View: 4368|Reply: 4
|
Penghijrahan Orang Banjar Ke Malaysia
[Copy link]
|
|
Penghijrahan Orang Banjar Ke Malaysia
Orang Banjar adalah merupakan suku bumiputera bagi sebahagian besar wilayah provinsi di Kalimantan Selatan, Indonesia dan tidak terkecuali di Kabupaten Kota Baru.
Mereka menggunakan bahasa Banjar yang pada asasnya adalah bahasa Melayu namun jelas ternyata ada perbezaan kerana ianya mempunyai identiti bahasa yang tersendiri.
Nama Banjar ini dikatakan diperoleh daripada Kesultanan Banjarmasin yang telah dipendekkan termanya supaya menjadi perkataan Banjar. Ia adalah bertepatan dengan nama ibukota yang pada mulanya berdiri.
Suku Banjar kini yang kebanyakannya tinggal di Sumatera dan Malaysia adalah merupakan anak cucu dari mereka yang telah berhijrah yang mana merupakan etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.
Gelombang migrasi yang pertama telah berlaku dalam tahun 1780 yang mana pada waktu itu telah terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera dari tempat asal mereka.
Etnik Banjar yang menjadi pendatang pada waktu itu adalah para penyokong kepada Pangeran Amir yang telah kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah.
Mereka terpaksa melarikan diri keluar dari kawasan wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik, mereka akan dijatuhkan hukuman mati.
Gelombang migrasi kedua pula telah berlaku dalam tahun 1862 ke pulau Sumatera. Mereka yang berhijrah ini pula adalah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar.
Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.
Dalam gelombang migrasi ketiga pula telah berlaku dalam tahun 1905. Mereka kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera dan kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.
Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir.
Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.
Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga mula berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak, Selangor dan Johor. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ayah aku org Banjar. Alik ayah memang pior banjar. tak faham apa yg depa cakap. tpi suka dgr. kuih tradisi Wade Kiping. Masa kenduri selaku ada. depa gotel ramai2 susun atas talam. bersusun2 talam kuih tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak I keturunan banjar. Masih ada family kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa kulaan kt cni |
|
|
|
|
|
|
|
org perak ramai banjar |
|
|
|
|
|
|
| |
|