina rumah sendiri," katanya yang menyewa rumah RM100 sebulan sejak 20 tahun lu.

Mohd Nasir berkata, dia bersyukur apabila melihat semua ahli keluarga gembira mendiami rumah baru. Justeru, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan impiannya memiliki rumah sendiri.

"Bukan sahaja rumah malah peralatan penting dalam rumah seperti katil dan almari pakaian turut disediakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata setakat ini enam rumah sudah siap dan diserahkan. Program Rumah Baiti Saadati akan diteruskan dari masa ke semasa.

Rumah Baiti Saadati itu dibina dalam tempoh 53 hari sahaja dan membabitkan kos RM50,000 seunit rumah.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik rumah dia.. alhamdulillah rezeki, moga anak2 dia berjaya nanti dan dpt perbaiki taraf hidup keluarga ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.. moga semakin dimurahkan rezeki utk family ini.. aamiinnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.102965 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list