KUCHING: Sarawak berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan meneliti untuk memperluaskan program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah di negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata, golongan tersebut merupakan 20 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk di negeri ini dan mereka sangat berisiko untuk dijangkiti.
“Program vaksinasi melibatkan remaja berusia 16 hingga 17 tahun kita juga sudah berjalan lancar dan pemberian dos kedua sudah bermula semalam.
“Justeru, diharap dalam tempoh beberapa bulan akan datang pihak NRPA akan melihat pemberian vaksin kepada murid-murid sekolah rendah kerana jika mereka dijangkiti Covid-19, hanya gejala ringan yang dialami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Rabies Sedunia 2021, di sini, hari ini.
Tambahnya, setakat ini lebih 90 peratus populasi dewasa di Sarawak sudah lengkap dua dos vaksinasi.
https://suarasarawak.my/2021/10/teliti-vaksinasi-kanak-kanak-bawah-12-tahun-dr-sim/
|