camarbiru This user has been deleted
|
Originally posted by marlisa_syazana at 2-11-2006 10:56 AM
TUMPANG LALU.....
silakan lalu...tak der kuih raya ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by camarbiru at 15-9-2006 07:26 PM
Sy dapat dari satu website, tk diketahui siapa penulisnya.
The art of Letting Go
Why do we have to part while the love is still there?
Why do we have to suffer?
Why do we have to cry when ...
huaaaaaaaaaaaaa
sedih baca ni smua
coz myst sedang alami ni smuaaaaaaa
huaaaaaaaaa
sedihhhhh
tak nak nangisssss.... ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
why is this happening to me.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by camarbiru at 11-7-2006 05:41 PM
Suatu ketika dulu,
aku tidak pernah percaya,
akan ada CINTA hatiku untuk seorang
yang bergelar lelaki
Namun,
Kau hadir tanpa diduga, tanpa dijangka
Ibarat hujan ditengah malam yang sunyi
m ...
just like my story...
huuu
sad...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by camarbiru at 19-7-2006 09:43 AM
Aku dalam dilema
Antara bisikan akal dan bisikan rasa
Aku keliru antara duka dan bahagia
Adakah bahagia itu duka?
Atau duka itu bahagia?
Sukarnya mentafsir akal sendiri
Namun
lebih sukar m ...
again...juz like my story...
huuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
camarbiru This user has been deleted
|
Originally posted by Mystery at 12-11-2006 09:11 AM
again...juz like my story...
huuuuuuuuuuu
alahai..siannyer...jgn ler menangis....ada PERPINDAHAN RASA lak berlaku..hehe...powernya kuasa KATA-KATA....
sabo ler yer....setiap TAKDIR Tuhan tu mesti diterima dgn rasa kesyukuran, tak kira BURUK atau BAIK, sebenarnya semua TAKDIR TUhan itu BAIK, tetapi kita lag yg menjadikan IA BURUK atau kelihatan BURUK..maka tgjawab kita sendirilah yg perlu MEMPERBAIKI KEBURUKAN itu kepada KEBAIKAN.
jgn jiwang2..atau terlalu ikut perasaan..tarik nafas pjg2, istighfar dan selawat....insyaAllah, akan ada ketenangan dihatimu..tapi kena praktis selalu..klau buat jarang2, tak berkesan.... |
|
|
|
|
|
|
camarbiru This user has been deleted
|
Telah kuluahkan segalanya
muga Tuhan luruskan hatiku
takutnya aku kalau-kalau
aku berdusta
atau aku merasa tidak bersalah
Tuhan
jika ada kesumbangan bicaraku
ampunkan aku
aku hambaMu yg lemah
masih bermujahadah
dan tidak pandai bermuhasabah
Didiklah aku wahai Tuhan
untuk bertaubat dengan dosaku
agar taubatku
mendapat redhaMu
bukan murkaMu
Tuhan
Dikau fahamkanlah dia
maksud dan tujuanku
agar tiada lagi prasangkanya
padaku ini
aku berbicara dengan hati
biarlah bicaraku jatuh juga ke hati
Didiklah aku wahai Tuhan
untuk redha dengan takdirMu
jadikanlah aku ikhlas
dalam kata-kataku
juga kata hatiku
aku takut sekali
aku jadi munafik
Ingatkan aku selalu ya Tuhan
bahawa aku ni HAMBAMU
yang hina dan lemah |
|
|
|
|
|
|
camarbiru This user has been deleted
|
19 November 2006
Sy kira sudah sampai masanya sy ucapkan selamat tinggal kepada thread ini, sy kira sy sudah temui apa yg diperlukan oleh setiap insan dalam hidup ini...pencarian sy harus diteruskan dengan rasa sabar dan redha dengan apa yg telah berlaku. bersangkabaik dengan setiap apa yg Tuhan yg sudah takdirkan.
Hidup ini satu perjuangan, dan sy dididik utk sentiasa menjadi pejuang di dalam hidup...ada ketikanya sy keletihan, dan ada ketikanya sy tersungkur kerana sesat dlm pencarian, tetapi hidup perlu diteruskan juga...selagi mentari masih bersinar dan nafas masih bisa dihela, sy tetap akan teruskan perjuangan hidup ini dalam mencari keredhaan Ilahi...
Selamat Tinggal Semua.
Terimakasih kerana sudi membaca karya2 sy di sini.
Wassalam.
Tuhan
kan kutinggalkan jejak-jejak semalam
kerana jejak-jejak itu membuat aku kecundang
dalam pencarian kasihMu
sungguh aku tahu
Kau didik aku dengan kelukaan,
kepedihan dan kesengsaraan
kerna Kau tahu
itulah yang terbaik buatku
Atas kepedihan
atas kesengsaraan
atas kelukaan
akan terbina kekuatan hakiki
jiwa nan rapuh tiada lagi
Selamat tinggal pada kenangan
selamat tinggal pada segala-galanya
Camarbiru.
[ Last edited by camarbiru at 19-11-2006 10:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #88 camarbiru's post
Hidup mesti diteruskan Camar!
coretan camar ini bukan sekadar coretan biasa tetapi juga sebagai motivasi!
All The Best To You Sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|