SINGAPURA: Bahasa Melayu penting khususnya bagi mereka yang mahu menjalankan perniagaan di Asia Tenggara, kata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew.
Lee berkata jika diberi peluang untuk memulakan perniagaan di rantau ini, beliau ingin menguasai bahasa Melayu.
Pada masa yang sama, beliau juga ingin meningkatkan penguasaan bahasa Cina, memandangkan China akan menjadi sebuah kuasa besar dalam masa 30 hingga 40 tahun kelak.
Akhbar Singapura melaporkan semalam beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dalam sesi dialog bersama ketua universiti Amerika dan Pesisir Pasifik, di Universiti Nasional Singapura (NUS), petang kelmarin.
Beliau berkata:擲aya fikir saya ingin menguasai kemahiran bahasa yang mencukupi agar dapat menjalankan perniagaan di Asia Tenggara. Saya harus menguasai bahasa Melayu dan menguasai juga bahasa Cina kerana mereka akan menjadi kuasa besar dalam 30 hingga 40 tahun akan datang.
Mari kita rakyat Singapura,
Sama ...
chipmunk Post at 9-11-2003 23:35
apa yg sy tahu, bahasa melayu adalah bahasa rasmi mereka (dalam perlembagaan) so segala macam jenis lagu kebangsaan, quote utk perbarisan apa sume perlu dalam bahasa melayu..kalu nk ubah dalam b.i kenala ubah perlembagaan....kalo sy salah mintak maaf ye.......
saya bercakap sbg pemerhati yang dari kecik disajikan dgn program dari singapura..since saya membesar di JB, automatik dapat siaran sana, x silap dulu2 namenye SBC5, kalau channel melayu SBC6..pastu tukar TCS pulak, sekarang dah dikenali as Suria channel..dan program2 kanak2 die mmg melekat di hati especially program aksi mat yoyo, yang dihoskan oleh Mat Sentul..seronok jugak tengok berita singapura yang disampaikan dlm bahasa melayu baku...cume program komedi die xleh masuk sangat psl comedy routine comedians di singapore lain sket a.k.a lawak diorang cume org melayu singapore je yg akan ketawa dekah2..but saya mmg respek penggunaan bahasa melayu baku newscasters, talkshow hosts kt sn..walaupun dr segi tatabahasa ade yg bleh improve, bile disampaikan dlm baku, bunyinye sedap je didengar...