CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: lizaldo

tohoh sejarah wanita

[Copy link]
Post time 14-7-2006 10:22 AM | Show all posts

Tuanku Hajah Bahiyah ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman

Canselor Wanita Pertama UM
Tuanku Hajah Bahiyah ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman, Sultanah Kedah yang juga Raja Permaisuri Agong ketika itu telah dilantik menjadi Canselor Universiti Malaya ke-2 pada bulan November 1972. Lantikan ini mencatatkan Baginda sebagai wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Canselor Universiti.
   
Tuanku Bahiyah adalah anakanda sulung kepada Yang DiPertuan Agong pertama. Baginda telah mendapat pendidikan di Sekolah Seri Menanti, Sekolah Convent dan di University of Nottingham, England. Baginda telah juga dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Dr. Kehormat Pendidikan Universiti tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 10:23 AM | Show all posts

Dato Asiah Bt. Abu Samah

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pertama

Dato Asiah Bt. Abu Samah (lahir 1936

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:24 AM | Show all posts

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don

Profesor Wanita Melayu Pertama

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don (1933-) menjadi wanita Melayu pertama negara dilantik sebagai professor. Beliau juga adalah wanita Melayu pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah. Beliau telah mendapat B.A. (Hons) dalam pengajian Ilmu Alam di Universiti Malaya, Singapura dan melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang pendidikan (Master of Education) di Universiti California, Amerika Syarikat sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat kedoktoran di universiti yang sama.
   
Beliau mula berkhidmat dalam jurusan pendidikan pada tahun 1926 dan menjawat berbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru dan pensyarah maktab. Sempena perayaan Hari Wanita pada tahun 1988 beliau telah dianugerahkan Pingat Fatimah. Beliau bersara sebagai professor pada tahun 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti Malaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:29 AM | Show all posts

Datin Hajah Zahariah Mokthtar

Pelajar Wanita MCKK

Satu peristiwa menarik tercatat dalam tahun 1953 apabila kolej buat pertama kalinya (mungkin terakhir) telah menerima masuk seorang pelajar perempuan. Pada permulaan tahun pelajar tersebut telah di tempatkan di Tingkatan VI. Tetapi malangnya, beliau tidak berada lama di kolej itu kerana bulan Ogos tahun itu, beliau telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
   
Walaupun tanggapan yang dibuat bahawa beliau merasa kurang selesa bergaul dengan pelajar-pelajar kolej yang lain adalah tidaklah tepat kerana beliau kemudiannya telah berkahwin dengan bekas pelajar kolej itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:24 AM | Show all posts
Tun Dr. Fatimah Hashim menteri wanita pertama
Oleh NORMALA HAMZAH



FATIMAH Hashim
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 2-8-2007 08:32 PM | Show all posts
Bonda Tun Dr Siti Hasmah...diantara anak Melayu pertama(selain Ayahanda Tun Dr Mahathir) yg melanjukan pelajaran di King Edward VII Medical College,Temasik..Diantara pengasas pertubuhan pelajar Melayu yg tertua di Malaysia...iaitu pertubuhan "Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung"

[table][tr][td=1,1,749][table=98%][tr][td=1,1,89%][table][tr][td=1,1,558]
[table][tr][td=1,1,135][/td][td=1,1,342]One of the first Malay woman doctors in Malaysia and the first woman to be appointed a Medical Officer in government service for the State of Kedah, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali has set an example of personal and professional achievement for all women in her country. Since the appointment of her husband as Prime Minister in 1981, she has used her position as the wife of the Prime Minister to campaign tirelessly for women's health, family planning, drug abuse control and adult literacy. Often a pioneer in her profession, Tun Dr. Siti Hasmah was one of the first Malay women to enroll for a medical course at the King Edward VII College of Medicine in Singapore after the war.
[/td][/tr][tr][td=2,1,479]In 1955 she graduated as a medical doctor from the Faculty of Medicine, Universiti Malaya, in Singapore and then joined the government health service. Ten years later, she became the first woman to be appointed Medical Officer in the Maternal and Child Health Department, and in 1974, she was the first woman to be appointed the State Maternal and Child Health Officer. Tun Dr. Siti Hasmah is the author of several articles on family medicine and the socioeconomic factors associated with pregnancy and childbearing in Malaysia. She has served in various positions as follows: President of the Malaysian Girl Guides Association Chairman of the Kedah Family Planning Association
President of the Malaysian Medical Association Foundation
President of the Association for the Rehabilitation of Handicapped Children
Vice President of the Federation of Family Planning Associations of Malaysia
Patron of the Malaysian Association of Maternal Health and Neonate
Patron of the Malaysian Pediatric Association
As President of BAKTI (Welfare Club of the Wives of Ministers and Deputy Ministers), Tun Dr. Siti Hasmah has been active in efforts to educate young people about the dangers of drug abuse. In 1985, at the invitation of First Lady Nancy Reagan, she attended the First Ladies' Conference on Drug Abuse in Washington, D.C. She also represented Malaysia at the International Conference on Drug Abuse and Illicit Trafficking in Vienna in 1987. For her 23 years of public service, her voluntary work, and her leadership in the fields of public health, literacy and drug abuse control, Tun Dr. Siti Hasmah has received many honours. The Yang Di Pertuan Agong, as well as the Sultan of Selangor and the Sultan of Kedah, have bestowed titles upon her. In addition, she was awarded the Kazue McLaren Award by the Asia Pacific Consortium for Public Health in 1988 and Universiti Kebangsaan Malaysia conferred on her the Honorary Doctorate in Medical Science in 1991. In 1992, the Royal College of Physicians, Ireland, conferred on her the Honorary Doctorate in Public Health. In May 1994, Indiana University, Bloomington conferred on Tun Dr. Siti Hasmah the Honorary Doctorate of Humane Letters, and in August the same year, she received an Honorary Doctorate of Law from the University of Victoria, British Columbia, Canada. Tun Dr. Siti Hasmah is also active internationally in promoting the cause of rural women. In 1992, at the invitation of Queen Fabiola of Belgium, she attended the First Ladies
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2007 09:56 AM | Show all posts
Komitmen Napsiah Omar dikagumi


NAPSIAH Omar (tengah) kini menjadi penggerak utama kepada aktiviti Persatuan Pengurusan Wanita.
--------------------------------------------------------------------------------

Tan Sri Napsiah Omar, 64, antara pemimpin wanita yang memberi komitmen tinggi dalam memperjuangkan nasib kaum wanita di negara ini.

Beliau yang telah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Aziz Yahya pada tahun 1943 lalu telah dikurniakan empat orang anak.

Anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Kuala Pilah sebelum ke Sekolah Rendah Inggeris Tunku Khursiah, Kuala Pilah.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Tunku Muhammad, Kuala Pilah.

Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya di Tealopian Park High School, Canberra, Australia sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Nasional Australia dalam bilang zoologi dan botani.

Beliau memulakan kerjayanya dengan kerajaan pada tahun 1967 sebagai Pegawai Tadbir Felda di Kuala Lumpur dan adalah pelopor kepada Program Kemajuan Wanita di Felda.

Napsiah juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1972 sebelum dilantik sebagai Pengawas Penyelaras Teknologi Makanan dan Rumah Tangga UPM.

Namun begitu, keinginan beliau yang begitu kuat berbakti kepada masyarakat dengan lebih meluas, beliau sanggup meninggalkan kerjayanya dan menceburi dalam bidang politik.

Pada tahun 1982, beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Kuala Pilah dan beliau turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama Negeri Sembilan yang bergelar ahli parlimen.

Daripada kemenangan tersebut buat pertama kali beliau diserapkan dalam kabinet apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 1987, Napsiah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Awam dan menerajui pula Kementerian Perpaduan Negara dan Masyarakat untuk tempoh lima tahun bermula tahun 1990.

Pada 1993 beliau menjadi Timbalan Ketua Wanita UMNO selepas menang tanpa bertanding.

Kini beliau merupakan pengerusi tetap Wanita UMNO selepas tidak bertanding dalam pilihan raya 2004.

Biarpun telah mengurangkan aktiviti politiknya, beliau tetap aktif dalam membantu pembangunan wanita melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Antaranya beliau adalah pengerusi dan pengasas bersama Institut Pengurusan Wanita (WIM) dan menjadi penaung bagi Persatuan Kebangsaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (Naeccem).
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:01 AM | Show all posts
Wanita Gemilang: Ibu Zain wakili wanita perjuangkan kemerdekaan
Oleh Srihanasham Noordin



SEJARAH: Ibu Zain (dua dari kanan) mengiringi Presiden Indonesia
ketika itu, Presiden Sukarno yang melawat negara
ini suatu masa dulu.

Kebencian terhadap penjajah beri semangat untuk bangkit bebaskan tanah air

KEMARAHAN dan kebencian Ibu Zain terhadap askar Jepun mendorong beliau untuk jadi berani serta rela berkorban apa saja untuk membebaskan Tanah Melayu yang tercinta daripada terus dijajah warga asing.



MENGINGATI PERJUANGAN: Sulaiman Shakib bersama isteri,
Fatimah Hanim Abd Kapi melihat gambar dan
keratan akhbar mengenai ibu Zain.

Pada mula, nawaitunya hanya satu iaitu untuk membantu memulihkan moral, motivasi dan semangat di kalangan wanita yang menjadi mangsa pencerobohan dan perkosaan askar Jepun.

Baginya, tanpa kemerdekaan tidak mungkin askar Jepun durjana dan pasukan British boleh dihalau keluar dari Tanah Melayu dan atas dorongan itulah, Ibu Zain memulakan siri kempen dan ceramahnya ke seluruh pelosok tanah air yang mampu dijejakinya.

Malah, hingga akhir hayatnya ketika berusia 86 tahun pada 2 April 1989, bekas Ketua Wanita Umno pertama itu, masih belum memaafkan kekejaman askar Jepun dan seumur hidupnya, beliau enggan dan tidak pernah menggunakan sebarang produk buatan negara matahari terbit itu.

Anak bongsunya, Sulaiman Shakib Amin, 67, berkata pernah suatu hari, ketika mengemas pakaian untuk menunaikan Haji, ibunya meminta supaya dibelikan tuala lain hanya kerana di hujung tuala sedia ada terdapat label yang tertera `Made in Japan'.



WANITA PERKASA: Ibu Zain
ketika berusia
awal 20-an.

Sulaiman ketika bercerita mengenai ibunya berkata, sebagai anak yang paling kecil, beliau menjadi pilihan untuk mengikuti ibunya berceramah di merata tempat kerana dua kakaknya, novelis, Khalidah Adibah, 71, atau dikenali sebagai Adibah Amin dan pensyarah, Khalilah Fadzilah, 69, ketika itu masih bersekolah.

Katanya, ibunya yang juga seorang guru tidak pernah mempunyai teks ucapan dan hanya melihat kesesuaian suasana sebelum meluahkan pendapatnya kepada khalayak.

"Saya tidak pernah jemu mendengar ceramah ibu kerana topiknya sentiasa berubah. Istimewanya ibu, ketika berceramah, beliau akan menyanyi, bersyair dan bergurindam dengan rangkaian pantun dan lagu yang dikarangnya sendiri. Suaranya yang merdu akan menyebabkan orang terpegun mendengar ceramahnya.

"Ibu juga akan memulakan ucapan dengan menyebut `Tuan-tuan dan puan-puan tanah air' selepas memberi salam. Beliau ingin tekankan bahawa tanah air ini kita yang punya. Jangan jadi hati hamba," katanya ketika ditemui di rumahnya di Johor Bahru, baru-baru ini.

Sulaiman berkata, selepas Jepun keluar daripada Tanah Melayu pada 1946 hingga 1954, ibunya amat aktif dalam politik menyampaikan ceramah untuk menguar-uarkan mengenai perjuangan kemerdekaan dan semangat juangnya amat tinggi untuk menyembuhkan semangat dan moral wanita Melayu.

"Masa zaman itu, wanita Melayu rasa moral mereka jatuh selepas diceroboh dan diperkosa askar Jepun. Ibu pergi ke kawasan hitam untuk bertemu wanita dan mengajak mereka berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

"Kata ibu, wanita umpama sayap (parti) dan tidak mungkin burung boleh terbang tanpa sayap," kata pegawai bank yang sudah bersara itu.

Beliau berkata, kemarahan ibunya terhadap askar Jepun kerana mereka menyeksa rakyat dengan memancung sesuka hati dan merogol wanita, manakala British yang menjajah Tanah Melayu lebih awal daripada itu tidak memperlakukan orang Melayu sedemikian teruk.

"Bagi ibu, British datang membawa beberapa ilmu, pengetahuan dan kemajuan kepada Tanah Melayu. Tetapi, namanya juga penjajah, mereka tetap patut disuruh keluar daripada negara kita, sebab itu kemerdekaan masih dituntut," katanya.

Satu lagi keistimewaan Ibu Zain, katanya, ialah beliau bijak mendapatkan derma dan tidak kisah untuk memberi derma.

Ketika kempen rundingan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman ke London, beliau menderma seutas rantai emas hadiah daripada bapanya sebagai sebahagian daripada jutaan ringgit yang berjaya dikumpul ketika itu.

"Ibu ada seutas rantai emas yang diberi bapanya. Di rantai itu ada jam emas. Ibu tidak ada harta untuk diderma dalam tabung Umno. Jadi, beliau keluarkan jam itu dan memasukkan rantai ke dalam tabung.

"Pada masa itu, ramai wanita yang menderma barang kemas mereka. Orang zaman itu yakin dan percaya ia akan digunakan untuk usaha kemerdekaan dan keikhlasan mereka amat berbaloi," katanya.

Beliau berkata, bapanya, Amin Ahmad, meninggal dunia beberapa hari sebelum askar Jepun keluar dari Tanah Melayu dan ibunya sebagai ibu tunggal diminta bersara awal pada 1949 dengan diberi persaraan RM112 sebulan ketika itu.

"Selepas British menyuruh ibu bersara awal, kami perlu keluar daripada rumah kerajaan dan tinggal di Rumah Kelab Guru selama setahun sebelum rumah ibu di Straits View siap. Masa itu, ibu tanam sirih, ubi untuk dijual dan beli kain di Terengganu dan dijual semula untuk tambah pendapatan," katanya.

Ibu Zain dalam perjuangan, katanya, tidak pernah kecewa dan selepas merdeka berjaya dikecapi, beliau tidak ambil tahu mengenai politik dan tidak ghairah mengecapi hasil merdeka, malah ketika masih dalam politik, beliau tidak mahu menjatuhkan orang lain dan tidak kisah jika ada yang tidak menggemarinya.

"Ibu ikhlas. Bukan kerana jawatan dan sebagainya. Selepas merdeka, beliau tidak lagi masuk dalam politik. Ketika ada saudara kami cakap politik itu kotor, ibu pernah berkata, politik itu perlu. Tanpanya kita tidak boleh merdeka. Terpulang kepada kita untuk buat ia kotor atau tidak," katanya.

Ketika ditanya perasaannya mengenai Ibu Zain dan bagaimana jika tiada yang mengingati perjuangan ibunya, Sulaiman berkata, beliau bangga dengan ibunya dan memberikan serangkap pantun yang pernah diberikan ibunya.

`Buatlah baik ayuhai rakan, ke dalam laut tuan campakkan, jikalau tidak dikenal ikan, Allah mengetahui iya kah bukan'.

"Buat baik kerana Allah dan takut hanya kepada Allah, itu yang selalu ibu saya beritahu. Itulah juga pegangan saya," katanya.




FAKTA: Ibu Zain


Nama sebenar Ibu Zain ialah Zainon Sulaiman.


Beliau dilahirkan di Kampung Nyalas, Melaka pada 22 Januari 1903, anak kedua daripada lapan beradik.


Bapanya, Munshi Sulaiman Abd Hadi Muhamad Nor mengajar bahasa dan persuratan Melayu di Maktab Latihan Guru Melayu Melaka pada 1900 dan gemar menggubah syair dan pantun. Ibunya ialah Siti Shahariah Kasih berasal dari Negeri Sembilan.


Ibu Zain berkahwin dengan Amin Ahmad pada 16 Mac 1934 di Makkah dan suaminya yang berketurunan Arab dan dilahirkan di Makkah itu pernah berkhidmat sebagai Penolong Bendahari Johor. Mereka dikurniakan empat anak, tetapi anak sulungnya meninggal dunia dan mempunyai enam cucu.


Ibu Zain mewarnakan rambutnya dengan daun inai yang ditumbuk setiap malam Jumaat dan menggunakan epal hijau untuk disapukan di muka bagi menjaga kecantikan dirinya.


Sarapan Ibu Zain ialah bijirin serta susu segar dan hanya mengambil roti canai atau nasi lemak pada setiap Jumaat.


Pada 1960-an, beliau mengasaskan Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam di Johor Bahru dan Tadika Islam, Tunas Suci yang kini dikendalikan pihak lain.


Rutin hariannya ialah bangun jam 4 pagi untuk bersolat dan mengaji al-Quran, bersenam menerusi radio, melihat pokok bunganya dan haiwan peliharaan seperti angsa dan ayam, sarapan, sebelum bersiap untuk mengajar dan Sulaiman akan menghantarnya ke kolej menaiki kereta Peugeot 403, satu-satunya kereta yang dibeli sepanjang hidupnya, sebelum berehat selepas Zuhur hingga Asar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 05:41 PM | Show all posts
Karangan Ibu Zain dipetik daripada Majalah Guru, Mei 1952.

Desakan Pertiwi

Semenanjung Tanah Melayu
Serta gugusan pulau-pulaunya
Tanah pusaka dari bangsaku
Mesti dituntut kemerdekaannya

Terbanglah burung merpati
Merpati di tangan jangan dilepaskan
Berjuanglah di dalam parti
Parti jangan diperjuangkan

Sampai di awan air membeku
Jatuh ke bumi air asli
Wahai pahlawan tanah airku
Negara merdeka tuntut kembali

Alor Setar ke Johor Bahru
Satu di utara satu di selatan
Jauh bergegar bunyi menderu
Dekat bercantum satu ikatan

Kuala Lumpur Seberang Prai
Terletak di tepi Selat Melaka
Dulu bercampur kita bercerai
Bertemu kembali bila merdeka


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:44 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 2-8-2007 10:24 AM
Tun Dr. Fatimah Hashim menteri wanita pertama
Oleh NORMALA HAMZAH


http://www.utusan.com.my/pix/2007/0802/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01_big.jpg
FATIMAH Hashim
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:32 AM | Show all posts
Wanita Gemilang: Bhupalan perjuangkan pemberian gaji sama
Oleh Nor Affizar Ibrahim


Bekas pendidik berjaya martabatkan hak wanita menerusi pembabitan dalam pertubuhan



BERPERWATAKAN lembut dan berwajah penuh keibuan, Rasammah Noami Bhupalan Rajendram, atau lebih dikenali F R Bhupalan, hakikinya seorang yang berani bersuara serta berterus terang terutama sepanjang pembabitannya dalam bidang pergerakan pembangunan wanita.

揗TU didaftarkan pada 1963. Penubuhan dan penyertaan dalam MTU menjadikan saya katilis untuk bayaran gaji sama dan hak sama rata dalam profesion dan di tempat kerja. Persoalan ekonomi wanita ketika itu memang menderita kerana mereka tidak mendapat kemudahan ekonomi seperti yang diberikan kepada lelaki.

揝aya tidak ingat berapakah jurang perbezaannya, tetapi ia sekurang-kurangnya antara 20 hingga 25 peratus. Oleh kerana itulah pada 1960, MTU tegas melangkah ke hadapan untuk menuntut kesaksamaan diberi hak gaji sama,
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:33 AM | Show all posts
Begitu juga pengiktirafan yang diberikan Tunku kepada wanita pada peringkat antarabangsa. Antaranya, pada 1970, Raja Faisal dari Arab Saudi meminta Tunku untuk menubuhkan Sekretariat Muslim di Jeddah. Apabila Tunku berada dalam sekretariat itu beliau juga melantik wanita dalam lembaga sekretariat.

揟unku benar-benar bertindak secara realiti dan menjadi juara dalam kesaksamaan gender wanita. Beliau bertindak tanpa ada rasa ketakutan dan tidak melupakan tanggungjawab serta kesan wanita sebagai ibu dan isteri. Apabila saya fikirkan kemerdekaan, apa yang di kenangkan ialah tahun-tahun berlalu. Ada tahun kesukaran, tetapi kita berjaya mengatasinya kerana adanya pemimpin seperti Tunku,
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058349 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list