![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211006/f8dde448-8ee9-4cda-b20b-90255500722c.jpeg)
SRI AMAN: Sebuah ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbabas di tepi parit berdepan dengan Pasar Sabu, di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.53 pagi. Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman terus ke lokasi kejadian.
"Komander operasi mengesahkan berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah ambulan KKM telah terbabas ke tepi jalan.
"Pasukan Bomba membantu mengeluarkan tiga mangsa iaitu seorang doktor, jururawat dan pemandu ambulan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
utusanborneo.com.my/2021/10/06
|