CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: nal

~MERGED~ Sg Lembing; El Dorado Timur

[Copy link]
Post time 20-10-2008 12:36 PM | Show all posts
aku kalo tgk gambo2 zmn dulu kala ni

sentiasa ter pk

camne keadaan zaman tu ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 12:38 PM | Show all posts

Reply #20 furadera's post

bes x g sana?

ramai x org duk sana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 07:06 AM | Show all posts

sejarah sg lembing - el dorado timur

Nasib El-Dorado Timur


Oleh NOREHAN SALEH

Sungai Lembing yang pernah gah dengan aktiviti perlombongan bijih timahnya suatu ketika dulu, kini menjadi tinggalan yang tidak dipelihara.



MUZIUM yang menyimpan pelbagai khazanah dan artifak berkaitan aktiviti perlombongan.



SIAPA sangka lokasi perlombongan bijih timah di Sungai Lembing, Pahang yang dahulunya pernah diagung-agungkan, kini berubah wajah.
Kepada yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ, pasti akan tertanya-tanya apakah sebenarnya tempat tersebut. Kawasan itu sebenarnya adalah bekas tapak lombong bijih timah.

Walaupun ia kawasan bersejarah, namun ia langsung tidak dipelihara. Malah, kedudukannya yang terletak berhampiran jalan raya hanya menyakitkan mata.



PINTU ini pernah menjadi pintu masuk terowong untuk mencari bijih timah.



Menurut sumber yang boleh dipercayai, bekas tapak perlombongan itu berada ditahap yang bahaya. Ini kerana terdapat tanah runtuh di dalamnya.

Ketika meninjau di kawasan itu, keadaannya langsung tidak mempamerkan sebagai sebuah lokasi bersejarah sebaliknya is seolah-olah semakin terpinggir. Kawasan yang pernah menjadi antara lokasi yang dikagumi dunia kerana hasil bahan mineralnya itu, kelihatan tercemar. Terdapat banyak takungan air yang mengundang kehadiran nyamuk.

Apa yang lebih membimbangkan, generasi kini mungkin tidak mengetahui sejarah Sungai Lembing. Namun di sebalik terbiarnya kawasan perlombongan itu, wujud sebuah muzium yang menyimpan pelbagai khazanah dan artifak berkaitan perlombongan itu. Ia terletak berhampiran dengan bekas tapak lombong tersebut.

Muzium Sungai Lembing yang terletak kira-kira 42 kilometer dari pusat bandar itu terletak di atas sebuah bukit sebelah timur menghala ke Sungai Kenau.
Sekiranya anda menghala ke bandar Kuantan, apa kata singgah sebentar ke muzium yang banyak menyimpan maklumat sejarah di situ. Walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari pusat bandar, namun ia sangat berbaloi.



SEORANG pengunjung melihat basikal anak pegawai
lombong Syarikat Pahang Consolidated Company Limited.



Mungkin dari situlah generasi muda mempercayai bahawa kawasan Sungai Lembing yang lesu itu hakikatnya pernah menjadi antara lombong bijih timah terbesar di dunia.

Bandar Sungai Lembing pernah diuar-uarkan sebagai El-Dorado Timur di negeri-negeri Tanah Melayu kerana mempunyai sebuah perkampungan masyarakat Inggeris.

Malah, hasil bijih timahnya juga telah mengangkat nama Malaya ke mata dunia.

Sejarah perlombongan bijih timah dipercayai bermula dari zaman prasejarah dan ia pernah diusahakan secara intensif oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sejak tahun 1906.



TAPAK tinggalan memproses bijih timah yang terbiar.



Ketika zaman kegemilangannya, bangunan muzium itu sebenarnya digunakan sebagai tempat kediaman pengurus besar yang menguruskan lombong bijih timah tersebut.

Kediaman tersebut pernah dikenali sebagai The European Bungalow. Ini bagimembezakannya dengan rumah pegawai kanan Inggeris yang lain.
Struktur binaannya juga mengikut gaya vernikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri.

Bermula dengan bangunan yang bersaiz kecil dengan atap yang diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kayu, ia kemudian diubahsuai dari semasa ke semasa sehingga ia diambil alih oleh Syarikat R.M.M Holding pada tahun 1966.

Bangunan itu pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Selepas pengunduran tentera Jepun, ia kemudian diambil alih oleh syarikat PCCL sehingga zaman gelap Sungai Lembing.



KERETA API yang pernah digunakan untuk mengangkut
bijih timah yang berkarat dan usang.



Muzium yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari itu mempunyai sejarah tersendiri.

Menurut sumber, terdapat sebuah bilik di situ yang pernah digunakan oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah sekitar tahun 1950-an.

Bilik tersebut digunakan semasa baginda melawat Sungai Lembing sebanyak tiga kali dan menjadikan tempat itu sebagai tempat persinggahan baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 08:52 AM | Show all posts
kerajaan negeri pahang xder inisiatif ker nak pulihkan tempat camni....

sayang bahan sejarah terbiar camtu ajer
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:30 PM | Show all posts
Kalo yang berkesempatan cuti2 sekolah..bawak ler anak2 datang..walaupon xbanyak tingalan sejarah yg dapat dilihat tapi berbaloi ler...aku pon baru jugak pergi cni tahun lepas..tapi hari biasa..xramai org pon..sempat ler melawat kat muzium,lombong dan bekas kilang..yang terkilan nya banyak barang2 sejarah abis dijual sebagai besi buruk kat tapak kilang tu..cuma sesetengah barang jer sempat disimpan..kalau nak dapat info lagi pasal Sg Lembing ni..cuba cari2 pakcik2 yg pernah kerja di lombong tu..memang seronok dengar cite diorg..aku banyak tahu cite pasal tempat ni dari pakcik yang pernah kije kat citu dan sekarang kije kat tempat aku...cite dia penuh dgn pengalaman..kalau baca dalam mana2 tulisan/artikel mmg xdpt nak dibandingkan dgn cite dia...teruja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2009 12:04 PM | Show all posts
Nostalgia kolong
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]



(gambar atas) Lubang angin yang membekalkan udara segar ke dalam lombong. dan (gambar bawah) Bekas tapak kilang.

Lombong bijih timah Sungai Lembing terus dilupakan selepas berjasa kepada ekonomi England

UMPAMA memasuki bilik kecil yang dipasang penghawa dingin 24 jam tanpa henti, begitulah sejuknya udara di dalam terowong bijih timah ketika memasuki bekas lombong di Sungai Lembing, Pahang, kira-kira 40 kilometer dari Kuantan.

Tanggapan awal mungkin suhu di dalam lombong itu panas disebabkan kedudukannya jauh ke dalam bukit dan ke dalam tanah jauh meleset kerana kawasan perlombongan yang wujud sejak lebih 100 tahun dulu sebenarnya sudah dilengkapi sistem penghawa dingin menggunakan alam semula jadi.

Memang menarik menyaksikan sendiri kehebatan teknologi pada masa itu yang membuatkan bandar Sungai Lembing cukup masyhur di merata dunia, bahkan digelar 'El-Dorado Timur' di Tanah Melayu hinggakan wujudnya sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau.

Di situlah British membawa pulang kekayaan dan keuntungan untuk menyelamatkan England yang ketika itu dilanda kemerosotan ekonomi dan tidak hairanlah Sungai Lembing juga dianggap 'Penyelamat Mahkota Ratu England'.

Berbicara soal kemasyhuran Sungai Lembing sudah kerap diutarakan, namun generasi masa kini seharusnya belajar mengenai teknologi yang diguna pakai ketika ini membuatkan pelombong yang mencari gali hingga kedalaman 12,000 kaki boleh bekerja dengan tenang dan selesa.


Sharif menunjukkan enjin jana kuasa terbiar.

Beberapa lubang angin yang disalut konkrit di dalam terowong itu masih kukuh dan sama sejak dikorek lebih 100 tahun dulu. Saiznya yang boleh memuatkan badan orang dewasa menghala ke puncak bukit sudah membayangkan bagaimana sistem itu berfungsi.

Lubang angin itu disambungkan ke terowong utama di permukaan sebelum disambungkan ke terowong menegak ke bawah tanah. Ia bertujuan memastikan udara panas di dalam terowong sentiasa bertukar ganti dengan udara baru yang masuk secara automatik melalui lubang di puncak bukit.

Jika sistem pengudaraan di dalamnya teruk, sudah pasti beribu pelombong yang bekerja di situ akan sesak nafas. Situasi sekarang jauh berbeza kerana ada pelombong dibekalkan tabung oksigen bagi kes kecemasan tetapi kemudahan itu masih belum wujud pada ketika itu.

Kayu yang digunakan sebagai penahan hakisan di terowong daripada jenis kayu cengal juga masih kukuh dan menurut beberapa bekas pelombong, kayu itu masih boleh bertahan hingga 50 tahun lagi.


Lokomotif membawa bijih keluar dari lombong.

Satu fakta penting ialah Sungai Lembing adalah bekas lombong tertua, terpanjang dan paling dalam di dunia pada waktu itu, iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki). Sehingga tahun 1915, keseluruhan kawasan pembangunan meliputi kawasan seluas 40 batu dan lombong paling dalam iaitu 'Nicholsons Shaft' telah sampai ke aras 12,000 kaki dari permukaan.

Mungkin ramai yang beranggapan hanya terdapat satu lombong bijih timah di Sungai Lembing yang dikendalikan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), hakikatnya dalam lingkungan lapan batu persegi Sungai Lembing terdapat sembilan lombong berasingan.

Jika diambil kira jarak perjalanan jalan darat dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang, dianggarkan lebih 300 kilometer (km). Ini bermakna, sejak lebih 100 tahun dulu, sudah ada laluan terowong bawah tanah yang sama panjangnya dengan laluan itu yang berpangkalan di Sungai Lembing.

Ketika ini, jika memasuki bekas tapak lombong yang terletak di kawasan bukit, pengunjung akan menemui dua pintu masuk dipanggil Muka Lombong yang turut menempatkan bekas tapak rumah jurutera di atasnya tetapi laluan itu ditutup kerana dianggap tidak selamat.

Bersebelahan dengannya terdapat bekas bilik kecil di dalam bukit yang menempatkan ruangan mengisi granit, sejenis bahan letupan memecahkan batuan. Bilik itu juga mempunyai satu sistem lubang angin dan mempunyai dua lapisan pintu bagi tujuan keselamatan.

Agak menyedihkan, ketika ini, bekas lombong yang pernah menjadi lubuk rezeki kepada lebih 30,000 pekerja, penduduk tempatan dan sekitar kawasan itu boleh dikatakan tidak terjaga sepenuhnya. Cuma tinggal sebuah muzium, tinggalan bangunan lama, bekas tapak kilang yang hampir musnah dan rumah kongsi serta deretan kedai lama.

Ketika zaman kegemilangan perlombongan bermula tahun 1886 selepas orang Eropah menguasai aktiviti di situ, British telah merancang bandar Sungai Lembing dengan sempurna termasuk menyediakan hospital muatan 85 katil pesakit, wad bersalin dan kanak-kanak.

Pada 1966, kira-kira 85,000 pesakit luar mendapatkan rawatan di hospital itu termasuk bukan kakitangan syarikat. Rumah kongsi dibina untuk kakitangan dan bekalan air serta elektrik disediakan dengan sempurna dan percuma.

Pada 1948, sebuah sekolah rendah Inggeris, sekolah menengah Inggeris dan sebuah sekolah persendirian Cina dibina oleh syarikat bagi menampung kira-kira 2,000 orang murid di situ, bahkan di era kemuncaknya sekitar 1950-an hingga awal 1980-an, pekan Sungai Lembing mempunyai lebih 40 deretan bangunan kedai yang sentiasa sibuk dengan kegiatan harian.

Pekan itu menjadi pusat perdagangan dan perniagaan terpenting di Pahang ketika itu dengan menjual pelbagai barangan keperluan, termasuk barangan bebas cukai. Tinggalan sejarah menggambarkan kepentingan bandar ini di zaman kegemilangannya. Kepentingan bandar ini mewujudkan satu sistem pengangkutan yang baik dengan bandar Kuantan.

Berdasarkan situasi sekarang, yang ada cuma deretan kedai lama yang masih dikekalkan sebagai tarikan sejarah manakala bekas tapak kilang langsung tidak terurus. Laluan masuk melalui 'muka lombong' disahkan tidak selamat dan pelawat terutama pengkaji dan pihak berkuasa tempatan hanya dibenarkan masuk melalui pintu belakang.

Agak menyedihkan, tinggalan itu termasuk bekas generator menjana kuasa elektrik untuk seluruh bandar Sungai Lembing dibiarkan begitu saja, bangunan kilang masih kukuh tetapi tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun, ia akan terbenam dalam runtuhan kerana kedudukannya di lereng bukit terdedah kepada hakisan.

Ia sepatutnya dijaga dan dijadikan tarikan pelancongan, bukan setakat melihat kesan tinggalan di muzium tetapi lebih menarik jika pengunjung dibawa masuk ke dalam terowong dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik disambung ke dalam laluan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 12:04 PM | Show all posts
Info: Kaedah perlombongan Sungai Lembing

    * Melombong bawah tanah dijalankan secara menggerudi batuan menggunakan bahan letupan. Kaedah 'cut and fill' paling lazim digunakan.
    * Lokomotif berkuasa bateri dan diesel digunakan menarik gerabak berisi ketulan batu ke kilang memproses terletak berhampiran kawasan lombong.
    * Pusat stesen kuasa yang terletak berhampiran dengan Lombong Willinks mempunyai enam set jana kuasa enjin diesel dan setiap satu unit berkuasa 1,500 kuasa kuda.
    * Kilang pemprosesan syarikat PCCL mempunyai lapan dandang stim berkuasa 1,515 kuasa kuda, enam peratus daripada kuasa elektrik digunakan untuk mengepam air dari lombong Willinks dan Myah.
    * Stesen mengepam air mempunyai enam buah pam yang berkuasa 350 kuasa kuda yang mampu mengepam sebanyak 600 gelen air seminit pada paras setinggi 385.5 meter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 06:34 PM | Show all posts
Imbau sejarah lombong timah
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani





Bulu roma boleh meremang lihat gerabak kereta api lama di Muzium Perlombongan Sungai Lembing


MENYUSURI lorong dalam Muzium Perlombongan Sungai Lembing umpama kembali semula ketika era kegemilangan pekan Sungai Lembing sebagai bandar bijih timah terkaya di dunia, suatu ketika dulu.

Bermula dari pintu masuk, pengunjung boleh mendapat gambaran awal mengenai sejarah awal pekan ini.

Dalam lipatan sejarah, Sungai Lembing pernah menerima jolokan El Dorado Timur kerana pembukaan perkampungan Inggeris ketika zaman kegemilangan perlombongan emas hitam itu.

Sekali gus, muzium ini menyimpan sejarah suka dan duka masyarakat pelombong serta pentadbir kolonial waktu itu.

Asalnya, bangunan muzium ini adalah kediaman pengurus besar syarikat lombong bijih timah, Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dari 1906 hingga 1986.

Ketika itu, ia dikenali sebagai The European Bungalow. Ia pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun ketika perang dunia kedua pada 1941 sehingga 1945.

Menurut Ketua Muzium Sungai Lembing, Rebiah Mohd Yusuf, reka bentuknya bercirikan seni bina kolonial.

Kini, ia mempamerkan lebih peralatan berkaitan perlombongan bijih timah yang pernah digunakan pelombong termasuk topi keselamatan dan lampu berkuasa bateri.

Selain itu, pengunjung boleh melihat artifak peninggalan perusahaan perlombongan seperti alat penggerudi, rel dan gerabak kereta api, perabot serta peralatan perlombongan lain.

Sekali gus, anda dapat membayangkan betapa sukarnya kerja melombong dijalankan secara manual tanpa menggunakan teknologi moden seperti hari ini.

Pengunjung pasti dapat membayangkan bahaya dan kesukaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang melakukan kerja perlombongan.

Sehingga pada satu tahap, bulu roma boleh meremang melihat gerabak yang digunakan untuk mengangkut bijih timah melalui lorong gelap bawah tanah.

Tingkat atas muzium ini pula menempatkan sejarah perlombongan dan geologi, teknik dan kaedah perlombongan serta pakaian yang digunakan untuk melombong.

Bayangkan tiada pakaian keselamatan disediakan kecuali lampu kepala bagi menyuluh kegelapan untuk mendapatkan bijih di lombong pada kedalaman mencecah sehingga 700 meter (m) ke dasar bumi.

Sebagai kenangan, pengunjung juga boleh melihat bekas terowong bawah tanah atau dikenali sebagai 'pengkang' yang dikorek secara manual tanpa menggunakan sebarang bahan letupan.

Tetapi awas, hanya di bahagian luar sekitar 100m dari pintu masuk terowong boleh dilawati atas alasan keselamatan dan kemungkinan kejadian tanah runtuh.

INFO

>Muzium Perlombongan Sungai Lembing dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 23 April 2005. Terletak di kawasan seluas 2.25 hektar mempamerkan episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bijih timah terbesar di dunia.

>Ia dibuka setiap hari antara jam 9 pagi - 5 petang. Maklumat lanjut, hubungi 09-5412378 atau layari laman web Tourism Malaysia Pahang, www.pahangtourism.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 06:45 PM | Show all posts
arwah bapa kawan saya pernah kerja dengan PCCL...
Memang seronok dengar cerita dari dia...
saya pon dah 2 kali sampai ke Sg Lembing dan sempat melawat Muzium tu...bagi yang minat sejarah memang elok pergi ke sini...
banyangkan zaman kegemilangan Sg Lembing...sampai akhbar di post dr London untuk tatapan pekerja disini...
satu lagi yg saya baca di muzium tu...dahulunya kapal berkuasa wap[stim] digunakan masuk dr muara sg kuantan untuk mudik kehulu....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.494637 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list