CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: DanaScully

~MERGED~ Mitos Ikan Duyung

[Copy link]
Post time 12-12-2008 12:55 PM | Show all posts

Mitos Ikan Duyung

Pandangan Saintis:
Ikan duyung merupakan sejenis ikan mamalia yang mempunyai paru-paru. Jadi, dari semasa ke semasa ikan ini akan timbul ke permukaan air untuk mengambil udara. Setiap kali timbul, duyung akan kelihatan seperti seorang manusia. Mereka yang melihat ikan ini dari jauh atau suasana yang berkabus akan menyangka ikan itu seorang manusia yang menyerupai perempuan.
Terdapat sejenis ikan mamalia yang akan mendukung anaknya setiap kali menyusu dengan menggunakan kepak. Apabila pelaut terlihat perbuatan itu, mereka menyangka ikan duyung itu seorang perempuan. Padahal mereka tidak menyedari bahawa mereka ditipu oleh pemandangan mata mereka dan perbuatan mamalia laut tersebut.
Perbuatan singa laut dan dugong kadangkala menimbulkan ilusi kepada para pelaut dengan sesetengah tingkah-lakunya yang menyerupai manusia. Namun, ini tidak bermakna bahawa makhluk air yang aneh tidak wujud. Banyak penemuan terhadap hidupan air yang aneh telah dilaporkan termasuk juga dinosaur Nessie yang dikatakan tinggal di dalam sebuah tasik.
Pada September 1929, seorang nelayan telah menangkap seekor haiwan yang berupa duyung. Haiwan itu mempunyai ekor seperti ikan dan kepala seperti anjing. Tetapi muka haiwan itu menyerupai muka manusia. Berat haiwan itu ialah 80 kilogram dan rupa bentuknya kelihatan aneh serta menakutkan. Pada tahun 1833, di Kepulauan Yell, sekumpulan enam nelayan telah mendapati seekor ikan duyung tersangkut pada tali pancing mereka. Ikan duyung itu mempunyai ketinggian tiga kaki. Tidak sebagaimana ikan biasa, makhluk ini tidak mempunyai insang, sirip, dan sisik pada tubuhnya. Haiwan itu kemudiannya dilepaskan ke laut, terus menyelam, dan menghilangkan diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 01:14 PM | Show all posts
sampai sekarang aku terpikir adakah ikan duyung ni wujud atau hanya mitos semata-mata.
sebab sampai sekarang tiada bukti sahih kewujudan duyung berupa manusia itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 01:36 PM | Show all posts
mitos la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 04:05 PM | Show all posts
mentos..  
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by fish_o7 at 12-7-2007 01:29 AM
aku rase ikan duyung ni tk wujud sebenarnye ..... cuber fikirkan klauikan duyung ni wujud maka ader makhluk lain yg telah dikurniakan akalselain manusia dan jin di dunia ni .... so mungkin makhluk ataubinatang lain .... atau binatang yg disalah ertikan sebagai ikan duyung...


kau tak boleh cakap macam tu... sebab takde bukti duyung ni[kalau wujud pun] dorang ni ada akal. macam spesis haiwan lautan, ada sotong, ada udang, ada tiram, ada ikan... sume pun makhluk tapi akal manusia je ada... so logik kalau, kalaulah duyung ni wujud, dia mungkin dari kategori haiwan...

atau pun jelmaan jin, sebab benda tu boleh terjadi.. dorang mmg boleh menjelma sbb mereka pun dari alam ghaib yang terhijab dari pandangan kita...

lagipun sebagai hidupan laut, kau tengok contoh macam sotong lah... dia ada cara dia sendiri utk elak dari musuh atau pemangsa... so kalau duyung ni hidupan laut yang wujud, mungkin dia ada cara dia sendiri untuk elak dari pemangsa.


ataupun mungkin jugak dulu2 dorang ni memang wujud tapi spesis dorang makin pupus ni teori aje laa kalau betul duyung ni wujud kan...



personal opinion aku, aku pun takleh nak kata wujud ke tak tapi aku anggap je macam everything is possible... sebab manusia tak semestinya tahu semua. tapi aku tetap nak anggap yang best2 je pasal duyung sebab aku suka cerita lagenda dan mitos pasal duyung macam the little mermaid tu hehehee...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 11-1-2006 06:55 AM


Sekadar nak memberitahu, burung cenderawasih memang wujud. Ia hanya boleh dijumpai di Pulau Papua terutama sekali di Irian Jaya, Indonesia.


Unicorn juga pernah wujud.Dalam bahasa melayu dipanggil Semberani.Malah kewujudan unicorn diperkuatkan lagi dengan Hadith Rasulullah SAW.Satu hari Baginda masuk kedalam rumah dan mendapati si umairah Aisyah Ra sedang bermain dengan permainan anak-anak dari kain yg berbentuk kuda yg bersayap.Baginda menegur Aisyah"kuda mempunyai sayap?Aisyah menjawab bukankah Sulaiman AS mempunyai kuda-kuda yg bersayap.Baginda tersenyum membenarkan jawaban Aisyah itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2008 04:42 PM | Show all posts
Aku seronok baca ayat2 ni.....

"Kami juga menggalakkan mana-mana penyelidik atau saintis untuk tampil dan mengkaji ikan duyung ini bagi mengetahui rahsia makhluk ini,
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 11:49 PM | Show all posts
Mitos Duyung dalam Kebudayaan Thai





Artworks from Ajarn Chakrabhand Posayakrit จักรพันธุ์ โปษยกฤต, the national artist of Thailand 2000 in Fine art and visual art

[ Last edited by  HangPC2 at 2-2-2009 11:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2009 10:48 AM | Show all posts
Teringat pulak patung duyung kat pantai Songkla
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:15 PM | Show all posts
ada my fren kat kat 1 place at indon u can pay n watch duyung..he said tat duyung tak la lawa muka die itam..dis pawang will baca2 n the duyung wil come skali imbas...aku langsung tak percaya..hehe ade sapa2 tau pasal nih tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:50 PM | Show all posts
tugu duyung di songkla selatan thai
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:38 PM | Show all posts
ikan duyung kat tv9 tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057986 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list