CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1926|Reply: 8

[Sarawak] Jangan termakan hasutan menolak penyukatan tanah NCR

[Copy link]
Post time 4-10-2021 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Apabila ini berlaku akhirnya tanah mereka tidak disukat serta tiada jaminan memiliki surat hak milik, kata Awang Tengah

"Mereka ini (orang luar) bukan ada tuntutan tanah di satu-satu tempat, mereka cuma datang semasa pilihan raya menyebarkan dakyah dan tohmahan untuk menghasut orang kampung."
— Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Timbalan Ketua Menteri

MIRI — Tindakan orang luar menghasut rakyat agar tidak terlibat atau memohon Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu tidak sewajarnya berlaku di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata apabila pemilik tanah termakan hasutan orang luar akhirnya tanah mereka tidak disukat serta tiada jaminan memiliki surat hak milik.

“Mereka ini (orang luar) bukan ada tuntutan tanah di satu-satu tempat, mereka cuma datang semasa pilihan raya menyebarkan dakyah dan tohmahan untuk menghasut orang kampung.

“Perkara seperti ini perlu diketepikan kerana kerajaan lebih tahu dan membantu rakyat bagi pengukuran perimeter di bawah Seksyen 6,” katanya pada Majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah Sesyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Nusah dan Kampung Sebalik Tiris, Bekenu semalam.

Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua itu mengakui ada sebahagian pemilik tanah menolak pengukuran perimeter selepas membuat permohonan.

“Kerja-kerja pengukuran perimeter adalah berdasarkan pemohonan, kerajaan akan luluskan. Kadang-kadang apabila kita berada di lapangan mereka menuntut lebih luas daripada yang sepatutnya.

“Malah, berlaku pertindihan antara komuniti atau kampung bukan sebenarnya mereka menolak tetapi ada yang mahu tanah disukat lebih besar dan perkara ini dapat diselesaikan jika ada rundingan dan bersikap jujur,” jelasnya.

Awang Tengah berkata komitmen kerajaan mempertahan hak rakyat ke atas tanah NCR sahih mengikut perundangan mempercepat proses penyukatan pengukuran tanah NCR bagi memastikan pemilik tanah NCR mempunyai dokumen pemilikan, persempadanan jelas dan tidak diceroboh.

“Dari 2010 hingga kini, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak berjaya menyukat secara perimeter seluas lebih kurang 999,853 hektar (2.47 juta ekar).

“Daripada jumlah tersebut, seluas 776,226 hektar atau 1.9 juta ekar telah diwartakan.

“Bayangkan betapa jauh perbezaan ‘output’ penyukatan melalui Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu (2010 hingga kini) berbanding program penyukatan lama (1960-2010),” jelasnya.

Awang Tengah berkata, sebanyak 46,346 lot individu berjaya diukur melibatkan kawasan seluas 55,970 hektar (138,305 ekar) yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Surat hak milik Seksyen 18 mempunyai keistimewaan seperti pemilik tanah tidak perlu membayar premium, cukai tanah dan lain-lain fi yang terlibat dan tempoh pegangan adalah kekal (selama-lama).

Pada majlis itu, kerajaan menyerahkan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN bagi Kawasan Kampung Nusah Hulu Satap dan Kampung Sebalik Tiris secara simbolik kepada 50 penerima terdiri daripada kaum Melayu/Kedayan.

Lebih kurang 362 surat hak milik tanah diserahkan kepada 165 penerima selepas selesai sahaja majlis itu bagi mematuhi SOP menangani penularan COVID-19 yang ditetapkan.

Hadir sama Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Penguasa Tanah dan Survei Miri Anthony Aboi dan Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Yusuf. — UTUSAN BORNEO

credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ni..xfhm..mksdnya rmi org xsukat tanah mrnyebabkan suka hti bina rumah/extend smpj tanah org lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 04:40 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 4-10-2021 04:33 PM
Kenapa ni..xfhm..mksdnya rmi org xsukat tanah mrnyebabkan suka hti bina rumah/extend smpj tanah org  ...
ha`ah ... gtu la lebihkurang ...

dulu2 kan jenis ... ni tanah MS ... ni tanah FC ... FC tengok MS nyer tanah lebar lagi ... bosar lagi ... FC mula la tanam pokok kari ke ... pastu ambik skit lagi tanah MS ... tanam rambutan ke ...

makin bosar empayar weh!!~

MS memula tu idak la perasan ... sebab nya tanah tak berpagar ... tak bersukat ...

tu yang ramai takmo pergi sukat tanah tu ... takmo la ketahuan tanah sebenar nya ... cinonet gni gni ja

tapi ...
kalau tak sukat ... payah la Kerajaan nak bagi geran tanah ...


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 04:40 PM
ha`ah ... gtu la lebihkurang ...

dulu2 kan jenis ... ni tanah MS ... ni tanah FC ... FC tengok M ...

Oh happen in sabah juga ya...ingtkan semenanjung jer prgi mcm ni...plg xtahan tuh, tanam pkk sb nk bg sma org makan  tp tnm atas tsnsh org..dh mcm.tuh..suruh tebang, dia ckp tuh tanah kita, kita sndr kena tebang...plg bangang kalo fh libat genarasi2 bwh..susah bertekak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 04:48 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 4-10-2021 04:44 PM
Oh happen in sabah juga ya...ingtkan semenanjung jer prgi mcm ni...plg xtahan tuh, tanam pkk sb nk ...
hahaha robin hood moden ka...?

lawak pula baca ... tanam tanah orang ... pastu wat amal jariah ... cik Pon pun mengekek kot kalo baca

banyak terjadi benda ni ...
lebih2 lagi antara adik beradik bila orang tua meninggal ...
tanah takde surat milik...

adik2 yang pendiam ... abis lah ...



Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi trending kan..rumah pusaka nama A...bagi B duduk...gaduh2 B kena halau...walhal yg jaga mak ayah tuh B...siapa ank rmi tuh bagi2lah rete sama ada..esok mati kita jadi seksa sb waris2 gaduh pasal bab ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2021 05:12 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 4-10-2021 05:01 PM
Satu lagi trending kan..rumah pusaka nama A...bagi B duduk...gaduh2 B kena halau...walhal yg jaga ma ...
ha`ah la kan ...
lupa pula kes camni ...

tanah asal tanah mak bapak ...
orang tua uzur semua lepas tangan ...
bila orang tua dah tak ada ...perghh!!!~ kemain laju nak bolot itu ini...

dan ada kes kena tipu ... orang tu jual tanah ... si A beli... tau2 tu tanah pusaka ... ramai tuan punya - sharing
hujung2 pembeli kena halau ...

Peringatan : sblom beli tanah ... kalau kat Sarawak ni ... bertanya lah dulu status tanah tu ... baru beli... takde geran semua tu ... tak payah.


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 05:12 PM
ha`ah la kan ...
lupa pula kes camni ...



Sama jer kat semenanjung ni fc..ni sma berbalik pd integriti individual tuh sndr....sb tuh i slalu pesan pd diri i, lebih baik cr hrta sndr susah mcm mana pun xpyhlah nk hrp mak ayah tlg..angkat tgn doa jer pada tuhab.tlg diri sndr udah...kalo kita mampu jaga diri sndr, hidup baik2 itupub dh buat org tua kita lega...

Tp mmg celakalah broker jual tanah a tmpa geran tuh..slalunya dia dh pakat dgn waris..cuma waris laimnjer xtau...yerlah air dicincang takkan putus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2021 02:25 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 4-10-2021 06:22 PM
Sama jer kat semenanjung ni fc..ni sma berbalik pd integriti individual tuh sndr....sb tuh i sla ...
kalo kita mampu jaga diri sndr, hidup baik2 itupub dh buat org tua kita lega...
betul tu ...
mak ayah pun kata gtu ...

Jager diri bebaik yer...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.103599 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list